Now Reading
Warga Indonesia Cipta Replika Seperti KLCC, Kini Jadi ‘Spot’ Baru Untuk Bergambar

Warga Indonesia Cipta Replika Seperti KLCC, Kini Jadi ‘Spot’ Baru Untuk Bergambar

Replika seakan-akan KLCC itu telah dibina di Pantai Lhok Seudu di Aceh, Indonesia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia mempunyai pelbagai lokasi tarikan pelancong yang menjadikannya salah satu destinasi pelancongan plihan masyarakat dunia.

Salah satunya adalah bangunan ikonik di Malaysia iaitu Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang terletak di Kuala Lumpur.

Bukan sahaja pelancong, malah penduduk tempatan juga terpesona dengan keindahan bangunan setinggi 88 tingkat itu lebih-lebih lagi ketika ia tersergam indah dengan lampu berwarna putih pada waktu malam.


Replika KLCC Dibina Di Indonesia Curi Tumpuan Masyarakat

Sumber: Facebook ASEAN Skyline

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook ASEAN Skyline, Indonesia kini juga mempunyai menara berkembar di mana rekaannya seolah-olah seperti KLCC

Replika tersebut dipercayai telah dibina di Pantai Lhok Seudu di Aceh, Indonesia oleh kerana kagum dengan keindahannya sehingga dicipta di negara lain juga.

Dalam hantaran sama, Menara Berkembar Petronas dikenali sebagai satu ‘landmark’ yang popular di Malaysia dan pernah menjadi bangunan pencakar langit tertinggi di dunia pada tahun 1999.

Sumber: Facebook ASEAN Skyline

Walaupun ia hanya sekadar replika, tetapi masyarakat tempatan di sana tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan ‘menara berkembar’ berkenaan.

Macam-macam posing ya.

Sumber: Facebook ASEAN Skyline

Replika Menara Berkembar KLCC Undang Pelbagai Reaksi Dari Rakyat Malaysia

Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia yang melihat replika KLCC di Indonesia itu sebagai satu simbolik yang melambangkan persahabatan di antara kedua-dua buah negara.

Malah, sesetengah rakyat Malaysia juga berterima kasih kepada masyarakat di negara republik tersebut kerana mempromosikan bangunan tersebut di sana.

“Terima kasih kerana mempromosikan KLCC. Yang duk perli-perli tu lupa ke kita pun buat mini Santorini, mini Hobbit la, resort ala Bali la. Terpaling beridentiti sendiri kan,” luah seorang pengguna Facebook.

Walau bagaimanapun, ada juga masyarakat Indonesia yang mendakwa replika tersebut tidak diinspirasikan dari KLCC di Malaysia, tetapi ia dikatakan mengambil inspirasi dari Candi Prambanan di Indonesia.

Sementara itu, seorang netizen pula sempat bergurau kononnya ‘KLCC’ di Indonesia itu diberi nama sebagai Konoha Land City Centre.

Sumber: Facebook

Indonesia Juga Mempunyai Replika Bangunan Lain Di Negara Mereka

Selain Menara Berkembar KLCC, sebenarnya banyak lagi replika bangunan dari negara lain yang dibina di Indonesia.

Antaranya:

#1. Louvre di Perancis
  • Lokasi: Pejabat Kementerian Pertanian
#2. Big Ben di London
  • Lokasi: Jam Gadang di Bukit Tinggi
#3. Jambatan Golden Gate di San Francisco
  • Lokasi: Jambatan Ampera
#4. Menara Eiffel di Perancis
  • Lokasi: Menara Keagungan Limboto
#5. La’arch de Triomphe di Perancis
  • Lokasi: Simpang Lima Gumul

Menarik juga eh ada banyak replika seperti ini di sesebuah negara. Unik dan kreatif!

Baca Artikel Berkaitan: “Semua Nak Claim Susah Lah” – Individu Dakwa ZUS Coffee Milik Indonesia Bikin Rakyat Malaysia Geram

Baca Artikel Berkaitan: “Yang Ni Taknak Claim Pula” – Indonesia Nafi Jadi Punca Jerebu Di Malaysia, Netizen Mula Berang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd