Now Reading
Fly FM Dipuji Kerana Nyata Sokongan Kepada Palestin, Tidak Promosikan Konsert Bruno Mars Di KL

Fly FM Dipuji Kerana Nyata Sokongan Kepada Palestin, Tidak Promosikan Konsert Bruno Mars Di KL

Fly FM mengambil pendekatan berbeza dengan bertanya kepada pendengar perlukah mereka memainkan lagu-lagu Bruno Mars di stesen radio mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada September ini, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Just The Way You Are’ iaitu Bruno Mars bakal membuat persembahan konsert di Kuala Lumpur.

Persembahan itu telah mendapat pelbagai reaksi terutamanya dari peminat artis berkenaan, malah sesetengah platform seperti portal online dan juga stesen radio turut mempromosikan konsert berkenaan.

Walau bagaimanapun, penganjuran konsert Bruno Mars di Malaysia mengundang kritikan sesetengah pihak kerana penyanyi terbabit pernah menyatakan rasa sayang terhadap Israel.


Fly FM Tidak Sokong Konsert Bruno Mars Di Kuala Lumpur?

Menerusi video dimuat naik di laman Instagram (@flyfm958), stesen radio tempatan iaitu Fly FM mengambil pendekatan berbeza dengan menunjukkan sokongan kepada Palestin.

Bahkan mereka turut mengulas keperluan meneruskan penganjuran konsert Bruno Mars di Malaysia pada 17 September 2024.

Perkara tersebut telah dibincangkan oleh dua orang penyampai radio, Ryan Howlett dan Arieff Yong selepas seorang pemanggil mempersoalkan sokongan keperluan menjemput artis berkenaan untuk membuat persembahan di Malaysia.

Bruno Mars adalah pro-Israel. Kenapa rakyat Malaysia menyokong perjuangan yang hanya memanfaatkan mereka sahaja?

Penyampai Fly FM, Ryan Howlett dan Arieff Yong.
Sumber: Instagram @flyfm958

Jelas pemanggil lagi, salah satu cara Bruno Mars boleh menebus kesalahannya adalah dengan menyatakan rasa benci kepada Israel dan menegaskan mahu serangan yang berlaku di Gaza dihentikan.

“Bagi saya, satu-satunya cara Bruno Mars boleh menebus kesilapannya dalam hal ini adalah untuk dia mengutuk Israel. Dia tidak boleh sekadar berkata, ‘Saya memihak kepada keamanan’.

“Kita tidak mahu semua itu lagi kerana 40,000 orang telah mati,” kata pemanggil itu.

Dengan menggunakan lirik lagu dari Bruno Mars, ia diolah bagi menjelaskan kenyataan beliau yang sepatutnya tidak menyokong Israel.

“Wahai Bruno Mars, ‘you are not amazing just the way you are’ hinggalah kamu catch a grenade untuk anak-anak Palestin,” kata pemanggil itu lagi sambil dipersetujui oleh kedua-dua penyampai radio berkenaan.

Di ruangan kapsyen hantaran Instagram tersebut, Fly FM juga menyebut (tag) Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meminta pendapatnya tentang perkara tersebut.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Sokongan Fly FM

Rata-rata masyarakat turut memberikan terhadap kenyataan di Fly FM yang menyokong Palestin dan memboikot persembahan konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur.

Seorang pengguna media sosial berharap rakyat Malaysia dapat memboikot artis tersebut sebagaimana yang dilakukan kepada Eric Nam sebelum ini sehingga konsert terpaksa dibatalkan.

Pada masa yang sama, mereka turut memuji keberanian stesen Fly FM yang lantang menyatakan sokongan mereka.

Walau bagaimanapun, ada juga segelintir individu yang menyokong Palestin tetapi tidak mahu memboikot Bruno Mars.

“Saya sokong Palestin tetapi saya tak sertai boikot termasuklah makanan dan sebagainya,” ujar pengguna Instagram.

Sumber: Instagram

Bagaimana Timbul Dakwaan Yang Bruno Mars Sokong Israel?

Terdahulu, Bruno Mars pernah melakukan persembahan konsert di Tel Aviv, Israel pada tahun 2023. Sewaktu di konsert itu, dia menyatakan rasa cintanya ketika pertama kali menjejakkan kaki di sana.

Sumber: Times Of Israel

Di akhir persembahan juga, Bruno Mars berkata “Saya sayang Israel” kepada pengunjung konsert yang hadir.

Bruno Mars juga menyanyikan ‘I love you’ dalam bahasa Ibrani sambil ‘keyboardist’ memainkan lagu kanak-kanak Israel klasik bagi membolehkan penyanyi tersebut memberikan persembahan yang akan diingati oleh 60,000 peminat Israel.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd