Now Reading
“Jari Terus Lentik” – Orang Ramai Terhibur Lihat Aksi Lelaki Sertai Kelas Pakai Skincare

“Jari Terus Lentik” – Orang Ramai Terhibur Lihat Aksi Lelaki Sertai Kelas Pakai Skincare

Sekumpulan lelaki yang menyertai kelas penjagaan wajah itu juga memakai ‘headband’ bagi mengelakkan rambut terkena pada dahi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut tentang penjagaan wajah atau ‘skincare’, mesti ramai yang akan mengaitkannya dengan golongan wanita.

Maklumlah, perempuan mana yang tak mahu kulit wajahnya ‘glowing’ dan cantik bak model, betul tak?

Kalau pergi ke kedai-kedai seperti Watsons atau Guardian, boleh dikatakan 80% daripada pengunjung premis tersebut adalah kaum hawa yang mahu membeli produk kosmetik dan juga penjagaan wajah.

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Kulit Wajah Orang Zaman Dahulu Jauh Lebih Baik Dari Sekarang? Ini Sebabnya


Golongan Lelaki Sertai Kelas Penjagaan Wajah

Tetapi sebaliknya pula situasi yang ditunjukkan dalam sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@hazizi23) selepas sejumlah golongan lelaki dilihat menyertai kelas memakai produk penjagaan kulit wajah.

Siap pakai ‘headband’ di dahi bagi menghalang rambut terkena pada wajah. Comel betul!

Dalam video itu juga, mereka kelihatan tekun memakai produk-produk berkenaan menggunakan tangan sambil memandang wajah di cermin.

Sumber: TikTok @hazizi23

Pada masa yang sama, ada juga segelintir daripada peserta yang teruja melakukan perkara tersebut dan sesetengah daripada mereka pula kelihatan tidak kekok melakukan rutin berkenaan.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 729,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@hazizi23/video/7383473685388217608

Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Golongan Lelaki Sertai Kelas Skincare

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai terutamanya golongan wanita dilihat terhibur melihat gelagat sekumpulan lelaki itu yang cuba mempelajari rutin melakukan penjagaan wajah.

Siap ada yang nak hantar suami mereka ke kelas sama.

“Body languange auto lembut ya masing-masing. Jari jemari tergantung je,” kata pengguna TikTok.

Pada masa yang sama, sesetengah pengguna media sosial pula sempat bergurau kononnya selepas ini premis seperti Watsons dan Guardian akan dipenuhi dengan golongan lelaki pula.

“Lepas ni penuhlah Watson lelaki yang shopping skincare,” gurau pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Teknik Cuci Wajah Dengan Betul

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh orang ramai adalah apabila mereka menggosok atau scrub secara berlebihan di bahagian celah hidung dan garisan mulut.

Tabiat itu boleh menyebabkan kawasan muka menjadi gelap akibat ‘scrubbing’ secara kerap.

Oleh itu, seorang doktor penjagaan kulit muka dikenali sebagai Dr Hasseenah telah berkongsi cara yang sebetulnya untuk mencuci wajah.

Perkara yang anda boleh lakukan ialah membersihkan muka menggunakan pencuci muka bermula dari bahagian dahi kemudian meratakan sabun ke celah hidung dan garisan mulut sebanyak dua kali.

Sumber: Freepik

Dalam masa sama, anda juga dinasihatkan untuk minum air kosong secukupnya selain mengamalkan pemakanan harian yang sihat bagi mengekalkan kelembapan kulit muka.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda yang sedang mengalami masalah kulit muka.

Baca Artikel Berkaitan: Elak Kering & Kusam, Doktor Ini Kongsi Teknik Cuci Muka Dengan Betul

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Jenama Produk Penjagaan Muka Tempatan Yang Anda Patut Cuba

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd