Now Reading
“Simple Tapi Luar Biasa” – Wanita Kongsi Detik Sertai Konvoi Geng Subuh Macam Jumaat Di Genting Highlands

“Simple Tapi Luar Biasa” – Wanita Kongsi Detik Sertai Konvoi Geng Subuh Macam Jumaat Di Genting Highlands

Gerakan Geng Subuh Macam Jumaat itu diadakan di Masjid Masjid Yayasan Mohamed Noah, Genting Highlands.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gerakan yang dimulakan oleh pelakon dan penyanyi terkenal tanah air, Alif Satar iaitu Geng Subuh Macam Jumaat telah disambut baik oleh masyarakat sejak akhir bulan tahun lalu.

Sejak kempen itu diperkenalkan, golongan anak muda dilihat bersemangat untuk menyertainya bagi menghidupkan lagi suasana berjemaah di masjid.

Ia bukan sahaja membuka mata penduduk tempatan, malah gerakan ini juga sudah mula meluas hingga ke negara jiran iaitu Singapura.

Baca Artikel Berkaitan: Geng Subuh Macam Jumaat Turut Dapat Sambutan Meriah Di Singapura [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen


Ramai Anak Muda Sertai Geng Subuh Macam Jumaat Di Genting Highlands

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@om_orkedmerdhuu) apabila seorang wanita berkongsi pengalamannya bersama suami menyertai konvoi motosikal ke Masjid Masjid Yayasan Mohamed Noah, Genting Highlands bagi menyertai gerakan Geng Subuh Macam Jumaat.

Difahamkan, Alif telah memuat naik satu perkongsian di laman Instagram bagi mengajak orang ramai untuk bersama-sama menunaikan solat Subuh di masjid tersebut.

Oleh disebabkan itu, wanita berkenaan membuat keputusan untuk menyertai si suami bagi menyertai solat Subuh secara berjemaah.

“Yang isteri pula, pantang ajak naik motor malam-malam. On je,” ujar wanita tersebut.

Sebagai persiapan menyertai konvoi itu, pasangan suami isteri berkenaan telah tidur awal pada malam sebelumnya.

Tepat jam 4.30 pagi, orang ramai telah berkumpul di stesen Petrol BHP, Lebuhraya KL-Karak. Jelas wanita berkenaan, ramai anak muda telah ‘turun padang’ menyertai sesi konvoi itu.

Tengok ramai budak-budak muda join pergi solat Subuh. Rasa terharu dan sebak pula. Yang kami ni jarang solat Subuh di masjid tiba-tiba terpanggil pula. Mungkin bagi orang lain macam biasa.

Si isteri.
Sumber: TikTok (@om_orkedmerdhuu)

Tambah wanita itu lagi, ia mungkin menjadi permulaan buatnya untuk istiqamah menunaikan solat Subuh berjemaah di rumah Allah SWT.

“Subhanallah, Alhamdulillah merasa juga akhirnya. Terima kasih Allah, terima kasih Aliff Satar, terima kasih Geng Subuh Macam Jumaat,” jelas wanita berkenaan.


Orang Ramai Berterima Kasih Kepada Alif

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat sebak melihat situasi di mana orang beramai-ramai menyertai ride yang dipimpin oleh Alif itu.

“Dengan saya-saya sekali sebak. Walaupun jauh tetapi dapat rasa perasaan tu. Allahuakbar, semoga kita terus istiqamah,” ujar seorang wanita.

Malah ramai juga individu mengucapkan terima kasih kepada Alif kerana memulakan kempen tersebut yang mana boleh mendekatkan lagi golongan Muslim dengan Allah SWT.

“Ya Allah bagusnya Alif Satar. Moga Allah merahmati beliau dengan sedaya upaya yang dilakukan,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@om_orkedmerdhuu)

Alif Ajak Konvoi Pada 7 Julai Ini Ke Dataran Merdeka

Menerusi perkongsian Alif pada hari ini (3 Julai), pelakon itu sekali lagi mengajak orang ramai bagi menyertai ‘ride’ dari Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara ke Dataran Merdeka dan menunaikan solat subuh di Masjid Jamek, Kuala Lumpur.

Konvoi tersebut akan bermula jam 5 pagi pada Ahad ini, 7 Julai. Selepas menunaikan solat Subuh, Alif juga mengajak para jemaah untuk turut sama berlari memandangkan ‘Car-Free’ di ibu kota pada awal pagi.

Buat mereka yang bermalam di Masjid Saidina Umar Al-Khattab pada 6 Julai, Alif akan belanja anda juadah roti canai untuk dinikmati bersama.

Baca Artikel Berkaitan: Sonny Bill Williams Join Alif Satar Bersama #GengSubuhMacamJumaat Undang Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd