Now Reading
[Video] Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel, Larang Mereka Jamu Selera Di Kedainya

[Video] Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel, Larang Mereka Jamu Selera Di Kedainya

Pemilik restoran Railway Train Cafe di Vietnam itu enggan membenarkan pelancong dipercayai dari Israel itu makan di kedai mereka lalu mengusirnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum menyedari bahawa semakin ramai penduduk di serata dunia yang mula memperjuangkan keadilan bagi rakyat Palestin agar gencatan senjata segera dilakukan di Gaza.

Bukan sahaja di negara-negara Islam, malah negara Barat dan Asia juga masih bersemangat dalam memberikan sokongan dengan melaungkan ‘Free Palestine’.

Baca Artikel Berkaitan: 160 Kanak-kanak Palestin Di Gaza Terbunuh Setiap Hari Angkara Bom Israel – WHO

Baca Artikel Berkaitan:  Joe Biden Disaman Gara-gara Gagal Halang Genosid Di Palestin

Meskipun Amerika Syarikat (AS) merupakan sebuah negara yang sentiasa memihak dan memberi sokongan terhadap Israel, tetapi kini rakyatnya pula dilihat mempunyai pandangan yang bertentangan.

Baca Artikel Berkaitan: Hanya 32% Rakyat AS Sokong Israel – Tinjauan


Individu Dipercayai Dari Israel Diusir Dari Kedai Makan Di Vietnam

Terbaharu, menerusi video dimuat naik semula di laman X (@Boendiantar4), seorang pemilik restoran di Vietnam telah menghalau pasangan pelancong dipercayai dari Israel bersama anak-anaknya kerana tidak mengalu-alukan kedatangan mereka di sana.

Berang kerana pelancong berkenaan tidak mahu meninggalkan tempat itu, dia lantas menunjukkan simbol kurang sopan menggunakan jari tengahnya kepada pasangan berkenaan.

Malah, pemilik kedai itu cuba menghalang pelancong bernama Daniel dan Raziel Namdar sambil berkata “Jangan datang ke restoranku. Restoran ini hanya untuk manusia, anjing dan kucing. Kamu bukan manusia. Pergi kamu!”.

Tidak berpuas hati dengan dengan layanan yang diterima, pelancong berkenaan kemudiannya menyoal, “Adakah saya tidak dikira sebagai manusia kerana saya beragama Yahudi?”

Sumber: X (@Boendiantar4)

Pelancong tersebut kemudiannya mendakwa dirinya berasal dari Palestin, ini membuatkan pemilik berkenaan terkejut dan mula menyambut kehadiran mereka.

“Kamu dari Palestin? Bagus. Selamat datang,” kata pemilik kedai itu.

Daniel kemudiannya menjawab dia seorang Yahudi dan berbangga dengan keturunannya.

Namun keadaanya secara tiba-tiba menjadi panas selepas pemilik kedai membangkitkan tentang pengeboman di Gaza.

Pemilik kedai Railway Train Cafe itu juga menunjukkan pelekat ‘Free Palestine’ pada papan nama kedainya sebagai tanda sokongan terhadap Palestin.

Bengang dengan tindakan yang dikenakan kepadanya, pelancong itu mengambil gambar kedai berkenaan untuk ditularkan agar tiada pihak yang datang ke restoran tersebut.


Masyarakat Sokong Pemilik Kedai Yang Berpihak Kepada Palestin

Video berkenaan turut tular di X selepas dimuat naik semula oleh seorang pengguna (@Boediantar4).

Rata-rata masyarakat dilihat menyokong tindakan pemilik restoran tersebut yang mengusir pelancong dipercayai dari Israel.

“Kali ini gua respect sama Vietnam, semoga perniagannya laris manis usir kalau ada Israel laknat,” kata pengguna laman X.

Malah, mereka juga memuji ketegasannya dalam menghalang kemasukan mereka untuk menjamu selera di kedai makannya.

“Hanya untuk manusia, anjing dan kucing. Sangat respect,” ujar netizen.

Sumber: X

Malaysia Halang Syarikat Israel Dari Melabur Di Negara Ini

Sebelum ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan bahawa Malaysia tegas dengan keputusan untuk tidak membenarkan syarikat milik Israel menjalankan sebarang aktiviti pelaburan di dalam negara.

Walaupun kerajaan tidak menghalang mana-mana syarikat untuk melabur dalam negara, namun ketegasan terhadap syarikat milik Israel terbukti apabila syarikat perkapalan ZIM disekat daripada berlabuh di Malaysia sejak Disember tahun lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Malaysia Sekat Kapal ZIM Dari Berlabuh, Tidak Lagi Terima Kapal Guna Bendera Israel

Sumber: LinkedIn Amir Hamzah Azizan/ Unsplash

Perkara itu diterangkan oleh Amir Hamzah ketika sesi penerangan Kamar Khas di Dewan Rakyat berhubung penjualan saham MAHB kepada Global Insfrastructure Partners (GIP).

“Walaupun kita tidak menghalang mana-mana syarikat untuk melabur di negara kita, tetapi tidak untuk syarikat milik Israel,” katanya dipetik Berita Harian

Baca Artikel Berkaitan: “Syarikat Milik Israel Tidak Dibenarkan Melabur Dalam Malaysia” – Amir Hamzah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd