Now Reading
“Calar Sikit” – Pemilik Mercedes Pening Kepala Individu Langgar Kereta Hanya Tinggalkan RM30

“Calar Sikit” – Pemilik Mercedes Pening Kepala Individu Langgar Kereta Hanya Tinggalkan RM30

Azrul yang telah meletakkan keretanya di sebuah parkir dipercayai untuk menuju ke sesuatu tempat terkejut melihat keadaan kereta sebegitu rupa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemalangan kereta merupakan satu perkara biasa yang sering terjadi. Bukan sahaja di jalan raya yang besar, malah di parkir kenderaan juga boleh berlaku.

Dalam sesetengah kes, ada juga di kalangan masyarakat yang melarikan diri sejurus merempuh kenderaan milik orang lain. Mungkin disebabkan takut disaman atau sebagainya.

Tetapi, perkara yang sepatutnya dilakukan oleh individu tersebut adalah berdepan dengan kesalahan yang dilakukan dan meminta maaf kepada pemilik kenderaan.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Lari: Myvi Rempuh MPV Ketika ‘Speeding’ Di Lebuh Raya


Tinggalkan RM30 Sebagai Ganti Rugi Lepas Terlanggar Kereta

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@azrulazwann), apabila seorang lelaki dikenali sebagai Azrul menunjukkan satu situasi tidak diduga yang sudah berlaku pada kereta Mercedes Benz miliknya.

Difahamkan, Azrul telah meletakkan keretanya di sebuah parkir dipercayai untuk pergi ke sesuatu tempat. Walau bagaimanapun, lain pula yang terjadi apabila dia kembali ke kenderaannya semula.

Sejurus sampai ke kereta, dia mendapati terdapat wang kertas bernilai RM30 dan juga nota ditinggalkan oleh individu tidak dikenali di atas cermin.

Nota tersebut bertulis, “Minta maaf bang, saya ada calarkan sikit (kereta Azrul). Ni duit ganti ya RM30.”

Sumber: TikTok (@azrulazwann)

Kereta Alamai Kerosakan Teruk

Pada awalnya, Azrul berfikir bahawa keretanya hanya mengalami kerosakan yang sedikit dan tidak begitu serius. Namun, lelaki terkejut itu selepas melihat bahagian belakang kereta yang teruk dilanggar.

Terdapat kesan calar, lubang dan kemik yang besar pada pintu belakang, lampu serta bumper belakang. Sekali imbas, memang anda boleh agak bahawa kos kerugian melebihi duit ganti rugi yang diberikan.

“Macam mana nak settle RM30 ni. Oi pening makan modal,” ujar Azrul sambil melihat keadaan kereta sebegitu rupa.

@azrulazwann #fyp #keretasewamurah #teladan ♬ original sound – Zrul luxury global

Orang Ramai Beri Pandangan RM30 Tak Cukup Untuk Ganti Rugi

Menjengah ke ruangan komen, segelintir orang ramai dilihat memberikan kata-kata berunsur sindiran mengenai RM30 yang diberi.

“Boleh tu bang beli minyak gamat tiga botol untuk sapu (pada bahagian kereta),” ujar seorang pengguna TikTok.

Pun begitu, ada juga individu berkata bahawa si pelaku mungkin tidak begitu mampu untuk memberikan sejumlah duit yang banyak kepada Azrul.

“Dia mampu sebanyak tu kira bersyukur dah. Kita tak tahu kesusahan orang macam mana, mungkin itu duit nak beli lampin ke. Keep positif,” jelas seorang lelaki.

Segelintir individu pula dilihat cuba untuk bersangka baik dan berpendapat kerosakan kereta yang teruk itu berpunca daripada orang lain.

“Mungkin dia langgar sikit je. Lepas itu ada orang lain pula langgar kita tak tahu,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@azrulazwann)

Baca Artikel Berkaitan: “Sebab Itu Makan Minum Duduk, Jangan Berjalan!” – Wanita Ini Terpaksa Bayar Ganti Rugi, Kopi Tumpah Pada Topi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 4×4 Rempuh Axia Gara-gara Memecut Di Lampu Kuning Raih Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd