Now Reading
[Video] Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Anak Hanis Zalikha Merengek Nak Jumpa Lee Zi Jia

[Video] Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Anak Hanis Zalikha Merengek Nak Jumpa Lee Zi Jia

Lee Zii Jia juga sempat menemani Alisa Aisyah untuk bermain badminton di dalam rumah.

 Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain Datuk Lee Chong Wei, Lee Zii Jia juga pemain badminton perseorangan tempatan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Anak kelahiran Kedah itu turut telah menempa banyak kejayaan dalam sukan yang dipertandingkan di peringkat antarabangsa.

Beliau bukan sahaja diminati oleh golongan dewasa, tetapi kanak-kanak yang sering menyaksikan pertandingan sukan berkenaan juga kagum dengan Zii Jia.


Anak Hanis Zalikha Teringin Nak Jumpa Lee Zii Jia

Menerusi video dimuat naik semula di laman X (@baldhaenton_), anak perempuan kepada pasangan pelakon tempatan iaitu Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Zii Jia.

Ketika ditanya tentang apa yang dimahukan, si kecil bernama Alisa Aisyah berusia lapan tahun itu dilihat merengek kerana mahu berjumpa dengan pemain badminton tersebut.

Sampai menangis ya Alisa sebab nak sangat jumpa Zii Jia.

Sumber: X @baldhaenton_

Demi melunaskan impian anaknya sebagai peminat Zii Jia, pasangan pelakon berkenaan secara senyap-senyap menjemput pemain tersebut ke rumah mereka untuk membuat kejutan.

Comel je Alisa malu-malu ketika bersalaman dengan Zii Jia.

Pemain terbabit juga sempat menemani si kecil itu untuk bermain badminton di dalam rumah. Siap ada raket bersaiz kecil yang digunakan oleh Alisa.


Rakyat Malaysia Terhibur Lihat Gelagat Alisa Teringin Sangat Mahu Jumpa Lee Zii Jia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat terhibur melihat Alisa yang teruja dapat bertemu dengan pemain badminton kegemarannya.

“Alisa, same energy. Welcome to the clingy club,” kata pengguna X.

Sesetengah pengguna media sosial juga menyatakan bahawa video ini menjadi bukti Zii Jia bukanlah seseorang yang sombong seperti wujud dakwaan sebelum ini.

“Video ni pun sebenarnya bukti kepada netizen yang tuduh Lee Zii Jia ni sombong dan berlagak. Hakikatnya elok je atitud dia dengan orang sekeliling. Sanggup tu datang dua kali rumah Hairul semata nak jumpa Alisa,” ujar pengguna laman X.

Sementara itu, seorang pengguna media sosial pula mempersoalkan tentang ragam anak-anak kecil yang mahu berjumpa dengan individu terkenal di Malaysia.

“Haritu Lala (anak Ernie Zakri dan Syamel) nak jumpa Uncle Aziz Harun, ni Alisa jumpa Uncle Zii Jia. Lepas ni anak siapa pula yang cranky nak jumpa uncle hot famous?” soal pengguna laman X.

Sumber: X

Profil Tentang Lee Zii Jia

Lee Zii Jia merupakan pemain badminton perseorangan yang mewakili Malaysia yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 29 Mac 1998.

Beliau yang berusia 26 tahun telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Keat Hwa H, Alor Setar, Kedah sebelum mul berjinak-jinak dalam sukan bandminton sejak berusia enam tahun.

Lee Zii Jia.

Selepas menunjukkan aksi cemerlang dalam pertandingan badminton bawah 12 tahun, beliau diberi peluang untuk bermain secara profesional ketika berumur 13 tahun.

Tidak lama selepas itu, Zii Jia menerima tawaran untuk menuntut di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

Sebelum ditempatkan dalam Persatuan Badminton Malaysia, Zii Jia pernah bergelar juara junior di Terbuka Badminton Perak dan Selangor pada 2015.

Baca Artikel Berkaitan: Lee Zii Jia ‘Digantung’ 2 Tahun Gara-Gara Keluar Dari BAM

Baca Artikel Berkaitan: Lee Zii Jia Umum Bersara Dari Badminton Buat Sementara Waktu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd