Now Reading
[Video] Helmet Motor Kena Curi Di Parkir Hospital, Pemilik Harap Si Pelaku Diberi Hidayah

[Video] Helmet Motor Kena Curi Di Parkir Hospital, Pemilik Harap Si Pelaku Diberi Hidayah

Menurut pemilik helmet dikenali sebagai Syahid Akmal, kes kecurian berlaku di parkir Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes mencuri di Malaysia dilihat semakin membimbangkan sehingga ada individu yang sanggup menyamar menjadi jantina lain untuk melakukan perbuatan keji itu.

Seperti sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan seorang lelaki memakai telekung dan menyamar sebagai seorang perempuan sebelum mencuri sebuah peranti jenis iPhone X di sebuah masjid.

Si pelaku bagaimanapun berjaya ditangkap dengan hasil bantuan penduduk Seksyen 18 Shah Alam.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Menyamar Pakai Telekung Curi iPhone Jemaah Wanita Sedang Solat Dalam Masjid Di Shah Alam [Video]


Helmet Motor Dicuri Ketika Parkir Di HKL

Kes kecurian tidak terhenti di situ sahaja. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@syhdakml) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Syahid Akmal berkongsi satu kisah yang berlaku kepada dirinya sewaktu balik daripada melakukan pemeriksaan kesihatan.

Menurut Syahid, helmet miliknya yang telah digantung bersama dengan motor telah dicuri oleh seorang individu tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, kejadian berlaku di kawasan tempat meletakkan kenderaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menerusi video perkongsian, lelaki itu menjelaskan bahawa helmet tersebut telah digantung bawah tempat duduk motornya. Pencuri berkenaan dipercayai menggunting tali helmet tersebut sebelum dibawa lari.

Sumber: TikTok (@syhdakml)

Sekarang ni tinggal tali je. Ni dekat hospital tahu. Pencuri kan, mana-mana dia ada. Sepanjang dia pakai helmet tu, gatallah kepala kau. Ni ARC (helmet) tau. Aku pakai helmet tu tiga tahun, boleh hilang.

Syahid Akmal.

Tambah Syahid di ruangan komen, dia sering ke HKL dan meletakkan helmet di tempat yang sama. Namun tidak menyangka, insiden malang tersebut berlaku pada dirinya.


Pemilik Helmet Harap Pencuri Diberi Hidayah

Walaupun berasa sedih dan terkilan dengan kehilangan helmet itu, Syahid di ruangan kapsyen berharap agar pencuri diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk berubah pada masa akan datang.

Kalau pencuri tu tengok video ni aku cuma nak cakap, dosa dengan Allah boleh minta ampun, dosa dengan manusia susah kau nak cari. Semoga Allah beri hidayah kepada kau, amin.

Syahid.

Syahid juga berkata dia reda dan memaafkan si pelaku kerana beranggapan terdesak mahu menggunakan duit pada waktu kejadian.

@syhdakml kalau pencuri tu tgk video ni aku just nak cakap, dosa dgn Allah boleh minta ampun bro, dosa dgn manusia susah kau nak cari. Semoga Allah beri hidayah kepada kau, aamin. btw, tq bro @Daniel Hakim RS bagi pinjam helmet utk aku balik dari checkup. #arcritzhelmet #lc135malaysia #hospitalkualalumpur #hkl ♬ original sound – Syahid Akmal

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dedah Lelaki ‘Berlakon’ Jadi Perempuan Dalam Surau. Rupanya Pencuri!


Orang Ramai Ingatkan Jangan Tinggalkan Helmet Pada Motosikal

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berkata kes kehilangan helmet yang diletakkan pada motosikal sering berlaku. Segelintir individu mengingatkan Syahid untuk membawa helmet berkenaan ke mana-mana.

“Aku tak pernah tinggal (helmet). Bawa sekali ke mana-mana, kalau tinggal pun dekat pondok jaga,” ujar seorang lelaki.

Malah ada juga individu yang berkongsi pengalaman lebih teruk pernah terjadi sewaktu meletakkan kenderaan sekitar hospital.

“Helmet normal lagi bang. Saya dulu park dekat hospital juga. Sekali tayar depan dan belakang hilang. Dahlah motor kawan,” jelas seorang wanita.

Sementara itu, ada individu berkata bahawa kehilangan helmet bukan sesuatu yang mengejutkan kerana banyak lagi harta benda tidak mewah selalu dicuri di negara ini.

“Ini Malaysia mat. Selipar jamban dekat masjid pun boleh kena rembat,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@syhdakml)

Baca Artikel Berkaitan: Kereta MPV Dibakar Penduduk Kampung Gara-gara Didakwa Guna Untuk Curi Lembu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd