Now Reading
[Video] Ibu Beli Air Minuman Cecah RM80 Di Vending Machine Undang Perhatian. Mahalnya Oi!

[Video] Ibu Beli Air Minuman Cecah RM80 Di Vending Machine Undang Perhatian. Mahalnya Oi!

Sekumpulan kanak-kanak dilihat teruja untuk mendapatkan minuman bertenaga dikenali sebagai PRIME di sebuah mesin layan diri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, makanan dan minuman viral dilihat semakin menjadi tumpuan orang ramai pada ketika ini.

Ramai juga tidak mahu melepaskan peluang bagi mendapatkannya untuk merasai sendiri kelazatan juadah tersebut dan melakukan reviu di platform media sosial.

Kadangkala, sesetengah individu pada awalnya tidak berniat untuk mendapatkan juadah viral itu, namun disebabkan pengaruh dan perasaan FOMO (fear of missing out) golongan masyarakat masih membelinya walaupun dengan harga yang mahal.

Baca Artikel Berkaitan: Trend Makanan Viral: Pakar Nasihat Jangan Terjebak Sindrom ‘Takut Ketinggalan’

Baca Artikel Berkaitan: “Kalah Dekat Mall” – Netizen Persoal Harga Makanan Di Food Festival Sangat Mahal


Air Minuman Di Mesin Layan Diri Cecah RM80

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @mhmmdhsm) menyaksikan seorang ibu sedang melayan telatah anak-anaknya di sebuah mesin layan diri berhampiran kedai mamak.

Menurut si ibu, anaknya amat teruja untuk membeli air minuman bertenaga dan hidrasi dikenali sebagai PRIME. Tambah wanita itu lagi, mereka telah ‘pusing’ satu ibu kota bagi mencari minuman berkenaan.

Namun perkara yang mengejutkan si ibu adalah minuman tersebut dijual dengan harga RM89 bagi setiap satu. Setiap pembelian minuman pula diberikan percuma lagi satu botol.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak berkenaan juga telah membeli snek bar coklat dengan harga mencecah RM55.

“Aku tak fahamlah. Memang kopak mak korang,” kata si ibu.

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Tak Berbaloi” – Wanita Kecewa Ada Kedai Makan Di Pulau Pangkor Caj Harga Mahal [Video]


Orang Ramai Terkejut Dengan Harga Minuman Yang Sangat Mahal

Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat terkejut dengan harga minuman tersebut. Ramai yang mempertikaikan harga itu kerana mendakwa ia dijual dengan lebih murah di negara jiran.

“Dekat Singapura baru berapa. Rasanya dalam $3.50 (RM12.18) padahal barang dekat Singapura yang kena mahal,” kata seorang wanita.

Ada juga yang berpendapat minuman berkenaan dijual dengan harga mahal akibat kos import dan cukai dikenakan.

Seterusnya, ramai juga menyarankan agar masyarakat elak membeli air bertenaga itu kerana tidak berbaloi dengan harganya.

“Tiada apa yang istimewa. Janganlah beli dengan harga mengarut. Dekat United Kingdom (UK) ni, beli 6 botol baru £2 (RM12) waktu promosi. Harga biasa £2 per botol. Rasa mcm air manis biasa je. Baik kau beli slurpee atau kopi ais kat mamak tambah roti canai banjir,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, segelintir individu berpendapat bahawa mereka tidak akan sesekali menghabiskan duit hampir mencecah RM100 semata-mata untuk membeli sebotol air minuman.

Sumber: X

Pengasas PRIME Adalah Selebriti Dari Luar Negara

Kalau anda nak tahu, minuman PRIME yang tersedia dengan pelbagai jenis warna dan perisa itu adalah produk keluaran dua selebriti dan YouTuber luar negara iaitu Logan Paul serta KSI. Logan Paul berasal dari Amerika Syarikat (AS) manakala KSI yang lebih mesra dikenali sebagai JJ dari UK.

Kedua-dua pengasas PRIME yang juga atlet peninju itu telah mempromosi dan memasarkan minuman tersebut di beberapa buah negara luar.

Sumber: Instagram (@drinkprime)

Untuk coklat bar Feastables pula, ia adalah produk keluaran Mr Beast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson iaitu seorang YouTuber terkaya dunia. Dia juga berasal dari AS.

Difahamkan, coklat bar ini dijual di beberapa pasar raya besar di Malaysia.

Sumber: Instagram (@mrbeast)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd