Now Reading
[Video] Warga Singapura Ini ‘Pelahap’ Nasi Kandar 8KG!

[Video] Warga Singapura Ini ‘Pelahap’ Nasi Kandar 8KG!

Dalam satu pertunjukan kehebatan gastronomi yang menakjubkan, pemakan kompetitif dari Singapura, Zermatt Neo, sekali lagi membuat dunia kagum dengan melahap hidangan nasi kandar seberat 8kg bernilai RM300.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia di mana makanan sering diraikan dan dihormati, hanya segelintir sahaja yang benar-benar boleh dipanggil “wira makanan.” Zermatt Neo, influencer makan dari Singapura berusia 36 tahun adalah seorang daripada golongan tersebut.

Mana tidaknya, baru-baru ini dia telah ‘menelan’ satu pinggan nasi kandar seberat 8kg di Pulau Pinang. Ya, lapan kilogram.

Neo, yang dikenali sebagai “Sultan of Stomach” menyahut cabaran hebat ini di restoran Nasi Kandar Sulaiman yang terkenal di George Town.

Restoran tersebut terkenal dengan hidangan yang banyak diikuti dengan rasa asli, telah popular di kalangan penduduk tempatan dan pelancong selama beberapa dekad lamanya.

Hidangan yang berharga RM300 itu dihidangkan dengan nasi, daging, makanan laut, sayur-sayuran dan hidangan kari adalah pemandangan yang menarik untuk dilihat.

Tetapi bagi Neo, ia hanya seperti meluangkan satu hari di pejabat sahaja.

Dengan keazaman yang tidak berbelah bahagi dan perut yang dibiarkan kosong semata-mata, Neo mula menjamah “Nasi Kandar Gunung” itu dengan penuh semangat.


The Masala Omelette: Pembuka Selera Beraroma

Dia mula menikmati omelette bawang yang penuh dengan masala, memberikan rasa “seperti coklat” dari lima jenis kari yang berbeza dalam hidangan itu. Dia menghabiskan semuanya dari kepala ikan sehinggalah daging lembut dan sayur-sayuran.

Di pertengahan cabaran tersebut, Neo meletakkan sudu garfu dan mengamalkan cara makan tradisional Malaysia iaitu makan menggunakan tangannya. Mungkin baru ‘feel’.

Pelbagai ujian dihadapi olehnya. Malah, boleh nampak dengan jelas riak wajah Neo yang semakin muak pada penghujung video. Mujur ada segelas air bandung menyegarkan yang boleh diteguk sambil-sambil menikmati Nasi Kandar sebesar itu.

Akhirnya selepas satu jam makan tanpa henti, Neo berjaya menghabiskan satu hidangan Nasi Kandar terbesar – sekali gus memecahkan rekod.

@zermattneo Offically set a new record for the most Nasi Kandar devoured by a single soul with this 300RM beast at @nasikandarsulaiman ! I challenge anyone to dethrone me, but be warned – this 8KG throne is made of rice 👊👊 #foodchallenge ♬ original sound – Zermatt Neo

Bahaya dan Kemenangan Dalam Pertandingan Makan

Pencapaian Neo telah membuatkan orang ramai kagum dengan ramai yang memuji dedikasi dan kemampuannya untuk “menjadi asli sepenuhnya.”

Namun, adalah penting untuk diingatkan bahawa pertandingan makan bukan untuk mereka yang lemah hati (atau perut).

Sebagus mana pun pencapaian Neo, mencuba perkara sebegitu tanpa latihan dan persediaan yang betul boleh membawa kepada akibat kesihatan yang serius.

Walaupun kita mungkin tidak semua mampu makan 8kg nasi kandar dalam satu sesi, kita boleh mendapat inspirasi daripada semangat tekad Neo.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd