Now Reading
Ceddy Beri Tip RM50 Kepada Pemandu E-Hailing Lepas 2 ‘Ride’ Dari KLIA Ke Shah Alam Ditolak

Ceddy Beri Tip RM50 Kepada Pemandu E-Hailing Lepas 2 ‘Ride’ Dari KLIA Ke Shah Alam Ditolak

Ceddy juga telah menempah pemandu e-hailing untuk kali kedua dan keadaan menjadi lebih keruh apabila dia telah ‘disidai’ selama 10 minit di KLIA.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perkhidmatan e-haIling adalah salah satu servis yang mendapat permintaan tinggi di Malaysia terutamanya di kawasan sekitar Lembah Klang.

Bagi mereka yang tidak mahu memandu dan stres menghadap kesesakan lalu lintas, perkhidmatan e-hailing adalah solusinya.

Walau bagaimanapun, wujud juga pemandu dengan ragamnya tersendiri sehingga ada yang sanggup ‘menyidai’ pelanggan mereka seperti mana berlaku kepada seorang influencer baru-baru ini.


Influencer Ceddy Beri Tip RM50 Kepada Pemandu E-Hailing Ketiga

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@CeddyOrNot), influencer dikenali sebagai Ceddy ini berkongsi kisah ketika dia mahu menempah perkhidmatan e-hailing untuk bergerak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Shah Alam.

Semasa tempahan pertama, pemandu tersebut terus membatalkan perkhidmatan dan Ceddy mendakwa ia berkemungkinan berlaku selepas mengetahui lokasi destinasinya adalah di Shah Alam.

Sampai KLIA, Grab pertama saya dia terus cancel, saya syak dah sebab destinasi saya di Shah Alam. Tapi semua okay je sebab dia terus cancel.

Ceddy.

Tidak lama selepas itu, Ceddy menempah pemandu untuk kali kedua pula dan keadaan menjadi lebih keruh apabila dia telah ‘disidai’ selama 10 minit.

Bukan itu sahaja, dia juga cuba untuk menghubungi pemandu terlibat tetapi tidak dibalas, malah Ceddy pula yang perlu membatalkan tempahan berkenaan.

Dalam pada itu, Ceddy tidak berputus asa dan mencuba nasib untuk membuat tempahan ketiga dan kali ini nasib menyebelahi dirinya.

Sumber: TikTok @ceddyornot

Sewaktu pemandu e-hailing ketiga itu sudah menjemput di KLIA, influencer berkenaan bercerita kepada pemandu terbabit tentang kesedihannya terhadap sesetengah pihak yang tidak mahu ke kawasan Shah Alam.

“Saya bagitahu dia yang saya sedih banyak pemandu tak nak pergi ke Shah Alam sebab takut bila sampai sana tak dapat job dan ada juga yang sengaja sidaikan pelanggan kerana tidak mahu membatalkan sendiri pesanan itu,” kata Ceddy.

Disebabkan terharu dengan kebaikan pemandu ketiga itu bernama Mr Gusti, Ceddy telah memberikan ‘tip’ berjumlah RM50 kepadanya sebagai tanda penghargaan kerana mahu menghantarnya ke Shah Alam.

Selepas hampir tiba di kediaman Ceddy, tanpa disangka-sangka pemandu berkenaan telah mendapat tempahan pesanan baharu di mana destinasi pelanggan seterusnya adalah berhampiran dengan tempat tinggalnya.

Ha siapa cakap tak ada job! Ini dekat lagi dengan rumah saya. Lepas ni boleh terus balik rumah dah.

Pemandu e-hailing yang menghantar Ceddy pulang ke Shah Alam.

Walau bagaimanapun, influencer tersebut mahu membuat laporan kepada syarikat e-hailing atas tindakannya yang telah membuang masa.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Selepas Dengar Kisah Ceddy

Rata-rata masyarakat turut mengecam tindakan pemandu kedua tersebut yang ‘menyidai’ Ceddy selama 10 minit tanpa mengangkat sebarang panggilan atau membalas pesanan mesej yang diberikan.

Seorang pengguna laman X turut mempersoalkan mengapa sesetengah pihak menganggap mereka tidak akan mendapat ‘job’ sekiranya berada di kawasan Shah Alam.

Pada masa yang sama, seorang individu yang turut bekerja sebagai pemandu e-hailing pula meminta maaf bagi mewakili pemandu yang lain atas sikap mereka yang tidak sepatutnya berlaku.

“Sebagai pemandu Grab, saya rasa kesian dengar kisah ini. Bukan semau Grab driver macam itu. Saya minta maad bagi pihak Grab driver tersebut,” kata pengguna laman X.

Sumber: X

Latar Belakang Tentang Ceddy

Terdahulu, team TRP pernah menemubual Ceddy dan bertanyakan tentang latar belakang kehidupannya sebelum dan selepas bergelar Content Creator.

Nak tahu tak, Ceddy pernah memasang cita-cita untuk menjadi seorang pensyarah suatu ketika dahulu.

Ceddy Ang.

Sebelum bergelar ‘food blogger’, Ceddy pernah bekerja sebagai seorang Marketer bermula sebagai Sales Person, Eksekutif Pemasaran (Marketing Executive), Pengurus Pemasaran (Marketing Manager) dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Pemasaran (Masters In Marketing).

Baca Artikel Berkaitan: [Ekslusif] CeddyOrNot Pernah Berhasrat Jadi Pensyarah? Ini Fakta Tentang Ceddy Yang Ramai Tak Tahu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ceddy Kongsi Pengalaman Pertama Kali Puasa Dengan Sahur 7 Biji Kurma

Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Yang Keliru” – Ceddy Kecewa Netizen Serang Membuta Tuli Selepas Promosikan Produk Dutch Lady


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd