Now Reading
[Video] Guru Tadika Dipuji Anjur Simulasi Ibadah Korban Untuk Ajar Kanak-kanak

[Video] Guru Tadika Dipuji Anjur Simulasi Ibadah Korban Untuk Ajar Kanak-kanak

Beberapa props yang digunakan untuk simulasi ibadah korban di tadika swasta itu diperbuat daripada papan kadbod.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bergelar seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah kerana perlu sentiasa bersabar dalam melayani pelbagai kerenah murid-murid.

Sebagai guru, mereka juga harus berfikiran kreatif untuk menjadikan proses pembelajaran mudah diterima masuk ke dalam minda pelajar.

Zaman sekarang ini, terdapat pelbagai platform atas talian yang membolehkan para pendidik mengambil contoh atau inspirasi untuk digunapakai dalam pengajaran.


Guru Lakukan Simulasi Ibadah Korban Kepada Kanak-kanak Di Tadika

Sebagai contoh, sekumpulan guru di sebuah tadika swasta telah melakukan satu simulasi berkaitan ibadah korban yang disambut ketika Hari Raya Aidiladha.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@ekinderani89), simulasi itu melibatkan setiap proses ketika ibadah korban seperti menumbangkan lembu, menyembelih, memotong daging dan memberikannya kepada masyarakat.

Ketika proses penyembelihan, terdapat cecair berwarna merah yang diletakkan sebagai ‘props’ berlakunya pendarahan semasa menyembelih lembu korban.

Sumber: TikTok @ekinderani89

Bagi tugasan memotong daging, memasak dan mengedarkannya kepada orang ramai, segala ‘alatan’ seperti pisau, penimbang berat dan daging telah dibuat sendiri oleh para guru menggunakan papan kadbod.

Untuk tugasan penyembelihan dan pemotongan daging korban dalam simulasi tersebut, ia dilakukan oleh kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak wanita pula mengambil bahagian dalam proses memasak dan pengagihan.

Sumber: TikTok @ekinderani89

Simulasi ini berjaya dilakukan hasil kerjasama semua murid-murid di tadika tersebut.

Comel sungguh lihat mereka belajar tentang ibadah korban ini.

Video tersebut telah menarik perhatian ramai sehingga berjaya meraih 4.3 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@ekinderani89/video/7383219179081452816

Masyarakat Puji Usaha Guru Anjur Simulasi Ibadah Korban Untuk Kanak-kanak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat memuji usaha kreatif di tadika swasta tersebut yang memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang ibadah korban.

“Syabas untuk guru-guru, suka tengok. Kreatif sangat,” ujar seorang pengguna TikTok.

Disebabkan simulasi itu nampak menyeronokkan, ada juga beberapa pengguna TikTok yang sudah dewasa menyatakan minat mereka untuk menyertai program tersebut.

“20 tahun boleh masuk tak?” gurau pengguna media sosial.

Sementara itu, orang ramai turut memuji kecomelan murid-murid di tadika berkenaan yang mempelajari setiap amalan ketika menyambut ibadah korban.

Sumber: TikTok

Kanak-kanak ini ibarat kain putih yang perlu dicorakkan.

Jadi ketika mereka masih muda dan mudah untuk menerima masuk pelbagai ilmu, pendedahan tentang ilmu berguna sangat sesuai untuk diberikan tunjuk ajar.

Selain di sekolah, ia juga boleh bermula dari rumah di mana ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.

Baca Artikel Berkaitan: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guru Kongsi Prinsip 5P Ketika Mengajar Kanak-kanak Berpendidikan Khas

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ibu Bapa Dipuji Ajar Anak Berbaik Dengan Pekerja Pembersihan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd