Now Reading
“Gembirakan Hati Orang” – Usahawan Dipuji Beri Minyak Petrol Percuma Buat Rider

“Gembirakan Hati Orang” – Usahawan Dipuji Beri Minyak Petrol Percuma Buat Rider

Pengasas kosmetik Demica bersama suaminya dilihat berdiri di tepi jalan bagi mengajak penunggang motosikal mendapatkan minyak petrol secara percuma.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memang tidak dinafikan, ramai di kalangan masyarakat mempunyai sifat budi pekerti dan pemurah sesama manusia.

Seperti sebelum ini, seorang wanita dari Poland dikenali sebagai Aga terharu apabila salah seorang pengikut di media sosial sanggup berjumpa di pusat membeli-belah untuk menghulurkan juadah raya buatnya.

Perkara yang membuatkan wanita itu lebih sebak adalah lelaki tersebut meminta untuk menghubunginya pada bila-bila masa jika mengidam sebarang jenis makanan selepas ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Dari Poland Terharu Rakyat Malaysia Sanggup Hantar Juadah Raya Buatnya


Usahawan Beri Minyak Petrol Percuma Untuk Rider Sempena Ulang Tahun

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@amirahsyamimi_) apabila seorang usahawan kosmetik Demica, Amirah Syamimi berkongsi detik manis dia bersama suami berkongsi rezeki dengan orang lain.

Menerusi perkongsian video, usahawan yang mesra dipanggil sebagai Mimi telah melakukan satu perkara istimewa buat golongan masyarakat bersempena dengan ulang tahun dirinya yang baru sahaja berlalu.

Demi mendapatkan senyum tawa orang ramai, Mimi telah belanja para penunggang motosikal mengisi minyak petrol di stesen Petronas.

Bagi mendapatkan perhatian pemandu di jalan, Mimi dan suami mempamerkan satu papan tanda yang bertulis, “Minyak motor percuma.”

Sumber: TikTok (@amirahsyamimi_)

Ramai Beratur Panjang Untuk Dapatkan Minyak Petrol Percuma

Dengan usaha gigih tersebut, sejumlah penunggang motosikal yang ramai telah berhenti bagi mendapatkan minyak secara percuma.

Jika anda lihat daripada klip video berkenaan, kelihatan para penunggang yang terdiri daripada golongan lelaki, wanita dan rider penghantar makanan beratur untuk mendapatkan minyak motor.

Sumber: TikTok (@amirahsyamimi_)

Jelas Mimi di ruangan kapsyen, dia rasa bersyukur kerana usaha kecilnya itu telah membawa kegembiraan kepada orang ramai yang berada di sana.

Alhamdulillah, selalunya orang yang menyambut birthday akan menggembirakan hati sendiri, tetapi lain pula yang dilakukan usahawan ini.

@amirahsyamimi_ Sanah Helwah Dearself ❤️ Alhamdulillah… YaAllah, di hari kelahiran ku kali ini, aku hanya berharap dan berdoa kepada-Mu semoga Engkau memberikan umur yang berkat, kesihatan, kebahagian dunia akhirat, di lancarkan segala urusan. Amin 🤲 Untuk sampai ke umur tahap ini sudah banyak kejadian suka mahupun duka disetiap perjalanan. Ya Allah, berilah aku keberkatan di usia baruku, jadikanlah aku orang yang pandai bersyukur kepada-Mu. Semoga bertambahnya usia, tetap terus istiqomah dalam mencari Redha Mu. Semoga menjadi manusia yang lebih baik lagi. Amin 🤲 Alhamdulillah sempena birthday harini dapat gembirakan hati ramai orang dengan bagi minyak motosikal secara PERCUMA. Dalam sibuk gembirakan hati orang, Allah hadirkan hamba Allah untuk surprisekan Mimi bouquet hehe. Terima kasih ustaz Tahfiz atas ingatan tulus ikhlas, semoga yang baik2 sahaja buat ustaz. Dah settle untuk minyak Free, bawak staff pulak makan2 kat sini. Sedap dan view yang cantik❤️ #LadyBossDemica #SyahMimi #DemicaCharity ♬ original sound – Amirah Syamimi

Orang Ramai Puji Kebaikan Usahawan Kerana Bantu Individu Memerlukan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berterima kasih kepada Mimi kerana berkongsi rezeki dengan masyarakat walaupun tidak mengenali mereka.

Malah ada individu berkata, perbuatan Mimi sememangnya dapat membantu golongan yang lebih memerlukan.

“Contoh yang tak pernah orang buat. Sangat berguna untuk orang yang betul-betul memerlukan. Dalam rezeki Kak Mirah, ada rezeki orang lain,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga telah menitipkan doa buat Mimi sekeluarga agar dilimpah rezeki luas oleh Allah Yang Maha Esa.

“Semoga setiap kebaikan Kak Mira di dunia menjadi ladang pahala di akhirat. Insya-Allah mereka akan menjadi saksi kebaikan,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@amirahsyamimi_)

Besar Ganjarannya Apabila Bersedekah

Amalan bersedekah sesama manusia adalah satu perkara mulia tidak kiralah dari aspek wang, pakaian, makanan dan sebagainya.

Bahkan anda juga akan dilimpahkan ganjaran pahala berlipat kali ganda apabila mengamalkan konsep berkongsi rezeki dengan orang lain.

Firman Allah SWT:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” 

[Surah al-Hadid: 18]

Sumber: Freepik

Memetik perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah antara kelebihan amalan bersedekah di sisi agama Islam:

  • Harta tidak akan berkurangan.
  • Bukti keimanan hamba kepada Allah SWT.
  • Menghapuskan dosa seseorang.
  • Mendapat naungan di Hari Akhirat.
  • Menjauhkan seseorang daripada azab api neraka.
  • Masuk syurga melalui pintu sedekah.
  • Terselamat daripada musibah.
  • Ubat kepada sebarang penyakit.
  • Terlindung daripada kematian yang buruk.

Semoga perkongsian ini boleh membuka mata orang ramai untuk sentiasa berbuat baik dengan insan lain dan menderma jika anda mampu, Insya-Allah.

Baca Artikel Berkaitan: Influencer Pemurah Sedekah Limau Di Tempat Ibadah Raih Pujian

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Bangsa Cina Dari Kelantan Edar Makanan Percuma Untuk Berbuka Puasa Di Masjid Raih Pujian Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd