Now Reading
[Video] Reka Bentuk Masjid Seperti Orang Sujud Di Puncak Alam Curi Perhatian Ramai

[Video] Reka Bentuk Masjid Seperti Orang Sujud Di Puncak Alam Curi Perhatian Ramai

Untuk pengetahuan semua, nama sebenar Masjid Sujud itu ialah Masjid Taman Alam Jaya yang terletak di Bandar Puncak Alam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, anda dapat lihat pelbagai masjid dibangunkan di Malaysia ini terdiri daripada rekaan bentuk unik dan juga fasiliti yang baik.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan Masjid Madad di Sungai Petani, Kedah. Di sana, hotel kapsul disediakan buat para musafir yang berkunjung ke masjid.

Bukan itu sahaja, ia juga tersedia dengan taman permainan khas buat golongan kanak-kanak yang datang ke sana bersama penjaga. Kemudahan ini sedikit sebanyak menjadi faktor untuk orang ramai mula datang ke masjid itu.

Baca Artikel Berkaitan: “Masjid Di Kedah Memang Semua Best” – Reviu Masjid Baru Ada Hotel Kapsul Undang Perhatian!


Reka Bentuk Masjid Di Puncak Alam Seperti Seseorang Sedang Bersujud

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@bellaa_min) apabila wanita dikenali sebagai Nabilah Ahmat berkongsi rekaan bentuk sebuah masjid yang menarik dikenali sebagai Masjid Taman Alam Jaya, Bandar Puncak Alam.

Rumah Allah itu turut dipanggil sebagai Masjid Sujud atau Masjid Condong kerana bentuknya yang unik dan lain daripada lain.

Difahamkan masjid tersebut dibina dengan reka bentuk seolah-olah seperti seseorang yang sedang bersujud.

@bellaa_min Masjid sujud di puncak alam..#masjidpuncakalam#puncakalam#masjid#mosque#salamjumaat ♬ ANIQ MUHAI QASIDAH BAJRANGI BHAIJAAN – Ustaz Adnin

Pelbagai Fasiliti Tersedia Di Masjid Sujud, Puncak Alam

Nabilah menerusi perkongsian seterusnya turut berkongsi persekitaran dan beberapa fasiliti tersedia untuk para jemaah.

Kalau anda lihat sendiri klip berkenaan, memang jelas terpapar keluasan persekitaran masjid itu. Bukan sahaja luas, ia juga kelihatan bersih dan terjaga.

Di sana, terdapat juga petikan khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW yang boleh dibaca oleh para pengunjung.

Sumber: TikTok (@bellaa_min)

Jika dilihat rekaan dalam masjid itu pula, memang tidak dinafikan ia boleh menampung sejumlah jemaah yang ramai selain menyediakan keselesaan terbaik buat mereka.

Menurut Nabilah, kemudahan tandas dan tempat mengambil wuduk yang banyak disediakan di Masjid Sujud adalah bersih.

Sumber: TikTok (@bellaa_min)

Tambah wanita berkenaan, masjid tersebut juga mesra golongan Orang Kurang Upaya (OKU) kerana tersedia dengan ruangan bagi individu berkerusi roda untuk masuk ke ruangan masjid.

Papan tanda OKU bagi memudahkan golongan tersebut pun ada. Masya-Allah memang cantik betul ya masjid ini.

Sumber: TikTok (@bellaa_min)
@bellaa_min Membalas kepada @AiNaSya Al hamdul lillah serba sedikit view dlm Masjid Taman Alam Jaya aka Masjid Sujud.. Masuk2 tenang jee, persekitaran dia luas sngt.. Tmpt amik wudhu belambak2 dkt luar, tndas bersih dan paling penting mesra OKU.. Spe2 free jemput lah singgah masjid unik ni..#masjidsujud#puncakalam#masjidunik#mosque#qasidah ♬ ANIQ MUHAI QASIDAH BAJRANGI BHAIJAAN – Ustaz Adnin

Orang Ramai Terpegun Dengan Keunikan Masjid Taman Alam Jaya

Menjengah ke ruangan komen, ramai individu yang pada awalnya menyangka masjid itu sedang runtuh.

“Masa mula-mula nak buat masjid ni, ramai tanya masjid tu tenggelam ke. Aku pun cakaplah tak. Memang sengaja buat macam itu (bagaikan bersujud),” kata seorang lelaki.

Malah orang ramai juga dilihat kagum dengan rumah Allah yang sangat cantik.

Sementara itu, segelintir pengguna TikTok turut meluahkan hasrat untuk menziarahi masjid tersebut pada satu hari nanti.

Sumber: TikTok (@bellaa_min)

Masjid Cantik Sekitar Malaysia

Kalau anda nak tahu, banyak lagi masjid di seluruh Malaysia yang menjadi tumpuan orang ramai disebabkan oleh rekaan yang cantik memukau.

Banyak juga berkonsepkan ‘minimalist’ dan juga moden. Berikut kami senaraikan antaranya:

Sumber: X (@anisssurayaaa)/ Masjid Sri Sendayan
  • Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru.
  • Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah.
  • Masjid Razaleigh, Kelantan.
  • Masjid Selat Melaka.
  • Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

Baca Artikel Berkaitan: Masjid Sri Sendayan, Damansara Perdana, Selat Melaka & 7 Lagi Masjid Yang Cantik Sekitar Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Kedah Bertaraf 5 Bintang. Siap Ada Carwash, Pejabat, Kafe & Homestay!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd