Now Reading
[Video] Pelancong Indonesia Persoal Bidet Di Tandas Malaysia Bikin Ramai Rakyat Malaysia Geram

[Video] Pelancong Indonesia Persoal Bidet Di Tandas Malaysia Bikin Ramai Rakyat Malaysia Geram

TikToker dari Inonesia itu mendakwa bidet di tandas Malaysia tidak mesra pengguna kerana perlu memutarkan pembuka terlebih dahulu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau korang perasan, tidak semua negara mempunyai bidet paip air untuk digunakan di dalam tandas.

Kebanyakan negara-negara maju seperti di Amerika Syarikat, Perancis dan China, mereka hanya menyediakan tisu untuk membersihkan kawasan tubuh badan selepas melepaskan hajat.

Sebagai masyarakat Malaysia yang sudah terbiasa menggunakan bidet, memang tergaru juga kepala kepala kalau sesebuah tandas itu tidak mempunyai paip air lebih-lebih lagi selepas ‘melabur’.


Warga Indonesia Terkejut Lihat Paip Bidet Dalam Tandas Di Malaysia

Menerusi video yang dimuat naik semula di laman X (@cool_wannabe82), seorang TikToker dari Indonesia dilihat mempersoalkan bentuk bidet yang dijumpai dalam sebuah tandas ketika sedang melancong di Malaysia.

Dakwa TikToker tersebut, bentuk bidet tersebut dikatakan tidak mesra pengguna kerana pengguna perlu memutarkan pembuka dahulu sebelum air mula keluar dari paip.

Dia juga membandingkan dengan bidet yang dakwanya lebih mudah iaitu sejenis paip yang hanya perlu dipicit pada bahagian bidet tanpa perlu memulas sebarang pembuka untuk mengeluarkan airnya.

“Kenapa semua toilet di Malaysia begini semua?” soal TikToker tersebut.


Rakyat Malaysia Kurang Senang Dengan Kritikan TikToker Indonesia Itu

Rata-rata masyarakat Malaysia meluahkan rasa kurang senang dengan kritikan warga Indonesia itu yang mempertikaikan bentuk bidet yang digunakan di negara ini.

Sesetengah daripada pengguna media sosial juga berpendapat TikToker berkenaan sepatutnya bersyukur kerana menjumpai tandas yang memiliki bidet kerana agak sukar sekiranya hanya disediakan tisu sahaja.

Sementara itu, sesetengah masyarakat juga berpendapat lelaki tersebut pasti akan terkejut jika dia melihat tandas yang sudah tersedia dengan bidet berteknologi tinggi.

“Terpaling culture shock. Dia belum tengok lagi tandas pancut di dalam jamban tu,” ujar seorang pengguna laman X.

Pada masa yang sama, mereka yang pernah ke Indonesia juga membandingkan tandas di negara berkenaan dan di Malaysia.

“Tandas kat Indonesia pun tak semua ada bidet ni ya. Air tak keluar pun ada. Kau jangan nak sembang bakso eh. Orang yang tak pernah pergi sana bolehlah kau ayam-ayamkan,” kata pengguna laman X.

Sumber: X

Kebaikan Dan Keburukan Menggunakan Bidet Di Tandas

Sebuah kajian telah dilakukan pada tahun 2009 kepada pesakit yang telah menjalani hemoroidektomi dan mereka mengatakan bahawa penggunaan bidet air adalah lebih mudah dan memuaskan.

Malah seorang pakar bedah rektum di New York City iaitu Dr Evan Goldstein juga mendedahkan bahawa mencuci menggunakan air adalah cara yang lebih ideal setelah keluar dari tandas.

Sumber: CultureTrip

Kajian lain yang dibuat pada tahun 2011 pula mendapati bahawa tekanan air dari bidet membantu mengurangkan rasa sakit akibat peningkatan tekanan pada dubur akibat penyakit anarektal. Dengan itu, ia juga turut membantu proses membuang air besar.

Namun, tak semua kajian mengenai bidet adalah positif. Ia kerana satu kajian besar terhadap wanita di Jepun pada tahun 2010 mendapati bahawa penggunaan bidet yang kerap dapat mengganggu flora bakteria normal di dalam vagina dan akan menyebabkan jangkitan.

Baca Artikel Berkaitan: Saintis Amerika Baru Tahu Basuh Guna Air Lagi Bagus Dari Tisu Tandas…

Baca Artikel Berkaitan: Teruja Guna Air Berbanding Tisu Di Tandas Qatar, Peminat Bola Sepak Mahu Pasang Paip Air Bila Pulang Ke London


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd