Now Reading
Meninggal Dunia Sebab Kanser Dikira Mati Syahid Ke? Ini Penjelasan UAI

Meninggal Dunia Sebab Kanser Dikira Mati Syahid Ke? Ini Penjelasan UAI

Menurut Ustaz Azhar Idrus, terdapat beberapa keadaan di mana seseorang yang meninggal dunia dikira sebagai mati syahid sebagai contoh melahirkan anak dan sakit dalam perut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 mendedahkan bahawa kanser adalah punca kematian keempat tertinggi di Malaysia iaitu peningkatan kepada 12.6% pada 2022 daripada 10.5% pada tahun sebelumnya.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kanser juga adalah antara punca utama kematian di hospital swasta dan di bawah hospital Kementerian Kesihatan (KKM).

Tidak kiralah kanser jenis apa, penyakit itu dilihat semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat sehinggakan ada yang meninggal dunia walaupun pada usia muda.


Adakah Meninggal Dunia Akibat Kanser Dikira Sebagai Mati Syahid?

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu sesi tazkirah sedang menjawab pertanyaan diajukan oleh orang ramai.

Antara soalan yang diterima adalah, “Adakah seorang yang hidap kanser dan sebab kematian juga adalah kanser diberikan ganjaran syurga bagi dia? Saya pernah terbaca dalam hadis tapi tidak tahu sahih atau tidak.”

Menurut UAI, terdapat hadis yang menyatakan penyakit berjangkit (wabak) sebagai contoh kematian disebabkan virus Covid-19 dikira sebagai syahid.

Antara keadaan lain di mana seseorang dikira mati syahid adalah meninggal dunia disebabkan kebakaran, lemas, ditimpa benda berat, melahirkan anak dan sakit dalam perut.

Imam Malik menyebut sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin ‘Atik, Nabi SAW bersabda:

الشُّهَدَاءُ سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ: الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ، وَالْغَرِيقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ.

Maksudnya: “Orang yang mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh iaitu korban wabak taun adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, penderita penyakit radang paru-paru adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati akibat tertimpa runtuhan adalah syahid, seorang wanita yang mati kerana melahirkan anak adalah syahid dan orang yang mati kerana kebakaran adalah syahid.”

[Riwayat Malik]


Sakit Dalam Perut Libatkan Penyakit Kronik Yang Sukar Untuk Sembuh

Ulama menjelaskan bahawa penyakit kanser turut dikategorikan dalam penyakit perut.

“Ulama berkata berkemungkinan kanser itu masuk dalam bab sakit dalam perut, penyakit yang kronik, susah nak baik dan kritikal. Dalam perut itu bukan bermaksud dalam usus sahaja, tetapi bahagian dalaman ni (tubuh badan) termasuk kanser tadi.

Maka dapat disimpulkan bahawa meninggal dunia akibat penyakit kanser tergolong dalam kategori golongan mati syahid akhirat.

Sumber: Pexels

Syahid Terbahagi Kepada 3 Jenis

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat beberapa jenis syahid iaitu syahid dunia, syahid akhirat serta juga syahid dunia dan akhirat.

  1. Syahid di dunia dan akhirat: Orang terbunuh dalam medan peperangan di jalan Allah SWT kerana menentang golongan kafir dan berniat ikhlas untuk meninggikan kalimah Allah SWT. Golongan ini dikurniakan ganjaran pahala di dunia dan akhirat.
  2. Syahid di akhirat: Orang yang terbunuh dalam keadaan dizalimi tetapi bukan gugur terbunuh di medan peperangan. Mereka tergolong dalam hadis yang disebutkan di atas seperti orang yang mati kerana lemas, dalam runtuhan, penyakit perut dan kebakaran.
  3. Syahid di dunia: Orang yang berperang di jalan Allah SWT tetapi berniat semata-semata untuk mendapatkan harta rampasan perang, terbunuh ketika sedang cuba melarikan diri daripada medan peperangan, berperang hanya kerana riya dan lain-lain.
@adiputra.9900 meninggal kerana kanser #ceramah #nasihattiktok #islam #ustazazharidrus ♬ original sound – Ady9900

Orang Ramai Kongsi Kisah Keluarga Hidap Kanser

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat berkongsi kisah ahli keluarga yang menghidap penyakit kanser.

“Bila dengar, inilah penawar hati yang pilu bila rindukan mama. Dekat dunia mama sakit, sekurang-kurangnya mama tutup mata (meninggal dunia) dapat syahid akhirat. Setiap yang Allah bagi atau janji pasti besar tak ternilai,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga dilihat menitipkan doa buat mereka yang sudah meninggal dunia akibat kanser.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Pemuda Kongsi Pengalaman Selepas Disahkan Hidap Kanser [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Hidap Kanser Ovari & Cyst Kerana Kerap Makan Makanan Pedas

Baca Artikel Berkaitan: “Allah SWT Will Look After Me” – Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma Lepas 2 Kali Buat Ujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd