Now Reading
Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Pakar Minta Penganjur Perbaiki Kesilapan

Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Pakar Minta Penganjur Perbaiki Kesilapan

Menurut doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Hadi Othman, pasukan perubatan seharusnya mengambil langkah pantas iaitu Bantuan Asas Hayat bagi menyelamatkan Zhang Zhi Jie.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 30 Jun lalu, dunia sukan badminton dikejutkan dengan pemergian atlet pasukan China berusia 17 tahun dikenali sebagai Zhang Zhi Jie.

Zhang dilaporkan meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa kejohanan antarabangsa di Indonesia sedang berlangsung.

Difahamkan, Zhang secara tiba-tiba rebah ketika sedang menunggu pukulan servis daripada pemain Jepun, Kazuma Kawano di Kejohanan Berpasukan Campuran Badminton Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia.

Baca Artikel Berkaitan: Atlet Muda Badminton China Meninggal Dunia Ketika Perlawanan


Pakar Perjelas Langkah Keselamatan Atlet Badminton Agak Lambat

Susulan insiden tersebut, seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr. Hadi Othman menerusi perkongsian di laman TikTok (@dr.hadiothman) berkata terdapat beberapa kesilapan yang berlaku sewaktu kejadian.

Jelas Dr Hadi, pasukan perubatan agak lambat untuk mengambil langkah keselamatan terhadap atlet tersebut. Berbicara mengenainya, perkara yang sepatutnya diterapkan semasa kejadian adalah Basic Life Support (Bantuan Asas Hayat).

Pertama sekali adalah ‘Danger’. Setiap individu yang berada di sana perlu memastikan kawasan sekeliling pesakit selamat untuk melakukan proses pemulihan.

“Adakah bahaya untuk selamatkan pesakit di atas lapangan tersebut? Saya rasa ini tidak berbahaya sebab setiap saat dikira, lambat sesaat pun dikira sangat berharga. Kenapa perlu tunggu nak pindahkan dulu baru nak selamatkan?

“Apa yang diperlukan adalah panggil para peserta atau orang lain untuk kerumun keliling tutup medical team semasa selamatkan pemain tersebut.

Sumber: TikTok (@dr.hadiothman)

Langkah kedua adalah ‘Response’. Pihak yang terlibat perlu tanya kepada pesakit untuk mendapatkan respon. Jika tiada sebarang respon, perlulah menjerit, ‘Send for help’ bagi mendapatkan pertolongan.

Kemudian diikuti dengan langkah keselamatan seterusnya iaitu ABCD (Airway, Breating, Circulation, Defibrillator). Pihak terlibat perlu memastikan kawasan pernafasan atlet berkenaan selamat dan laluan angin boleh masuk.

Sekiranya ada benda bahaya yang menghalang, maka perlu dibuang secepat mungkin. Selain itu kepala pesakit pula perlu diangkat sedikit dalam posisi ‘Head Tilt Chin Lift‘.

Seterusnya, dengarkan pula sama ada pesakit sedang bernafas atau tidak dan mulakan CPR (Resusitasi kardiopulmonari). Yang terakhir adalah menggunakan mesin Defibrilator untuk mengesan nadi dan mengejutkan jantung pesakit.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

“Kalau dia letak awal (guna Defibrilator), kemungkinan besar dia boleh kesan nadi yang boleh diberikan shock. Kemungkinan besar, ia boleh revert nadi menjadi normal.

Di akhir perkongsian, pakar itu berharap agar penambahbaikan dilakukan untuk masa depan dan meminta pasukan perubatan memperbaharui kursus Bantuan Asas Hayat mereka.

Tambah Dr Hadi, orang awam yang mengetahui bantuan asas tersebut juga boleh menghulurkan bantuan sewaktu kecemasan.

@dr.hadiothman Saya tak tahu protokol mereka bagaimana, tapi saya melihat ada kesilapan yang perlu diperbaiki untuk masa hadapan #badminton #jombelajar #zhangzhijie #zhang ♬ original sound – Dr. Hadi Othman

Orang Ramai Persoal Tindakan Lambat Bagi Selamatkan Pemain Badminton

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju bahawa protokol keselamatan semasa kejohanan perlu diperbaiki bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Ramai juga yang mempersoalkan tindakan pihak berkaitan yang lambat mengambil tindakan terhadap Zhang.

Sumber: TikTok (@dr.hadiothman)

Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Zhang Zhi Jie disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika beraksi di kejohanan pada Ahad lalu.

“Laporan perubatan menunjukkan mangsa mengalami serangan jantung,” kata jurucakap Persatuan Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI), Broto.

Broto dalam masa sama turut mempertahankan tindakan pasukan perubatan dan penganjur selepas rakaman video perlawanan menunjukkan mereka teragak-agak untuk memberikan bantuan kecemasan selepas Zhang rebah.

“Pasukan perubatan perlu menunggu kebenaran daripada pengadil sebelum boleh memasuki gelanggang,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Persatuan Badminton China (CBA) amat berdukacita di atas kehilangan pemain berbakat seperti Zhang.

“Zhi Jie sangat meminati badminton dan adalah pemain terbaik dalam skuad remaja kebangsaan (China),” ujar CBA dalam satu kenyataan.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Perjelas Perbezaan Antara Cardiac Arrest & Heart Attack

Baca Artikel Berkaitan: Bad Indigo Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung, Bekas Isteri Terkejut Terima Berita


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd