Now Reading
Murid Pendidikan Khas Nangis Teresak Atas Pentas Kerana Cikgu Kesayangan Bersara Bikin Ramai Sebak

Murid Pendidikan Khas Nangis Teresak Atas Pentas Kerana Cikgu Kesayangan Bersara Bikin Ramai Sebak

Menurut pengendali akaun TikTok @setia0873, murid dikenali sebagai Alif itu amat rapat dengan Cikgu Zaidi meskipun tidak mengajar pelajar PPKI.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, murid PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) mempunyai ragam dan tingkah lakunya yang tersendiri di mana ia agak berbeza dengan pelajar lain.

Antara ciri-ciri murid yang perlu dimasukkan ke kelas PPKI adalah seperti ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, pertuturan atau fizikal, masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan.

Sesetengah dari golongan itu juga memiliki sikap amat manja lebih-lebih lagi dengan cikgu yang banyak melayan mereka dengan baik sewaktu sesi persekolahan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rasa Nak Sekolah Balik” – Gelagat Cikgu Penyayang Peluk & Belai Murid Darjah 1 Raih Perhatian


Murid PPKI Nangis Teresak Kerana Guru Kesayangan Bersara

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@setia0873) menyaksikan situasi hiba yang berlaku sewaktu Majlis Lambaian Kasih dan Sanjung Budi di sebuah sekolah.

Difahamkan, majlis tersebut dianjurkan khas buat seorang guru lelaki dikenali sebagai Cikgu Zaidi yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai pengajar di sekolah berkenaan.

Seperti kebiasaannya, cikgu yang akan bersara ini akan memberikan kata-kata terakhir buat semua pihak di sekolah selain bersalaman dengan anak murid.

Namun perkara yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang murid PPKI dikenali sebagai Alif dilihat menangis teresak-esak mendengar khabar berita bahawa cikgu kesayangannya akan meninggalkan sekolah tersebut.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Alif yang tidak berhenti menangis itu memeluk cikgu berkenaan dengan erat di atas pentas seolah-olah enggan melepaskannya.

Sumber: TikTok (@setia0873)

Tetap Rapat Walaupun Cikgu Zaidi Tidak Mengajar Murid PPKI

Tidak dapat menahan sebak, Cikgu Zaidi juga dilihat mengelap air matanya dengan tisu.

Menurut Setia yang dipercayai salah seorang tenaga pengajar, murid berkenaan sememangnya rapat dengan Cikgu Zaidi meskipun tidak mengajar pelajar PPKI.

“Selamat bersara sahabatku Cikgu Zaidi. Anak PPKI ini pasti merinduimu,” kata Setia.

@setia0873

♬ Hanya Rindu – Andmesh

Orang Ramai Turut Sebak Lihat Keadaan Alif

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat turut berasa sebak melihat situasi Alif yang susah untuk melepaskan gurunya.

“Cikgu menangis, anak murid menangis, kami juga menangis. Terima kasih cikgu,” jelas seorang individu.

Malah ada yang berkata anak murid itu mungkin terkesan kerana Cikgu Zaidi membawa impak besar sewaktu alam persekolahannya.

“Kadangkala, memang ada murid yang suka datang ke sekolah sebab ada seorang guru yang dia sangat rapat,” ujar seorang wanita.

Melihat kepada keadaan murid yang tidak boleh berhenti menangis, ramai individu beranggapan bahawa pelajar istimewa tersebut amat ikhlas menyayangi Cikgu Zaidi.

“Anak macam ni (PPKI) dia ikhlas menyayangi. Jangan pertikaikan perasaan dia,” kata seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@setia0873)

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Baik Ramai Sayang” – Pelajar Menangis Berpisah Dengan Guru Praktikal Buat Ramai Sebak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Bangsa India Tolong Suap Makanan Kepada Rakan Sindrom Down Buat Ramai Tersentuh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd