Now Reading
Wanita Kecewa Port OOTD Dicemari Sampah Lepas Ada Pihak Sambut Birthday

Wanita Kecewa Port OOTD Dicemari Sampah Lepas Ada Pihak Sambut Birthday

Menerusi video tular, kelihatan sampah sarap dan banner ulang tahun dibuang merata tempat di Pokok Durian Tunggal Sekinchan, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi menyambut hari istimewa seseorang sebagai contoh ulang tahun, pasti ramai di antara kita yang akan merancang sebaik mungkin untuk menggembirakan mereka.

Ada juga di kalangan masyarakat akan pergi ke suatu tempat menarik untuk mengadakan makan-makan dan bergambar sebagai tanda kenangan hari ulang tahun tersebut.

Namun dalam masa mereka bersuka ria, terdapat juga segelintir individu tidak mempunyai ‘common sense’ dan bersikap pengotor kerana tidak membersihkan kawasan yang sudah digunakan itu.


Sekumpulan Individu Buang Sampah Merata Di Pokok Durian Tunggal Sekinchan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@fizahusin_) apabila seorang wanita dikenali sebagai Fiza mendedahkan sikap sekumpulan individu apabila berkunjung di Pokok Durian Tunggal Sekinchan, Selangor.

Difahamkan lokasi tersebut merupakan antara tarikan orang ramai termasuklah para perlancong untuk bergambar berlatarkan sawah padi.

Di sana juga, terdapat sebuah pokok besar di tengah-tengah sawah dan juga buaian yang sesuai sebagai port OOTD.

Pun begitu, ada juga individu yang telah mencemarkannya. Menurut Fiza, pihak tidak bertanggungjawab telah membuang sampah merara-rata di kawasan tersebut selepas menyambut hari jadi seseorang.

Bukan main gambar nak lawa, lepas itu tak ada sikap bertanggungjawab dengan semua sampah yang dah dibuat. Jangan sampai orang kampung letak pagar je dekat kawasan tu nanti, langsung semua tak boleh masuk.

Fiza.
Sumber: TikTok (@fizahusin_)

“Sakit Mata” Tengok Kawasan Yang Kotor

Tambah Fiza, individu yang mempunyai mentaliti kelas rendah iaitu tidak ada kesedaran untuk membersihkan sampah masing-masing tidak sepatutnya berkunjung ke sana.

“Awak ingat ada orang yang akan datang ke untuk tolong bersihkan sampah yang awak dah buang ni? Sakit mata tahu bila tengok pemandangan dekat sini dah lawa tetapi dicemari dengan semua sampah-sampah yang dibuat oleh tangan manusia.

“Betul orang cakap bumi ni rosak sebab tangan-tangan manusia. Tengok, view dia cantik tetapi disebabkan sampah merata-rata dekat bawah tu, terus tak cantik gambarnya,” kata Fiza.

Jelas Fiza di penghujung perkongsian, dia mengingatkan orang ramai agar sentiasa menjaga adab apabila berkunjung ke tempat orang.

@fizahusin_

Kemain gambar nak lawa, lepastu tak ada sikap bertanggungjawab dengan semua sampah yang dah di buat, jangan sampai orang kampung buh pagar je dekat kawasan tu nanti, langsung semua tak boleh masuk. Nak masuk bergambar bayara dulu. Punya ramai kawan2 dia dekat situ tak ada sorang pun bawa 'otak'. Semua bawa 'sampah'. Useless jadi manusia kalau hal sekecil 'buang sampah' pun tak boleh fikir nak buang di tempat yang betul. Hmmm.

♬ original sound – Fiza.husin

Orang Ramai Berang Dengan Sikap Individu Yang Buang Sampah Merata Tempat

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat berang dengan sikap individu yang tidak mementingkan kebersihan kawasan setempat.

“Kenapa la orang senang-senang buang sampah ni. Aku kalau tak jumpa tong sampah, aku sanggup letak dalam poket dulu atau pegang sampai jumpa. Tak tergamak nak buang sampah merata,” kata seorang wanita.

Malah ada juga penduduk yang berkata orang ramai sering membuat sampah di sana.

“Itu kampung saya. Setiap kali lalu pokok itu, sampah mesti ada. Kadangkala, pemilik bendang yang bersihkan,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ada yang berkata bahawa ketiadaan tong sampah bukan satu ‘tiket’ untuk orang ramai buang sampah merata tempat.

“Tiada tong sampah bukan bermakna boleh buang merata atau kumpul-kumpul (sampah) dengan harapan ada yang kutip atau bakar,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@fizahusin_)

Menjaga Alam Sekitar Adalah Tuntutan Dalam Islam

Untuk pengetahuan semua, menjaga alam sekitar merupakan salah satu tuntutan yang dititik beratkan dalam agama Islam.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, melakukan kerosakan ke atas muka bumi termasuk dalam larangan Tuhan Yang Maha Esa. Oleh disebabkan itu, para Muslim wajib mentaati dan menjauhi segala larangan-Nya.

Alam sekitar. Sumber: Pexels

Allah SWT berfirman:

وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ ۖ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Maksudnya: “Dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan.”

[Surah al-Qasas: 77]

Baca Artikel Berkaitan: “Selalu Depa Baling” – Lelaki Kecewa Jiran Buang Sampah Dari Flat Hingga Cermin Kereta Pecah

Baca Artikel Berkaitan: “Masih Minda Kelas Ketiga”- DBKL Kecewa Banyak Sampah Di Jalan Lepas Sambutan Ambang Tahun Baharu 2024

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Attitude Hauk” – Sampah Merata Tempat Di Konsert Coldplay Bikin Orang Ramai Kecewa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd