Now Reading
Insiden Vios Terbabas Langgar Pokok & Hampir Rempuh Motor Di Kelantan Undang Perhatian

Insiden Vios Terbabas Langgar Pokok & Hampir Rempuh Motor Di Kelantan Undang Perhatian

Kejadian berlaku semalam (2 Jun) di jalan sekitar Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pemanduan berhemah di atas jalan raya amatlah penting. Hal ini kerana sudah banyak kes kemalangan kenderaan berlaku apabila pemandu tidak mematuhi peraturan sedia ada sebagai contoh melanggar had laju.

Mungkin juga ramai di antara kita yang memecut kerana mempunyai hal kecemasan. Pun begitu, anda perlu ingat bahawa tindakan tersebut boleh mengundang bahaya bukan sahaja kepada nyawa sendiri tetapi orang lain juga.

Seperti sebelum ini, sebuah kereta pikap dipercayai telah memecut dengan laju dan tidak sempat menekan brek sebelum melanggar Perodua Axia di persimpangan lampu isyarat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 4×4 Rempuh Axia Gara-gara Memecut Di Lampu Kuning Raih Perhatian Ramai


Vios Terbabas Langgar Pokok & Hampir Rempuh Motosikal

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Yu KH, menyaksikan satu situasi cemas yang berlaku semalam (2 Jun) di jalan sekitar Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi video perkongsian, sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna putih dilihat memandu dengan kelajuan yang laju sebelum berpusing dan terbabas melanggar sebuah pokok di pembahagi jalan.

Pokok itu kemudian tumbang ke seberang jalan dan menghalang laluan kenderaan di arah bertentangan.

Sumber: Facebook Yu KH

Lebih membimbangkan, Vios yang terbalik selepas terbabas dilihat hampir merempuh penunggang motosikal yang berada di hadapannya.

Namun nasib menyebelahi penunggang motosikal kerana rakaman litar tertutup (CCTV) menunjukkan bahawa dia sempat mengelak daripada dilanggar oleh Vios berkenaan.


Vios Dipercayai Tekan Brek Pada Saat Terakhir

Melihat kepada klip tersebut, Vios berkenaan dipercayai menekan pedal brek kecemasan pada saat akhir bagi mengelak motosikal.

Menerusi ruangan komen, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohammad Syafiq itu berkata dia mula brek kerana melihat budak sekolah mahu melintasi jalan raya sewaktu lampu isyarat sudah merah.

“Saya memang nak pergi terus tapi lampu (isyarat) merah, saya brek sebab nampak budak sekolah nak melintas jalan. Kereta belakang saya laju, memang dia dah brek tapi laju sangat,” ujar Syafiq.

Tambahnya lagi, dia mengalami lebam sedikit pada bahagian kaki sewaktu Vios berkenaan berpusing.

Sumber: Facebook Yu KH

Kereta milik pemandu juga mengalami kerosakan yang agak teruk di bahagian bumper depan.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian telah bergegas untuk melihat keadaan pemandu selain mengalihkan pokok tumbang yang menghalang kenderaan lain.


Orang Ramai Berang Pemandu Vios Bawa Kereta Dengan Laju

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat berang dengan pemandu Vios kerana tidak cakna dengan lampu isyarat dan kawasan sekitar.

“Kereta tu laju kenapa? Tak alert dengan lampu isyarat dan keadaan sekeliling. Kawasan sekolah sebaiknya kena alert sebab kita tak tahu apa nak jadi. Kadangkala budak melintas secara tiba-tiba pun boleh jadi kalau area jalan depan sekolah macam itu,” kata seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga dilihat bersyukur kerana terdapat pokok yang menghalang kereta daripada terbabas ke arah bertentangan.

“Allahuakbar. Mujur ada pokok. Kalau tak, kereta pergi belah sana. Budak-budak sekolah ramai dekat situ,” kata seorang pengguna Facebook.

Sumber: Facebook Yu KH

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Trak Pikap Rempuh 4 Beranak Naik Motosikal Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perodua Bezza Selamba Potong 9 Kenderaan Di Garisan Berkembar Bikin Ramai Berang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd