Now Reading
Dah Jaga Bertahun-tahun, Lelaki Luluh Hati 2 Kucing Mati Kena Racun

Dah Jaga Bertahun-tahun, Lelaki Luluh Hati 2 Kucing Mati Kena Racun

Menurut lelaki dikenali sebagai Kyril, dia telah menjaga dua ekor kucing itu bertahun-tahun lamanya dan sudah dimandulkan bagi mengawal lambakan pembiakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes penderaan terhadap haiwan di Malaysia dilihat semakin berleluasa. Penganiayaan terhadap makhluk Allah itu dilakukan walaupun ia langsung tidak membawa kemudaratan kepada manusia.

Seperti sebelum ini, seorang wanita telah mendedahkan kelakuan kejam individu yang tergamak mengecat seekor kucing menggunakan cat berwarna ungu pada seluruh badan termasuklah mukanya.

Selepas dibawa ke klinik haiwan untuk dirawat, doktor menjelaskan keadaan kucing tersebut tidak berbahaya namun perlu dicukur ‘lioncut’ kerana cat berkenaan telah melekat pada kulitnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Perangai Manusia Tak Berakal” – Kucing Dicat Warna Ungu Oleh Individu Tak Berhati Perut


2 Kucing Diracun Oleh Pihak Tak Bertanggungjawab

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @kyril_graguks) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Kyril berkongsi kisah pilu apabila kucing jalanan yang dijaga olehnya selama ini telah diracun oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Kyril, dia telah memberi kucing-kucing tersebut makan dan minum selama beberapa tahun, namun ditemui mati di lorong belakang kedai selepas mengambil cuti tiga hari.

Tambah lelaki itu, dia dapat meneka perbuatan tersebut angkara siapa, tetapi enggan menuding jari kerana tidak nampak sendiri kejadian di depan mata.

Saya tahu hanya dia seorang yang pernah sound saya bagi makan kucing-kucing di situ. Saya tak kacau pun kedai dia. Kucing ni semua duduk dalam belukar tepi kedai dia.

Kyril.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Didakwa Tembak Kucing Milik Jiran Sehingga Mati


Kucing Dah Dimandulkan Untuk Kawal Lambakan

Dalam masa sama, Kyril menegaskan bahawa kucing-kucing yang penakut itu sering diberi makan di tepi longkang dan tidak mengganggu orang lain.

Bukan itu sahaja, kucing berkenaan juga sudah dimandulkan menggunakan duit Kyril sendiri bagi mengawal lambakan pembiakan kucing jalanan sekitar kawasan sama.


Orang Ramai Berang Dengan Perbuatan Si Pelaku

Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat berang dengan tindakan individu yang tidak mempunyai hati perut membunuh kucing jalanan.

“Tergamaknya hati kau nak racun makhluk yang jelas-jelas tiada akal ni,” ujar seorang wanita.

Malah, ada yang berkata kucing-kucing tersebut hanya mahu meneruskan kehidupan seperti biasa dengan mengharapkan makan dan minum sahaja.

“Astaghfirullah, apa dosa dia (kucing)? Hidupnya cuma tahu nak minta makan dan kasih sayang manusia je,” kata seorang pengguna X.

Sementara itu, ramai berharap agar si pelaku mendapat balasan daripada perbuatan keji berkenaan.

“Semoga siapa yang buat ni (racun kucing) kena balasan setimpal dari Allah,” jelas seorang netizen.

Sumber: X (@kyril_graguks)

Bersikap Ihsan Terhadap Haiwan Dituntut Dalam Islam

Berbuat baik kepada semua makhluk Allah SWT termasuklah juga kepada haiwan adalah dituntut dalam Islam.

Sumber: Pexels

Ini seperti mana firman Allah SWT dalam al-Quran:

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّا أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِن شَيْءٍ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ

Maksudnya: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

[Surah al-An’am: 38]

Mereka yang bersikap baik dengan haiwan juga akan diberi ganjaran pahala di sisi-Nya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Keluar Muntah Darah, Disyaki Ada Individu Tidak Dikenali Berdendam


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd