Now Reading
[Video] Kanak-kanak Kongsi Resepi ‘Lazy Cake’, Rupanya Kek Batik Yang Popular Di Malaysia

[Video] Kanak-kanak Kongsi Resepi ‘Lazy Cake’, Rupanya Kek Batik Yang Popular Di Malaysia

Antara bahan yang digunakan oleh seorang kanak-kanak perempuan dari Gaza bernama Renad itu untuk membuat ‘Lazy Cake’ adalah serbuk koko, biskut, gula, susu dan minyak masak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, keadaan di Gaza masih tidak henti menerima serangan daripada tentera Israel sehingga ke harini meskipun ia telah meragut puluhan ribu mangsa.

Walau bagaimanapun, ia tidak menghalang penduduk Gaza untuk meneruskan kehidupan mereka dan cuba untuk membangunkan semula negara mereka sedikit demi sedikit.

Kecekalan hati mereka menjadi inspirasi dan turut terserlah dalam sebuah video yang dimuat naik oleh salah seorang masyarakat Palestin di sana.


Kanak-kanak Gaza Rakam Video Kongsi Resepi Buat Kek Batik

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@renadwatermelon), seorang kanak-kanak perempuan dari Gaza berkongsi cara-cara untuk membuat hidangan kek yang mudah untuk dimasak dan ia digelar sebagai ‘Lazy Cake’.

Dalam video berkenaan, kanak-kanak bernama Renad itu menyediakan beberapa bahan seperti gula, minyak masak, susu, sejumlah air, serbuk koko, serbuk vanila dan dua paket biskut.

Sumber: TikTok (@renadwatermelon)

Sebelum digaulkan dengan biskut, kesemua bahan dicampur digaulkan bersama untuk menghasilkan tekstur berwarna coklat yang likat.

Kemudian, kesemua bahan itu diletakkan pada plastik pembalut sebelum digulung bersama kepingan aluminium dan disimpan dalam peti sejuk untuk semalaman.

Kalau anda perhatikan betul-betul, cara serta bahan yang digunakan sama seperti kaedah untuk membuat menu pencuci mulut kek batik yang popular di Malaysia.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai sehingga berjaya meraih 999,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@renadwatermelon/video/7386182690036403472

Masyarakat Beri Kata-kata Semangat Terhadap Video Anak Muda Dari Gaza

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh masyarakat selepas melihat video kanak-kanak Gaza itu berkongsi resepi ‘Lazy Cake’.

Seorang pengguna TikTok juga menjelaskan bahawa hidangan tersebut juga digelar sebagai Kek Batik di Malaysia.

“Kat Malaysia, kami panggil Kek Batik. Sayang awak Renad. Fi Hifzillah,” kata pengguna media sosial.

Selain itu, sesetengah masyarakat pula memberikan semangat kepada anak muda berkenaan untuk menghasilkan lebih banyak video di TikTok.

Mereka turut teruja melihat keenakan kek tersebut dan mahu mencubanya sendiri menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Renad.

Pada masa yang sama, orang ramai juga peka dengan bunyi seperti siren yang didengari di dalam video terbabit.

Sumber: TikTok

Resepi Kek Batik

Kalau tiba-tiba korang rasa macam teringin nak makan kek batik di rumah, boleh je buat sendiri kerana tidak menggunakan bahan yang banyak.

Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 pek biskut Marie
  • 250g mentega
  • 200g serbuk Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 3/4 tin susu pekat
Sumber: Resepi Che Nom
Cara Penyediaan:
  1. Potong mentega dan panaskannya di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
  2. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
  3. Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
  4. Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
  5. Sejukkan di dalam peti ais semalaman.
  6. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! 😊

Baca Artikel Berkaitan: “Bau Menggamit Nostalgia” – Resepi Kek Oren Sempoi Ini Memang Sesuai Dihidang Di Aidilfitri!

Baca Artikel Berkaitan: Tengah Cari Dessert Buka Puasa? Ini Resepi Matcha Sago Yang Anda Boleh Cuba


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd