Now Reading
Baju Sukan Olimpik 2024 Buat Kontinjen Malaysia Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Mula Reka ‘Design’ Baru

Baju Sukan Olimpik 2024 Buat Kontinjen Malaysia Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Mula Reka ‘Design’ Baru

Orang ramai mula memberi idea rekaan baju seragam rasmi acara Sukan Olimpik 2024 bagi kontinjen Malaysia dengan menggunakan tema Harimau Malaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Debaran bagi acara Sukan Olimpik bagi tahun ini yang akan diadakan di Paris pada 26 Julai sehingga 11 Ogos sudahpun mulai dirasai.

Namun lain pula yang menjadi tumpuan orang ramai selepas baju rasmi bagi kontinjen Malaysia dilancarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini.

Rata-rata orang ramai dilihat tidak berpuas hati dengan rekaan baju seragam yang dikatakan bagai ditempah untuk pelajar sekolah.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Lihat Baju Atlet Malaysia Bagi Sukan Olimpik 2024, Ini Respon Hannah Yeoh


Bandingkan Pakaian Seragam Kontinjen Malaysia Dengan Negara Luar

Ada juga yang membandingkan baju atlet Malaysia dengan negara luar seperti dari Thailand, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain. Menurut pemilik akaun X (Twitter) dikenali sebagai Januar Haikal, pakaian seragam merupakan pandangan pertama bagi negara luar.

Rekaan baju Olimpik 2024 dari France pula dikatakan seolah-olah berada pada tahap pertunjukan fesyen.


Orang Ramai Mula Beri Idea Untuk Rekaan Baju Seragam Kontinjen Malaysia

Susulan itu, orang ramai menerusi telah berkongsi beberapa idea rekaan baju yang lebih menarik dan kreatif. Antara rekaan baju yang mencuri tumpuan orang ramai adalah dari pemilik akaun @dideeyat.

Menggunakan tema warna yang sama, Dayat mereka baju kontinjen dengan sentuhan belang harimau. Menurutnya, dia hanya mengambil masa satu jam sahaja bagi mereka baju berkenaan.

Ada juga yang memberi idea untuk menggunakan tema warna lain seperti biru gelap bagi menggantikan rekaan sedia ada.

Walaupun masih menggunakan tema warna yang sama seperti asalnya, namun orang ramai dilihat lebih menggemari rekaan baju diketengahkan oleh pengguna X berbanding pakaian dari Yonex Sunrise Malaysia itu.

Bagi menonjolkan semangat Harimau Malaya, sebuah jenama pakaian mengubah rekaan tersebut dengan meletakkan gambaran harimau sedang mengaum pada baju berkenaan.


Orang Ramai Puji Idea Rekaan Baju Kontinjen Oleh Pengguna X

Menjengah ke ruangan balas, orang ramai dilihat memberikan reaksi positif dengan rekaan yang dicipta oleh Dayat.

“Ini lawa, ada hint songket dan belang harimau. Warna pun naik!” kata seorang wanita.

Malah, ramai juga individu berpendapat MOM sepatutnya menggunakan bakat pereka tempatan bagi mereka baju seragam rasmi tersebut.

“Lawanya! Ini yang sepatutnya Olimpik Malaysia, kita banyak pereka tempatan berbakat. Upah mereka atau buat pertandingan (rekaan baju paling lawa). Kata ambil kira konsep rekaan terkini, tetapi langsung tak menyerlah. Over shadow rekaan sebelum ini,” jelas seorang lelaki.

Sementara itu, ada yang turut meminta Dayat untuk membuka tempahan bagi rekaan berkenaan.

“Bang, buka je la tempahan (baju) tu. Count me in,” ujar seorang pengguna X.

Sumber: X (@dideeyat)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd