Now Reading
[Terkini] Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tak Bersalah Dalam Pendakwaan Kes Khalwat

[Terkini] Aliff Aziz & Ruhainies Mengaku Tak Bersalah Dalam Pendakwaan Kes Khalwat

Mahkamah memutuskan 17 Oktober sebagai tarikh perbicaraan seterusnya melibatkan kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penyanyi Aliff Aziz dan pelakon wanita Ruhainies telah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan pada hari ini (3 Julai) bagi prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat yang dilakukan pada 9 Mac lalu di sebuah kondominium.

Pendakwaan telah dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

Ketika prodising tersebut Aliff serta Ruhainies kedua-dua mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz dan membuat permohonan untuk dibicarakan.

Susulan itu, mahkamah menangguhkan perbicaraan kepada 17 Oktober dengan bon jaminan berjumlah RM1,500 untuk Aliff dan Ruhainies juga dilanjutkan pada tarikh tersebut.

“Kedua-dua hadir hari ini bersama peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani. Kes ini disebut pada 20 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, tiada sebarang pengakuan dan tangguhan juga sudah dibuat serta dilepaskan dengan bon jaminan RM1,500 dan seorang penjamin,” kata Masroha.

Pertuduhan kes khalwat terhadap dua orang pelakon berkenaan telah didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama.

Tertuduh boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.


Kes Khalwat Aliff Aziz Dan Ruhainies

Pada 9 Mac lalu, Aliff dan Ruhanies telah dicekup berkhalwat oleh pihak JAWI di sebuah kondominium di Kuala Lumpur selepas didakwa bersekedudukan.

Rentetan itu, Ruhainies cuba untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku di mana dia mendakwa telah menjemput Aliff untuk menjamu selera bersama ahli keluarganya.

Namun, keadaan bertukar sebaliknya apabila mereka berdua dipercayai sampai lebih awal berbanding yang lain.

Sumber: Instagram

Kontroversi yang berlaku itu juga telah mengakibatkan rumah tangga Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah mula goyah sehingga Bella membuat permohonan untuk bercerai pada 4 April 2024.

Selepas perbicaraan, Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu pada 13 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekututan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Baca Artikel Berkaitan: Aliff Aziz & Bella Astillah Sah Cerai Talak 1


Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Curang Sebanyak 11 Kali Ketika Bergelar Suaminya

Terdahulu, Bella pernah mengeluarkan dakwaan bahawa bekas suaminya pernah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka dan bukannya hanya enam kali seperti diketahui umum.

Bella juga membuat pendedahan bahawa perubahan dalam diri Aliff mula kelihatan apabila dia memulakan penggambaran bersama pelakon Ruhainies.

Sumber: Instagram

Menerusi alat GPS sedia ada di dalam kereta yang dihadiahkan olehnya kepada Aliff, Bella mendapati suaminya telah ke kediaman Ruhainies yang terletak di Pavilion Suites sekurang-kurangnya lapan kali.

Dia sebelum itu telah diberitahu oleh rakan-rakannya yang bekerja di set bersama Aliff dan Ruhainies bahawa mereka seperti menjalinkan hubungan, tetapi Bella enggan mempercayainya kerana aktres itu merupakan sahabat baiknya.

Namun begitu, apa yang lebih mengejutkan lagi adalah dakwaan Bella bahawa suaminya itu pernah menjalinkan hubungan dengan adiknya sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Didakwa Telah Curang Sebanyak 11 Kali, Termasuk Dengan Adik Bella Sendiri

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Mahu Berjumpa Untuk Jernihkan Keadaan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd