Now Reading
[Video] Pramugara AirAsia Usia 60 Tahun Jadi Perhatian, Ramai Minta Tips Kekal Awet Muda

[Video] Pramugara AirAsia Usia 60 Tahun Jadi Perhatian, Ramai Minta Tips Kekal Awet Muda

Nordin Razali merupakan kru kabin AirAsia pertama yang berusia 60 tahun dan menjalankan tugas sebagai pramugara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Korang ada tak kenalan yang sudah berusia tetapi mereka masih kelihatan awet muda? Apabila mereka mendedahkan umur sebenar, mesti ramai yang tak percaya.

Untuk tampil kelihatan muda, ia bergantung kepada gaya hidup dan cara penjagaan diri seseorang.

Tapi teringin juga nak tanya tentang rahsia awet muda pada seseorang yang sudah berusia seperti seorang pramugara dari AirAsia ini.


Staf AirAsia Sambut Ulang Tahun Kru Kabin Berusia 60 Tahun

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@airasiacabincrew), kakitangan di syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia dilihat melakukan kejutan hari jadi kepada seorang pramugara bernama Nordin Razali.

Apa yang menari tentang Nordin adalah dia merupakan kru kabin pertama yang masih menjalankan tugas meskipun sudah memasuki usia 60 tahun.

Sumber: TikTok @airasiacabincrew

Walau bagaimanapun, dia mengumumkan bakal bersara dan penerbangan selama satu jam 30 minit ke Kuching merupakan tugasan terakhirnya selepas bergelar pramugara selama 35 tahun.

Ketika membuat pengumuman itu dalam penerbangan tersebut, Nordin turut berterima kasih kepada para penumpang kerana mempercayai mereka dalam mengendalikan penerbangan.

Sumber: TikTok @airasiacabincrew

35 tahun yang sangat magikal buat saya. Terima kasih kerana mempercayai kami. Segala kisah anda, senyuman dan juga kebaikan telah menjadikan karier saya cukup seronok dan tidak dapat diungkapkan.

Kru kabin AirAsia, Nordin Razali.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 253,600 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@airasiacabincrew/video/7386469033064942849

Orang Ramai Terkejut Lihat Kru Kabin AirAsia Awet Muda Berusia 60 Tahun

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai terkejut selepas mengetahui usia sebenar kru kabin berkenaan yang berumur 60 tahun.

Boleh dikatakan ramai pengguna media sosial yang seolah-olah tidak percaya dengan umur pramugara tersebut kerana berpendapat wajahnya tidak kelihatan seperti seseorang yang berusia 60 tahun.

Ada juga yang siap minta tips dan rahsia untuk kekal awet muda seperti kru kabin tersebut.

“60 tapi nampak macam 40 eh. Saya harap nanti saya pun macam ni bila dah tua,” kata pengguna media sosial.

Sementara itu, seorang pengguna TikTok juga berkongsi pengalaman pernah berjumpa dengan pramugara AirAsia berkenaan dan mendedahkan kebaikan yang dilakukan olehnya kepada penumpang ketika dalam penerbangan.

“Banyak kali terjumpa abang tok dalam flight. Sangat baik. Murah senyuman dan pernah sekali terbang ke Kuching pada tahun 2009 dan 2010 rasanya dan dia tolong tenangkan anak buah menangis dalam flight,” ujar pengguna media sosial.

Sumber: TikTok

Tips Untuk Kekal Awet Muda

Sebelum ini,  penggiat seni iaitu Deanna Yusoff yang berusia 57 tahun telah berkongsi beberapa tips untuk kekal awet muda selepas ramai terpegun melihat gambar wajahnya yang cantik jelita.

Antara tips yang dikongsikan oleh Deanna untuk mengekalkan wajah awet muda adalah:

  • Kurangkan stres dan banyakkan ‘me time’.
    • Kerap berasa stres dan kurang masa untuk ‘me time’ boleh menyebabkan kulit seseorang mudah kusam dan kelihatan tidak bermaya.
  • Menggunakan produk berasaskan bahan semula jadi.
    • Menurutnya, produk yang berasaskan bahan kimia boleh memudaratkan tubuh badan.
  • Mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
    • Antara hidangan berkhasiat serta tinggi antioksidan adalah seperti buah ara, teh hijau, avokado, biji chia dan smoothie pisang.
Sumber: Instagram @deannayusoff

Semoga tips yang dikongsikan oleh Deanna Yusoff ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk menjaga luaran dan dalam agar wajah anda tampil awet muda seperti penggiat seni ini.

Baca Artikel Berkaitan: Deanna Yusoff Dedah Rahsia Awet Muda Pada Usia 56 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd