Now Reading
“Disyaki Anak Penagih Dadah” – Staf AADK Temui Budak Lelaki Tidur Sebelah Timbunan Sampah

“Disyaki Anak Penagih Dadah” – Staf AADK Temui Budak Lelaki Tidur Sebelah Timbunan Sampah

Menerusi video tular, kelihatan kanak-kanak lelaki itu sedang tidur atas tilam dikelilingi sampah-sarap dalam keadaan gelap gelita.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes penyalahgunaan dadah dalam negara dilihat semakin membimbangkan. Bahan terlarang itu bukan sahaja akan membawa keburukan kepada penagih, malah boleh juga mengundang bahaya kepada ahli keluarga.

Seperti sebelum ini, pasangan kekasih di Iskandar Puteri, Johor telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki memberikan dadah kepada bayi lelaki berusia 16 bulan.

Bayi berkenaan dipercayai dihantar oleh ibu kandungnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru selepas mengalami sawan sebelum disahkan positif dadah jenis methamphetamine atau amphetamine.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 16 Bulan Positif Dadah, Pasangan Kekasih Di Johor Ditahan Polis


AADK Kongsi Keadaan Rumah Seorang Penagih Dadah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@shanizam9910) apabila kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dikenali sebagai Shanizam berkongsi keadaan sebuah rumah yang dilihat tidak terurus.

Difahamkan, rumah itu ditemui semasa aktiviti penahanan individu yang disyaki seorang penagih dadah.

Menerusi klip berkenaan, kelihatan sampah-sarap yang banyak menimbun di sekeliling rumah sehinggakan tiada ruang untuk diduduki. Sisa makanan, tilam usang, tong sampah, penyidai kain, selipar dan banyak lagi benda dilihat dibuang merata tempat.

Sumber: TikTok (@shanizam9910)

Kanak-kanak Tidur Sebelah Timbunan Sampah

Shanizam menjadi lebih sebak selepas melihat kelibat seorang anak kecil lingkungan umur empat tahun sedang tidur atas tilam bersebelahan dengan timbunan sampah.

Bukan itu sahaja, situasi tersebut bertambah pilu apabila budak lelaki berkenaan berehat dalam keadaan gelap gelita.

Jelasnya lagi, ketibaan AADK ke sana hanyalah bagi membantu dalam merawat individu yang dipercayai menagih dadah dan bukannya untuk menghukum.

Sumber: TikTok (@shanizam9910)

Kanak-kanak Dalam Keadaan Selamat

Susulan itu, pihak AADK telah mendapatkan bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu keluarga tersebut.

Menurut Shanizam di ruangan komen, kejadian berkenaan berlaku pada tahun lalu. Berbicara lebih lanjut mengenainya, rumah terbiar itu sudah dibersihkan dan budak lelaki tersebut kini selamat dalam jagaan si ibu.


Golongan Penagih Dadah Tak Perlu Takut Untuk Dapatkan Rawatan

Kata Shanizam di ruangan kapsyen, golongan masyarakat yang terlibat dalam aktiviti berkenaan tidak perlu takut untuk mendapatkan rawatan secara sukarela dari pihak AADK berdekatan.

Dalam masa sama, penagih dadah juga diingatkan untuk tidak membiarkan hidup sendiri musnah hanya disebabkan penyalahgunaan dadah.

@shanizam9910 keadaan didalam rumah semasa aktiviti penahanan seseorang yang disyaki sebagai penagih d4d4h. meruntun jiwa saya pada waktu itu apabila mendapati seorang kanak2 usianya dalam lingkungan 4 tahun tidur berhampiran timbunan sampah. saya dengan bantuan rakan saya telah mendapatkan bantuan JKM utk membantu kluarga ini . kami di AADK hadir utk membantu merawat bukan utk menghukum. usah takut utk mendapatkan rawatan secara sukarela di AADK berdekatan dan jangan biarkan hidup anda musnah disebabkan D4d4h. #ambilpeduliambiltahu #musuhno1negara ♬ original sound – Arnysuhanaa

Orang Ramai Hiba Lihat Keadaan Kanak-kanak Yang Terbiar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai sebak melihat anak kecil itu dikelilingi sampah.

“Tak sekarang ni macam mana dengan budak tu? Ya Allah empat tahun sepanjang dia membesar macam mana dia lalui kehidupan dia hari demi hari,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga individu berkongsi kisah sebuah keluarga yang juga sedang menagih dadah.

“Kat Muar ada satu rumah ni. Ayah, mak, abang hisap dadah. Adik perempuan kecil lagi dalam umur tujuh tahun terbiar tak makan dan tak pakai baju. Kadangkala saya datang dia mesti minta RM1. Saya bagi RM5 dia tak nak. Dia nak RM 1 je,” jelas seorang wanita.

Sumber: TikTok (@shanizam9910)

Salurkan Info Kepada AADK Jika Tahu Aktiviti Dadah

Jika mempunyai sebarang maklumat tentang aktiviti menagih dadah, anda boleh menyalurkannya di saluran AADK di talian 03-89112233 atau WhatsApp 019-6262233.

Sekiranya orang yang anda kenali mahu mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, anda boleh hubungi talian hotline AADK yang sama seperti di atas. Talian tersebut beroperasi selama 24 jam.


Ibu Bapa Abai Anak Boleh Diambil Tindakan

Untuk info, terdapat satu akta yang diperuntukkan bagi ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak mereka iaitu di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Akta itu menggariskan bahawa mana-mana penjaga termasuklah ibu bapa kanak-kanak tersebut yang menganiayai, mengabai, membuang, atau mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada bahaya atau bertindak cuai boleh dikenakan hukuman sehingga RM50,000.

Individu terlibat juga boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Mereka yang mempunyai pemeliharaan seorang kanak-kanak dan kemudian mendedahkannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi, boleh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” ulas pengamal undang-undang Fahmi Abd Moin.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: [TERKINI] Kanak-kanak 4 Tahun Disumbat Dadah Terpaksa Ditidurkan Akibat Terlalu Lemah

Baca Artikel Berkaitan: Gara-Gara Tidak Tahan, Wanita Di Thailand Upah Orang Bunuh Anak Ketagih Dadah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd