Now Reading
“Lahir Dia Sambut, Pergi Dia Hantar” – Ayah Tahan Sebak Ketika Tulis Nama Arwah Anak Pada Papan Tanda Kubur

“Lahir Dia Sambut, Pergi Dia Hantar” – Ayah Tahan Sebak Ketika Tulis Nama Arwah Anak Pada Papan Tanda Kubur

Si ayah mengalirkan air mata dan cuba menahan sebak ketika menulis nama arwah anaknya itu pada sebuah papan menggunakan pen marker.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap manusia yang dilahirkan, pasti akan tiba waktu ajalnya untuk dijemput Ilahi. Tetapi sebagai manusia, kehilangan orang tersayang adalah salah satu perkara perit yang tidak dapat diungkapkan.

Ia lebih memberatkan hati untuk menerima tentang berita kematian seseorang sekiranya ia melibatkan ahli keluarga kita atau kenalan yang sangat rapat.

Namun, kita harus menerima takdir tersebut dengan berlapang dada dan mendoakan agar roh ditempatkan dalam kalangan orang beriman.


Ayah Tulis Nama Arwah Anak Pada Papan Kubur

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@nealea95), seorang ayah dilihat cuba menahan sebak ketika berada pada hari pengebumian anak lelakinya yang sudah meninggal dunia.

Dalam video berkenaan, si ayah mengalirkan air mata dan cuba menahan sebak ketika menulis nama arwah anaknya itu pada sebuah papan menggunakan pen marker.

“Melihat pun dah sakit, inikan tulis nama anaknya di kubur,” kapsyen pada video berkenaan.

Pada waktu yang sama, kelihatan orang ramai sedang membantu mengkabuskan tanah arwah di sebuah tanah perkuburan.

https://www.tiktok.com/@nealea95/video/7386925663501995280

Orang Ramai Luah Rasa Sebak Lihat Ke Kesedihan Si Ayah

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang turut merasai kesedihan yang dialami oleh si ayah selepas melihat pemergian anaknya itu.

Orang ramai turut berasa sebak apabila memikirkan si ayah yang dahulunya menulis nama anak pada sijil kelahiran, kini perlu menulis semula nama anaknya pada papan tanda kubur.

“Dulu ayah menulis nama di surat beranak selepas melahirkan. Sekarang ayah juga yang menulis nama di papan tanda kubur,” luah seorang pengguna TikTok.

Pada masa yang sama, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman hampir sama di mana ayah mereka juga pernah berdepan situasi sama sehingga menjadi faktor kepada kemerosotan tahap kesihatan.

“Kesihatan arwah bapa aku merosot sejak kematian arwah abang. Selalu sedih. Kadang menangis. 2 tahun kemudiannya bapa pula pergi,” kongsi seorang pengguna TikTok.

Manaakala seorang netizen juga menceritakan situasi yang berlaku kepada ibu bapanya selepas kehilangan arwah anak perempuan sejak 9 tahun lalu.

“Ayah dan mak i 3 tahun tak makan nasi. Sekarang arwah kakak dah 9 tahun. Ayah tak pernah pergi kubur dia sampai sekarang. Setiap kali solat, berkumpul dan raya mesti ayah nangis dan cakap anak ayah tak cukup sorang,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Daripada Allah SWT kita datang, dan kepada Allah SWT jua kita pergi.

Semoga setiap roh ahli keluarga kita yang sudah meninggal dunia dilindungi di bawah rahmat Allah SWT.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Sebak Kongsi Detik Ibu Pulang Seorang Diri Selepas Ayah Meninggal Dunia Ketika Tunai Haji

Baca Artikel Berkaitan: Tidak Dapat Dijejaki Sejak 1988, Ibu Masih Menanti Kepulangan Anak Yang Hilang Lepas Tamat Belajar Di US


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd