Now Reading
“KL?” – Eksperimen Sosial Dedah Ramai Anak Muda Tak Tahu Ibu Kota Selangor

“KL?” – Eksperimen Sosial Dedah Ramai Anak Muda Tak Tahu Ibu Kota Selangor

Ramai di kalangan anak muda dilihat menjawab Kuala Lumpur sebagai ibu kota negeri Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, pelbagai jenis eksperimen sosial telah diadakan bagi menguji tahap pengetahuan am penduduk Malaysia.

Seperti sebelum ini, masyarakat terkejut selepas mendapati ramai tidak mengetahui siapa Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Sebaliknya, kebanyakan daripada mereka dengan mudah dapat meneka potret selebriti yang lain sebagai contoh Zul Ariffin. Malah terdahulu, ada juga yang lebih mengenali Justin Bieber dari Tun Abdul Razak.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ada Rakyat Malaysia Tak Kenal Siapa Perdana Menteri Pertama Buat Netizen Kecewa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Menyedihkan! Anak Muda Lebih Kenali Justin Bieber Dari Tun Abdul Razak


Ramai Tak Tahu Ibu Kota Selangor

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kuanyee28) menyaksikan seorang wanita sedang membuat satu eksperimen sosial.

Wanita tersebut telah menemu bual beberapa orang awam yang lain di sebuah pusat beli-belah dan bertanyakan tentang satu soalan pengetahuan am.

Menerusi klip itu, wanita berkenaan pada awalnya menyuruh individu terlibat untuk memilih satu nombor antara 1-3.

Buat mereka yang menjawab nombor 2, mereka akan pergi ke peringkat seterusnya dan ditanya dengan soalan, “Apakah ibu negeri (ibu kota) Selangor?”

Sumber: TikTok (@kuanyee28)

Rata-rata daripada mereka dilihat terpinga-pinga dan tidak mengetahui jawapan sebenar. Ada yang menjawab Petaling Jaya dan Bangsar. Bahkan, ada juga yang memberi jawapan negeri lain iaitu Kuala Lumpur.

Di akhir perkongsian tersebut, wanita yang menemu bual kemudian berkata jawapan sebenar adalah Shah Alam.

@kuanyee28 Which Shopping Mall i should go next? 🙆🏻‍♀️💰 #fyp #foryou #foryoupage #tiktok #malaysia #viral #viralvideo #viraltiktok ♬ original sound – KuanYee

Orang Ramai Terkejut Segelintir Rakyat Malaysia Tak Tahu Jawapan Sebenar

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh para wanita berkenaan kerana tidak mengetahui ibu kota Selangor.

“Ada orang tak tahu ibu negeri Selangor! Sakit kepala aku tengok,” ujar seorang individu.

Malah, ada individu berkata penduduk yang tinggal di belah utara juga mengetahui jawapannya.

“Pelik aku asal semua tak boleh jawab. Shah Alam, saya orang Terengganu pun tahu,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada yang keliru sama ada individu ditanya mempelajari tentang subjek geografi atau tidak di alam persekolahan.

“Geografi dia orang tiada dalam silibus ke sekarang?” tanya seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@kuanyee28)

Senarai Ibu Kota Bagi Setiap Negeri

Buat anda yang sudah terlupa, di sini kami kongsikan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia.

  • Johor: Johor Bahru
  • Kedah: Alor Setar
  • Kelantan: Kota Bharu
  • Melaka: Bandaraya Melaka
  • Negeri Sembilan: Seremban
  • Pahang: Kuantan
  • Pulau Pinang: George Town
  • Perak: Ipoh
  • Perlis: Kangar
  • Sabah: Kota Kinabalu
  • Sarawak: Kuching
  • Selangor: Shah Alam
  • Terengganu: Kuala Terengganu

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sedih, Anak Muda Tak Tahu Siapa Manusia Pertama Yang Azan Di Muka Bumi [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd