Now Reading
Malaysia Taja Proses Pembaikan Hospital Al Shifa Di Gaza

Malaysia Taja Proses Pembaikan Hospital Al Shifa Di Gaza

Antara projek pemulihan yang sedang dilaksanakan di Hospital Al-Shifa di Semenanjung Gaza adalah membaik pulih pusat dialisis dan menyediakan Jabatan Kecemasan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Serangan tentera Israel terhadap Gaza mendapat perhatian dunia selepas rejim Zionis telah menyerang wilayah berkenaan tanpa henti sehingga meragut lebih 37,000 mangsa termasuk wanita, warga emas dan kanak-kanak.

Lebih parah lagi, mereka turut menyerang satu-satunya lokasi yang dikatakan selamat untuk rakyat Gaza iaitu di Rafah.

Serangan Angkatan Pertahanan Israel itu juga elah memusnahkan hampir kesemua hospital dan pusat rawatan di Palestin sehingga menyebabkan ramai mangsa yang cedera tidak dapat menjalani rawatan.

Baca Artikel Berkaitan: Majlis Keselamatan PBB Lulus Resolusi Gencatan Senjata Oleh Presiden AS

Baca Artikel Berkaitan: Video Ceddy Perjelas Tentang Apa Yang Berlaku Di Gaza Tular Sehingga Disiar Al Jazeera

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Lupa Gaza” – Individu Syahid Di Palestin Titip Nama Malaysia Dalam Wasiat


Malaysia Beri Tajaan Untuk Baiki Semula Hospital Al Shifa

Menerusi beberapa ciapan dimuat naik di laman X, kerajaan Malaysia telah memberi dana tajaan untuk membantu memulihkan semula Hospital Al Shifa di Utara Gaza yang musnah akibat serangan Israel.

Beberapa jabatan kesihatan di dalam hospital itu sedang dibina semula dan dipulihkan ketika ini.

Misi untuk membaiki semula lokasi tersebut juga dibantu oleh Persatuan Kebajikan Iltizam, Kementerian Kesihatan Gaza dan Yayasan Pheonix.


Fasa Pemulihan Hospital Al-Shifa Di Gaza

Terdahulu, sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu Iltizam Relief Society yang berasal dari Malaysia telah membuat kutipan dana untuk membantu proses pemulihan ini.

Sumber: Iltizam Society

Dalam hantaran yang dimuat naik di laman Instagram mereka (@iltizamreliefsociety), tujuan ia dilakukan adalah untuk menyediakan kemudahan kesihatan asas kepada rakyat Gaza yang telah dirampas hak mereka.

Antara projek pemulihan yang sedang dilaksanakan segera adalah:

  • Membaik pulih pusat dialisis
  • Menukarkan Jabatan Pesakit Luar sebagai Jabatan Kecemasan
  • Menyediakan generator untuk farmasi utama

Kebaikan Malaysia Beri Sumbangan Untuk Pemulihan Hospital Al-Shifa Raih Pujian

Berita baik yang dilakukan itu telah meraih pujian masyarakat kerana ia menunjukkan sokongan penuh Malaysia terhadap Palestin dan bersedia untuk memulihkan keadaan di sana.

Malah, ada juga yang mendoakan agar segala fasiliti yang sudah musnah di Gaza dapat dibina semula bagi membantu urusan penduduk di Palestin.

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial turut meluahkan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia kerana telah memberikan bantuan sedemikian di Gaza.

Bukan setakat masyarakat tempatan, penduduk di negara lain juga teruja melihat bantuan yang diberikan.

Sumber: X

Sejarah Tentang Hospital Al Shifa Di Gaza

Hospital Al-Shifa dikategorikan sebagai pusat rawatan yang paling penting dan terbesar di Semenanjung Gaza serta mampu memuatkan 700 katil.

Memetik laporan Berita Harian, lokasi tersebut yang ditubuhkan sejak 78 tahun lalu dengan mandat kerajaan British telah diberi nama Shifa dengan maksud ‘Rumah Penyembuhan’.

Walau bagaimanapun, hospital berkenaan tidak lagi mampu berfungsi dan sudah musnah sepenuhnya sejak April lalu oleh kerana serangan daripada tentera Israel.

Selain Hospital Al-Shifa, banyak lagi hospital di Gaza yang telah dirosakkan oleh IDF seperti Hospital Indonesia, Hospital Al-Arab, Hospital Al Awda dan Hospital Al Sahaba.

Baca Artikel Berkaitan: Hospital Terakhir Di Gaza Musnah Diserang Oleh IDF

Baca Artikel Berkaitan: Israel Kepung Hospital Indonesia Di Gaza, 12 Rakyat Palestin Terbunuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd