Now Reading
Aksi Lelaki Kunyah Kulit Durian Siap Cicah Dengan Sambal Raih 3.7 Juta Tontonan Di TikTok

Aksi Lelaki Kunyah Kulit Durian Siap Cicah Dengan Sambal Raih 3.7 Juta Tontonan Di TikTok

Lelaki itu juga dilihat mencicah kulit durian dengan sambal berwarna merah sebelum dikunyah tanpa menunjukkan sebarang reaksi sedang menahan kesakitan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut je buah durian, boleh terbayang rasa isinya yang berlemak dan bau yang sangat lazat. Fuh, terliur!

Antara jenis durian yang mendapat permintaan ramai adalah seperti Musang King, IOI, D24 serta jenis kampung.

Kebiasaannya selepas selesai memakan isi, kulit buah durian akan dibuang, betul tak? Tetapi lain pula yang dilakukan oleh seorang pengguna TikTok dengan kulit Raja Buah tersebut.

Sumber: MalayMail

TikToker Makan Kulit Buah Durian Yang Berduri

Seorang pengguna TikTok memuat naik sebuah video menunjukkan dirinya memakan kulit buah durian yang masih dipenuhi dengan durian pada permukaannya.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit juga dilihat siap mencicahnya dengan sambal berwarna merah sebelum dikunyah tanpa menunjukkan sebarang reaksi sedang menahan kesakitan.

Difahamkan, TikToker tersebut sebelum ini telah menerima banyak komen daripada pengguna TikTok yang bertanya sama ada dia pernah memakan buah durian atau tidak.

Tetapi siapa sangka dia akan menunjukkan aksi memakan kulit buah durian dan bukan isinya.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 3.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Ramai Terkejut Lihat Lelaki Itu Makan Kulit Buah Durian Yang Berduri

Ruangan komen video tersebut dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari masyarakat yang rata-ratanya terkejut melihat individu terbabit menikmati kulit buah durian yang masih berduri.

Orang ramai berpendapat cara lelaki tersebut memakan durian adalah kurang tepat kerana menunjukkan aksi dia menikmati kulit buah tersebut dan bukan isinya.

“Aku rasa dia makan kulit durian, isi dia pergi buang,” kata pengguna TikTok.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial sempat bergurau kononnya itu adalah cara yang terbaik untuk menikmati buah durian kerana dia boleh memakan kesemua isi sepuas hati.

“Yang kau makan ni baru cara yang betul. Isi dia kau bagi aku, kulit kau makan. Ok lulus,” gurau pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Minum Air Dari Pangsa Durian Boleh Kurangskan Suhu Badan

Penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi satu kajian dilakukan mendedahkan bahawa meneguk air dari pangsa durian boleh menurunkan suhu badan berbanding meminum air biasa.

Menurut kajian, perkara ini terjadi akibat daripada kewujudan pektin iaitu sejenis serat yang terkandung dalam pangsa durian dapat membantu mempercepatkan proses homeostasis semulajadi.

Sumber: Remaja

Adalah lebih elok jika ditambah sedikit garam untuk membantu proses pengurangan suhu tersebut. Selain itu, air dari pangsa durian juga dipercayai dapat mengurangkan bau durian di mulut.


Manfaat Buah Durian & Keburukannya Jika Terlebih Makan

Buah durian yang sinonim dengan gelaran ‘Raja Buah’ boleh berfungsi sebagai penawar kerana mempunyai khasiatnya tersendiri.

Antara khasiatnya adalah:

  • Tiada kolesterol dan tinggi lemak tak tepu.
  • Tinggi anti oksidan.
  • Kaya dengan asid folik.
  • Tinggi kandungan serat dan fiber.
  • Mempunyai asid amino jenis Trytophan.
Sumber: MalayMail

Meskipun buah durian mampu bertindak sebagai penawar, tetapi jika diambil berlebihan, ia boleh menjadi ‘racun’ dalam tubuh badan manusia.

Antara kesan mudarat yang boleh berlaku jika anda memakan buah durian secara berlebihan adalah:

  • Tinggi kandungan gula.
  • Tinggi kandungan kalori.
  • Boleh menyebabkan gastrik.
  • Suhu badan meningkat.

Tak salah nak makan durian, tapi biarlah berpada-pada. Ingat ya, kuantiti yang paling digalakkan oleh pakar nutrisi adalah dua ulas sahaja bagi setiap hidangan.

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Minum Air Dari Pangsa Durian Boleh Kurangkan Suhu Badan? Jom Ketahui Fakta Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: “Yang Tahu Akan Hargai” – Isi Durian Hitam Kekuningan, Peniaga Tak Marah Tapi Suka Pelanggan Anggap Durian Rosak

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd