Now Reading
“Semua Nak Claim Susah Lah” – Individu Dakwa ZUS Coffee Milik Indonesia Bikin Rakyat Malaysia Geram

“Semua Nak Claim Susah Lah” – Individu Dakwa ZUS Coffee Milik Indonesia Bikin Rakyat Malaysia Geram

Iklan ZUS Coffee itu memperlihatkan menu iklan minuman siri minuman ‘Matcha Macam’ yang mempunyai animasi kucing sedang menjilat skrin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Siri minuman terbaharu yang dikeluarkan oleh jenama minuman tempatan iaitu ZUS Coffee telah meraih perhatian ramai dengan taktik pemasaran mereka menggunakan animasi kucing.

Kalau korang pergi ke mana-mana cawangan ZUS Coffee, cuba perhatikan papan skrin yang tertera menu minuman untuk siri Matcha Macam.

Jangan terkejut kalau nampak ada kucing tengah menjilat skrin. Comel betul!


Iklan Menu ZUS Coffee Tular Di Luar Negara

Baru-baru ini, sebuah laman X (@nocontextcats) yang mempunyai 310,200 jumlah pengikut telah memuat naik semula video memperlihatkan menu iklan minuman di ZUS Coffee yang mempunyai animasi kucing sedang menjilat skrin.

Dalam kapsyen ciapan tersebut, laman X berkenaan seolah-olah menganggap tiada iklan yang sempurna sehingga terjumpa iklan dari jenama minuman dari Malaysia itu.

Ciapan tersebut juga telah meraih perhatian pihak ZUS Coffee dan ia secara tidak langsung membuatkan mereka berasa sebak kerana telah tular di peringkat antarabangsa.


Rakyat Malaysia Tumpang Rasa Teruja Selepas Iklan ZUS Coffee Tersebar Luas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat Malaysia turut menumpang rasa gembira selepas iklan ZUS Coffee kini sudah ‘mendunia’.

Siap ada yang kononnya mahu kucing tersebut dinaikkan gaji dan diberi royalti ‘whiskas’ kerana berjaya menaikkan populariti jenama minuman berkenaan.

“Terima kasih kucing sebab jilat skrin. Tahniah ZUS sebab dah terkenal satu dunia,” kata seorang pengguna di laman X.

Walau bagaimanapun, ada juga orang ramai yang bertanya bila pihak ZUS Coffee mahu menukar jenis straw kepada yang lebih memudahkan pelanggan mereka.

“Satu benda yang ZUS tak buat adalah straw yang lebih baik,” kata pengguna laman X

Sumber: X

Individu Dakwa ZUS Coffee Milik Negara Indonesia

Menerusi satu komen yang ditulis oleh seorang pengguna laman X, individu berkenaan mendakwa bahawa jenama ZUS Coffee itu berasal dari negara Indonesia.

Namun, pihak ZUS Coffee menjelaskan bahawa jenama mereka berasal dari Malaysia.

“We are proudly made in Malaysia,” kata ZUS Coffee.

Dakwaan tersebut membuatkan segelintir pengguna berasa geram kerana sebelum ini ramai warga Indonesia yang sering ‘claim’ sesuatu produk atau jenama adalah milik negara mereka.

Sebelum ini, wujud juga beberapa dakwaan kononnya animasi kanak-kanak yang terkenal iaitu Upin dan Ipin merupakan kartun dari Indonesia.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Dakwaan Konon Upin & Ipin Adalah Cerita Sebenar & Kuburnya Di Indonesia, Ini Respon Founder Les’ Copaque

Baca Artikel Berkaitan: “Yang Ni Taknak Claim Pula” – Indonesia Nafi Jadi Punca Jerebu Di Malaysia, Netizen Mula Berang

Sumber: X

ZUS Coffee Bakal Keluarkan Straw Baharu

Sebelum ini, ZUS Coffee memuat naik ciapan mereka dengan memberitahu bahawa mereka akan mengeluarkan straw yang baharu.

Walau bagaimanapun, tarikh mereka bakal melancarkan straw itu tidak dapat dipastikan.

Sumber: Reddit

“Kami janji kami akan keluarkan straw yang baru untuk anda. Bawa bertenang guys, much love,” kata ZUS Coffee dalam ciapan mereka.

Hal tersebut bermula selepas ramai pengguna ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan kualiti straw dari ZUS Coffee yang mudah lembik dalam tempoh singkat.

Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Bakal Guna Straw Baru Selepas Terima Banyak Aduan Dari Pelanggan

Baca Artikel Berkaitan: ZUS Coffee Kolaborasi Dengan MAPIM, Beri Bantuan Bekalan Air Di Gaza


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd