Now Reading
[Video] Anak Sebak Kongsi Detik Ibu Pulang Seorang Diri Selepas Ayah Meninggal Dunia Ketika Tunai Haji

[Video] Anak Sebak Kongsi Detik Ibu Pulang Seorang Diri Selepas Ayah Meninggal Dunia Ketika Tunai Haji

Arwah bapanya dilaporkan mengalami demam sebanyak dua kali sebelum terkena serangan jantung kali pertama lalu meninggal dunia pada 13 Jun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada tahun ini, banyak berita tentang kematian jemaah haji ketika sedang sibuk melaksanakan rukun ibadah kelima itu.

Tabung Haji melaporkan seramai 14 jemaah haji dari Malaysia yang telah meninggal dunia pada tahun ini disebabkan oleh masalah kesihatan.

Secara keseluruhan dengan mengambil kira jemaah haji dari satu dunia, jumlah kematian jemaah haji pada tahun ini adalah melebihi 550 orang berikutan suhu panas yang melampau di Tanah Suci Mekah.

Baca Artikel Berkaitan: 8 Jemaah Haji Dari Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah Tahun Ini

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Jemaah Haji Meninggal Dunia Di Tepi Jalan, Suhu Di Mekah Lebih 50 Darjah Celsius


Ibu Pulang Dari Tunai Haji Seorang Diri Selepas Ayah Meninggal Dunia Di Mekah

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@wanie_zaidie8510), wanita ini berkongsi detik ketika menyambut kepulangan ibunya yang baru selesai mengerjakan ibadah haji di tanah suci.

Walau bagaimanapun, ibunya dilihat balik seorang diri selepas ayah dilaporkan meninggal dunia ketika mengerjakan haji di tanah suci.

Pengguna TikTok itu juga sempat ‘throwback’ momen semasa kedua ibu bapanya melambai tangan ketika mahu berangkat ke Mekah pada pertengahan Mei lalu.

Menurut wanita itu, ayahnya dilaporkan mengalami demam sebanyak dua kali sebelum terkena serangan jantung kali pertama dan meninggal dunia pada 13 Jun lalu.

Wanita ini bagaimanapun menerima ketentuan takdir apabila ajalnya ayahnya ditarik ketika berada jauh daripada ahli keluarga yang lain.

“Ayah dijemput Ilahi ke negeri abadi buat selama-lamanya. Kami reda dan ikhlas seikhlasnya! Ayah insan terpilih. Insan hebat. Insan teristimewa. Kami sayang ayah. Kami rindu ayah. Rindu serindu-rindunya,” katanya di ruangan kapsyen.

https://www.tiktok.com/@wanie_zaidie8510/video/7386646445757189381

Orang Ramai Luah Rasa Sedih Dengar Kisah Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa hiba selepas mengetahui kisah di mana ibunya pulang dari kota suci Mekah seorang diri selepas ayahnya dijemput Ilahi di sana.

Orang ramai turut mendoakan agar arwah ayahnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Pada masa yang sama, sesetengah pengguna media sosial juga berkongsi pengalaman sama apabila mempunyai ahli keluarga yang meninggal dunia ketika menunaikan ibadah haji.

“Sedihnya teringat dekat arwah atok. Sama macam ni. Dia meninggal dekat sana,” kata pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Kami mendoakan kesemua para jemaah yang meninggal dunia ketika menunaikan haji di tanah suci pada tahun ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd