Now Reading
[Video] Dikira Dompet Tercicir, Iklan Jenama Piza Ini Buat Ramai Keliru

[Video] Dikira Dompet Tercicir, Iklan Jenama Piza Ini Buat Ramai Keliru

Individu berkenaan dipercayai terlihat sebuah objek seakan-akan dompet berwarna hitam yang terselit dengan wang ringgit berjumlah RM5 dan RM10.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam dunia perniagaan, strategi pemasaran adalah perkara yang paling penting untuk memperkenalkan produk jualan kepada khalayak umum.

Kalau korang perasan, ada macam-macam teknik yang cuba dilakukan oleh setiap syarikat bagi menarik perhatian agar jenama mereka dikenali ramai terutamanya di media sosial.

Antara jenama dengan strategi pemasaran yang berjaya meraih perhatian ramai di Malaysia adalah Pak Mat Western dan Mydin.

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 1.6 Juta Tontonan Di TikTok, Gelagat Staf Disimbah Air Hingga Kuyup Demi Marketing Cuit Hati Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video]”Macam Iklan 3D” – Iklan Lazada Dalam Pawagam Tampil Berbeza, Pelakon Muncul Dalam Panggung

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gandingan Norman Hakim & Marissa Dania Dalam Iklan Pak Mat Western Bikin Netizen Sebak


Iklan Kedai Piza Guna Taktik Dompet Terjatuh Curi Tumpuan Ramai

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@_puanmarina_), seorang penunggang motosikal menunjukkan satu situasi ketika sedang berada di atas jalan raya.

Ketika itu, dia dipercayai terlihat sebuah objek seakan-akan dompet berwarna hitam yang terselit dengan wang ringgit berjumlah RM5 dan RM10.

Peka dengan barang yang dijumpainya, individu tersebut lantas mengambil ‘dompet’ tersebut sebelum mengetahui perkara sebenar di mana ia hanyalah sekeping kertas.

Lebih menarik lagi, ia merupakan kertas yang merupakan baucar oleh sebuah kedai piza yang dilipat sebanyak dua kali.

Sumber: TikTok (@_puanmarina_)

Apabila lipatan itu dibuka, ia mengandungi beberapa baucar RM15 yang boleh digunakan untuk membuat pembelian piza pelbagai saiz.

Yang paling best, atas kertas iklan itu mempunyai corak hiasan yang kelihatan hampir sama seperti wang tunai RM5, RM10 dan RM20.

Selepas menyedari ia bukanlah sebuah dompet seperti yang disangka-sangkakan, individu berkenaan telah meletakkan semula kertas tersebut ke lokasi dijumpainya di atas jalan.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga berjaya meraih 776,100 jumlah tontonan setakata artikel ini ditulis.


Netizen Terhibur Lihat Marketing Kedai Tersebut

Menjengah ke ruangan komen, ada sesetengah masyarakat yang turut berkongsi pengalaman terkena ‘prank’ yang sama selepas menjumpai kertas iklan kedai tersebut.

“Aduh saya dulu pun kena, ingat betul duit rupanya spesimen je. Aduh malu geng,” ujar pengguna TikTok.

Mereka menganggap iklan pemasaran berkenaan adalah suatu kejayaan dan ia berjaya menarik perhatian orang ramai yang menjumpainya.

“Peh, marketing menjadi,” kata pengguna media sosial.

Namun ada juga pengguna yang berpendapat baucar itu juga boleh memberi manfaat dan boleh digunakan untuk membeli.

“Tu kan voucher piza. At least dapat la voucher itu,” kata pengguna media sosial.

Sumber: TikTok

Antara Piza Dari Kedai Lokal Yang Korang Perlu Cuba Sekitar Lembah Klang

Alang-alang tengah bersembang tentang kedai piza, jom kami cadangkan beberapa lokasi yang menjual hidangan berkenaan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Kesemua lokasi ini merupakan kedai lokal dan siapa yang belum pernah pergi, korang kena cuba. Antaranya:

Jom pergi makan piza! 🍕

Baca Artikel Berkaitan: Round @ HappyMansion Tawar Hidangan Neapolitan Piza Di Petaling Jaya [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd