Now Reading
“Peluk Salam Terakhir” – Remaja Nigeria Nangis Tinggalkan Rakan Di Kelantan Undang Sebak

“Peluk Salam Terakhir” – Remaja Nigeria Nangis Tinggalkan Rakan Di Kelantan Undang Sebak

Difahamkan, remaja berusia 14 tahun yang lebih mesra dikenali sebagai Mat itu menetap di Bandar Kubang Kerian sekitar Kota Bharu, Kelantan selama 3 tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, tular di platform media sosial menyaksikan seorang remaja lelaki dari Nigeria, Afrika Barat yang dikenali sebagai Muhammad Alamin Abu Bakar fasih bertutur menggunakan dialek Kelantan.

Menurut lelaki itu, dia boleh fasih bercakap dengan loghat tersebut selepas mempelajari daripada rakan-rakan sewaktu menetap di Malaysia.

Kebolehan Muhammad berkomunikasi dengan lancar membuatkan orang ramai berasa kagum selain memujinya kerana cepat belajar walaupun dalam tempoh masa yang singkat.

Baca Artikel Berkaitan: Remaja Nigeria Fasih Cakap Kelantan Buat Ramai Kagum [Video]


Remaja Nigeria Berpisah Dengan Rakan-rakan Selepas 3 Tahun Bersama

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@goleng120) menyaksikan satu situasi pilu di antara Muhammad dan juga rakan-rakannya yang lain.

Muhammad atau lebih mesra dikenali sebagai Mat menerusi video itu dilihat berpelukan dan memberi salam terakhir kepada rakan seperjuangan selepas tiga tahun tinggal di Malaysia.

Sumber: TikTok (@goleng120)

Perkara yang membuatkan situasi tersebut lebih sebak adalah apabila Mat menitiskan air mata selepas bersapa dengan rakan-rakannya.

“Peluk salam terakhir, gugur air mata Mat tanda kesedihan di saat perpisahan,” kata pengendali TikTok di ruangan kapsyen.

@goleng120 Airmata bukti cinta Mat pada kawan² dan bumi Malaysia& kelate,😭 semoga jumpa lagi #matnigeria ♬ Salam Terakhir – Dato' Sudirman

Mat Ambil Masa Setahun Belajar Berbahasa Melayu Dalam Dialek Kelantan

Menurut pengendali akaun dikenali sebagai Mazlan Mustafa, 59, remaja itu telah berhijrah bersama ayahnya ke taman perumahan di Bandar Kubang Kerian sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Tambah Mazlan, remaja berusia 14 tahun itu datang ke sini kerana mengikut bapanya yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Namun disebabkan oleh si ayah yang sudah mempunyai kontrak kerja baru di Nigeria, maka mereka sekeluarga perlu pulang semula ke tanah air.

Muhammad bersama rakan. Sumber: Harian Metro

“Ketika baru datang dulu, Mat memang tak pandai cakap bahasa Melayu dan bersembang dengan rakannya dalam bahasa Inggeris. Tapi saya minta rakan yang selalu bermain dengannya untuk biasakan sembang dalam bahasa Melayu.

“Dalam masa setahun, Mat boleh cakap bahasa Melayu malah boleh bertutur dialek Kelantan kerana dia selalu bermain bola sepak dan malam pula rajin datang surau. Mat pula cepat belajar jadi itu yang buat dia cepat fasih,” kata Mazlan yang juga merupakan jiran kepada Muhammad.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Kagum Nenek Perancis Fasih Loghat Terengganu


Pemergian Mat Adalah Kehilangan Terbesar

Tambah lelaki itu, terlalu banyak kenangan bersama Mat sepanjang keberadaannya di sini.

Ikutkan Mat pemalu orangnya tapi boleh jadi mesra apabila sudah biasa dengannya. Dia pun suka menolong dan pernah bantu laungkan azan di surau jadi pemergian Mat adalah kehilangan besar buat kami.

Mazlan.

Kata Mat, dia akan kembali ke Malaysia pada satu hari nanti untuk melanjutkan pelajaran jika dikurniakan rezeki, lapor Harian Metro.


Orang Ramai Sebak Lihat Mat Berpisah Dengan Rakan Di Malaysia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sedih melihat Mat yang akan memulakan hidup baru di Nigeria.

“Dengan aku sekali gugur air mata ni. InsyaAllah aku doakan mereka akan bertemu semula,” kata seorang wanita.

Malah ada yang berkata, agak sukar untuk Mat bertemu semula dengan rakannya kerana jarak negara yang sangat jauh.

“Orang lain berpisah masih ada harapan berjumpa lagi. Tapi mereka terpisah oleh benua, entah jumpa lagi atau tidak. Moga Allah lindungi persahabatan mereka,” jelas seorang individu.

Sementara itu, ramai juga berharap agar Mat tidak melupakan kenangan sepanjang berada di bumi Kelantan.

“Saya tengok pun sedih bang. Harap-harap Mat tak lupa kawan dekat Kelantan nanti,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@goleng120)

Baca Artikel Berkaitan: “Pertama Kali Dengar”- Ramai Teruja Lihat Lelaki Berbangsa India Fasih Cakap Jawa [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd