Now Reading
[Video] Wanita Dari Poland Terharu Rakyat Malaysia Sanggup Hantar Juadah Raya Buatnya

[Video] Wanita Dari Poland Terharu Rakyat Malaysia Sanggup Hantar Juadah Raya Buatnya

Menurut wanita dari Poland yang dikenali sebagai Aga, salah seorang pengikut di laman TikTok telah memberi set juadah raya selepas memberitahu dirinya mengidam rendang dan lemang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, rakyat Malaysia sememangnya memiliki sikap yang pemurah dengan orang lain. Tidak kira kaum, budaya, bangsa dan negara, penduduk setempat sering bersikap baik hati dengan bersedekah.

Seperti sebelum ini, seorang pelancong asing berasa terharu apabila seorang penunggang motosikal ‘mengejarnya’ yang sedang berbasikal untuk berkongsi rezeki.

Wanita dikenali sebagai Krista berkata dia tidak sangka seorang pemuda membelikan beberapa keping roti mentega dan juga sebotol 100 PLUS walaupun tidak mengenali dirinya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minah Saleh Terharu ‘Dikejar’ Penunggang Motosikal Hanya Untuk Belanja Roti & Minuman


Lelaki Beri Juadah Raya Kepada Seorang Warga Asing

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@agaeatskl) apabila seorang warga asing yang kini menetap di Malaysia berkongsi satu situasi menyentuh hati yang berlaku pada dirinya.

Wanita dari Poland dikenali sebagai Aga menerusi salah satu videonya sebelum ini berkata, dia teringin untuk merasa hidangan rendang dan lemang. Bagaimanapun, juadah tersebut agak sukar dijumpai di kawasan tempat tinggalnya.

Oleh disebabkan itu, dia terpaksa pergi ke sebuah restoran Arab untuk menyambut perayaan Hari Raya Haji yang berlangsung minggu lalu (17 Jun).

Namun beberapa hari lalu, Aga telah menerima mesej dari seorang individu di TikTok yang juga merupakan salah satu pengikutnya. Jelas wanita tersebut, lelaki berkenaan ingin memberi sedikit lemang dan rendang seperti yang diidamkannya.

Aga kemudian berkata bahawa dia akan berada di sebuah pusat membeli-belah pada hujung minggu lalu sekiranya lelaki itu mahu berjumpa. Siapa sangka, lelaki tersebut gigihkan diri dan berjumpa dengan Aga seperti yang dijanjikan.

Sumber: TikTok (@agaeatskl)

Wanita Terharu Dengan Pemberian Makanan Yang Banyak

Lelaki itu telah datang bersama beg tote besar yang diisi dengan pelbagai juadah raya. Aga berkata lelaki tersebut telah memberinya lemang, rendang daging serta ayam dan serunding. Nasi impit pun ada, memang cukup satu set!

Walaupun Aga ingin membayar untuk hidangan tersebut, tetapi lelaki berkenaan enggan menerima selain berkata ia adalah hadiah daripadanya.

Banyak sangat makanan ni. Dia (pengikut Aga) juga bertanya sama ada makanan itu mencukupi dan meminta untuk memaklumkannya sekiranya perlu (makanan) lebih dan perkara lain selepas ini. Ini sangat menyentuh dan mengharukan saya. Perbuatan baik yang begitu indah dan manis.

Aga.
@agaeatskl Thank you again so much! Already tried it and it’s sooooo delicious!!! I missed Rendang and Lemang so much 🥰 my friends asked to forward the big thank you as well! ☺️ #kindnes #malaysiatiktok #malaysian #gratitudenletras #grateful #community #malaysianculture #thankyou #CapCut ♬ original sound – AgaEatsKL

Orang Ramai Setuju Rakyat Tempatan Suka Memberi

Menjengah ke ruangan komen, ramai individu bersetuju bahawa rakyat tempatan suka mengamalkan sikap memberi.

“Ya kami rakyat Malaysia memang buat macam tu (bersedekah). Apabila melibatkan makanan, kami akan jadi sangat pemurah. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu sedang mengidamkannya,” jelas seorang lelaki.

Malah, ada juga individu yang berterima kasih kepada lelaki tersebut kerana menunjukkan sisi baik kepada warga asing.

“Kepada individu itu, kau telah tunjukkan kepada dunia siapa kita (sikap penduduk tempatan). Terima kasih rakyat Malaysia,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga yang berjenaka dengan berkata Aga perlu kembalikan semula bekas plastik yang diterima bersama makanan.

“Kebiasaannya kami tak akan minta duit dan lain-lain sebagai pulangan. Tetapi Tupperware kena pulang balik. Kalau tak, mak lelaki tu mesti marah,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@agaeatskl)

Manfaat Amalan Bersedekah

Amalan bersedekah sesama manusia adalah satu perkara mulia tidak kiralah dari aspek wang, pakaian, makanan dan sebagainya.

Memetik perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah antara kelebihan amalan bersedekah di sisi agama Islam:

  • Harta tidak akan berkurangan.
  • Bukti keimanan hamba kepada Allah SWT.
  • Menghapuskan dosa seseorang.
  • Mendapat naungan di Hari Akhirat.
  • Menjauhkan seseorang daripada azab api neraka.
  • Masuk syurga melalui pintu sedekah.
  • Terselamat daripada musibah.
  • Ubat kepada sebarang penyakit.
  • Terlindung daripada kematian yang buruk.
Sumber: Pexels

Kalau ada rezeki lebih, jangan lupa bersedekah ya. Insya-Allah besar ganjarannya.

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Lelaki Ajar Warga Asing Naik Basikal Buat Ramai Berdekah [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd