Now Reading
[Video] Bapa Kongsi Pengalaman Anak Bersekolah Di AS, Diajar Subjek Ekonomi & Bisnes Sejak Darjah 4

[Video] Bapa Kongsi Pengalaman Anak Bersekolah Di AS, Diajar Subjek Ekonomi & Bisnes Sejak Darjah 4

Menurut Saif, anaknya telah dimasukkan ke dalam ‘Advanced Academic Program’ kerana mendahului dari aspek pembelajaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, peringkat awal persekolahan amat penting untuk mendidik anak-anak. Dengan ilmu yang dipelajari, ia boleh mendorong anak mendapat keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaannya.

Walaupun setiap negara kebanyakannya menyediakan pendidikan seawal usia tujuh tahun, namun sistem yang diterapkan mungkin agak berbeza.

Sistem yang digunakan mungkin diubah suai mengikut kesesuaian dan tahap kepandaian murid di setiap negara.


Bapa Kongsi Pengalaman Anak Belajar Di Sekolah AS

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@saifushopus) apabila seorang bapa dikenali sebagai Saif berkongsi pengalaman si anak yang sedang belajar di sebuah sekolah kerajaan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut Saif, pelajar di sana tidak perlu memakai sebarang uniform yang ditetapkan oleh pihak sekolah sebaliknya boleh memakai pakaian bebas. Ia menjadi satu kemudahan buatnya kerana tidak perlu menggosok baju anak.

Jelasnya, sistem pembelajaran murid di Malaysia dan AS adalah lebih kurang sama. Namun terdapat satu perkara yang agak berbeza apabila anak bersekolah di AS.

Sumber: TikTok (@saifushopus)

Anak-anak yang dilihat mendahului dari aspek pembelajaran berbanding dengan rakan sebaya lain akan dimasukkan ke dalam kelas ‘advance’ yang dipanggil sebagai Advanced Academic Program.

Dalam kelas tersebut, murid akan diajar pada usia muda tentang perkara-perkara melibatkan subjek ekonomi, matematik lanjutan (advanced), kewangan (finance), keusahawanan, perniagaan dan pemasaran.

Kebiasaannya, subjek sebegitu diajar pada peringkat sekolah menengah atau di institut pengajian tinggi.


Peserta Diminta Menyediakan Proposal Pemasaran

Berbicara lebih dalam mengenainya, Saif berkata si anak yang baru sahaja berumur 10 tahun telah menyertai sebuah pertandingan perniagaan dan keusahawanan melibatkan semua sekolah dalam satu negeri.

Dalam pertandingan itu, peserta diminta untuk menyediakan proposal perniagaan dan juga pemasaran. Mereka harus melakar poster pemasaran dan memberi idea bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan bisnes.

Bagi peraduan berkenaan, anak Saif telah memenangi tempat ke-4 secara keseluruhan.

Sumber: TikTok (@saifushopus)

Saif Harap Anak Terdedah Dengan Ilmu Meluas

Menerusi program tersebut, Saif berharap agar anaknya terdedah dengan ilmu yang boleh dipelajari di sana.

Aku tak expect anak aku boleh menang atau dapat nombor satu. Yang penting, dia dapat pendedahan dan teruskan dalam kelas Advanced Academic Program tu.

Saif.

Di akhir perkongsian, Saif turut memberi peringatan kepada para ibu bapa agar tidak menyekat peluang pembelajaran anak-anak sekiranya mereka mempunyai bakat dan potensi.

“Yang penting kita tak tahan kemahiran anak-anak tu. Kalau dia boleh pergi (program) advance, kita jangan tahan dan sekat dia. Kita push dia ke depan,” tambah Saif lagi.

@saifushopus Budak Darjah 4 pun dah kena belajar economics , finance & business entrepreneurship! Siapa kata syllabus USA academic tak pening? Boleh la anak aku join company Shop Ship USA UK JAPAN uShopUS.com ni #ShopShipUSA #ShipUKJapan ♬ OMA SHAKO SHAKO – DJ VINNIE PARGOY

Orang Ramai Berpendapat Subjek Susah Boleh Tingkatkan Ilmu Anak

Menjengah ke ruangan komen, sesetengah individu berpendapat bahawa pembelajaran yang advanced itu boleh mengembangkan ilmu pengetahuan para murid.

Malah seorang individu dilihat mengucapkan tahniah kepada si kecil kerana memenangi tempat ke-4 walaupun mempunyai persaingan yang tinggi.

“Tahniah untuk anak-anak. Nombor empat untuk seluruh negeri tu,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ada yang berpendapat bahawa uniform seragam sekolah berfungsi untuk melatih disiplin murid.

Sumber: TikTok (@saifushopus)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Antarabangsa Kongsi Pengalaman Belajar Subjek Elektif Perubatan Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggap Sistem Sekolah Buang Masa, As’ad Motawh Dikritik Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd