Now Reading
UAI Perjelas Trend ‘Childfree’ Boleh Undang Sifat Kufur Pada Allah SWT

UAI Perjelas Trend ‘Childfree’ Boleh Undang Sifat Kufur Pada Allah SWT

Menurut pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus, trend childfree iaitu tidak mahukan anak sering dilakukan oleh orang barat dan bukannya Islam.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang akan atau sudah berkahwin, sudah pasti banyak yang mahu dikecapi bersama pasangan masing-masing.

Sebagai contoh, mendapatkan rumah sendiri dan yang paling utama adalah mendapat cahaya mata. Kalau umum sahaja si isteri hamil, sudah tentu ahli keluarga daripada kedua-dua belah pihak berasa gembira dengan khabar berita berkenaan.

Pun begitu, masih ada juga pasangan yang berniat untuk tidak mahukan anak sepanjang tempoh perkahwinan tersebut.


Trend ‘Childfree’ Jadi Topik Hangat Orang Ramai

Segelintir pasangan suami isteri pada masa kini dikatakan lebih selesa untuk menjalinkan hubungan tanpa mempunyai anak atas sebab-sebab tertentu.

Dalam masa sama, ramai juga berkata bahawa childfree tidak sepatutnya dihalang kerana ia merupakan pilihan peribadi pasangan.

Bahkan, ada juga yang berkata orang ramai perlu menjaga ‘tepi kain’ masing-masing dan tidak mempersoalkan pilihan untuk tidak mahu melahirkan anak.

Sumber: X

Trend Childfree Bertentangan Ajaran Nabi SAW

Mengulas mengenai perkara itu, pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu sesi tazkirah menjelaskan bahawa trend berkenaan sering dilakukan oleh orang barat dan bukannya umat Islam.

Jelasnya, kelakuan tersebut bukan di bawah seruan Islam dan bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

Sumber: Pexels

“Nikah tapi tak nak anak, ini bukan seruan Islam, tapi seruan orang di luar agama Islam. Orang beriman akan ikut Nabi (Muhammad).

“Nabi juga bersabda bahawa kahwinlah kamu dengan wanita supaya ramai anak kerana aku bangga menjadi Nabi yang ramai umat pada hari Kiamat,” ulas UAI.


Trend Childfree Boleh Dorong Sifat Kufur

Untuk info, hukum hamil bagi seorang ibu adalah sunat dari segi syarak.

Walau bagaimanapun, mendapatkan anak adalah disarankan kerana cahaya mata itulah yang akan mendoakan ibu bapa apabila sudah meninggal dunia satu hari nanti.

Tambahnya, sikap pasangan yang ingin mengurangkan anak boleh membawa kepada sifat kufur dengan nikmat kerana tidak yakin dengan Allah SWT.

Sumber: Pexels

“Tak beranak tiada masalah, akhirnya akan menjadi kufur kerana tidak yakin kepada Allah yang memberi rezeki.

“Jadi kita orang yang beriman ini pilihlah jalan orang yang beriman, orang kafir pilih jalan orang kafir.

“Kita kena tegas hal ini kerana Nabi pernah bersabda bahawa semua umatnya akan masuk syurga kecuali umatnya yang tidak mahu mendengar ajarannya,” tegas pendakwah itu.

@ustaz.azhar.idrus Hukum Trend "Childfree" (Kahwin Tak Mahu Anak) – Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrus #ustazazharidrusofficial #tanyalahustaz #ustazazharidrus💯 #ustazharidrus #uaioriginal ♬ original sound – Ustaz Azhar Idrus

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Trend ‘Childfree’

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai dilihat memberi pelbagai reaksi dengan pandangan UAI. Ada individu yang bersetuju dan tidak memahami keputusan suami isteri yang tidak mahukan anak.

“Apa la mindset orang ‘childfree’ ni ya? Orang punya la nak anak. Kau tiba-tiba tak nak langsung,” kata seorang wanita.

Malah ada juga yang berpendapat bahawa jika trend tersebut berlanjutkan ia akan memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.

“Childfree itu satu pilihan tetapi dalam jangka panjang, ia akan menghancurkan sesebuah negara. Tanpa generasi penyambung, ekonomi akan merudum,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat pendekatan untuk childfree adalah didorong oleh pelbagai faktor.

“Tak semestinya yang childfree tiada perasaan tak nak ada anak. Kadangkala, faktor ekonomi dan juga trauma (suami isteri),” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@ustaz.azhar.idrus)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd