Now Reading
Ramai Kecewa Lihat Baju Atlet Malaysia Bagi Sukan Olimpik 2024, Ini Respon Hannah Yeoh

Ramai Kecewa Lihat Baju Atlet Malaysia Bagi Sukan Olimpik 2024, Ini Respon Hannah Yeoh

Pakaian rasmi untuk atlet Malaysia bagi Sukan Olimpik 2024 di Paris telah ditaja oleh Yonex Sunrise Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi acara Sukan Olimpik 2024 yang bakal berlangsung di Paris pada 26 Julai sehingga 11 Ogos, beberapa atlet Malaysia telah berjaya menempatkan diri mereka untuk bertanding.

Sebelum keberangkatan atlet ke Paris, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah melancarkan baju rasmi yang akan diperagakan oleh ahli sukan terlibat dalam temasya peringkat antarabangsa itu.

Pakaian seragam berkenaan dipakai pada sebuah patung lelaki dan perempuan untuk dipersembahkan kepada masyarakat umum semasa majlis pelancaran semalam (23 Jun) di The Exchange TRX.


Orang Ramai Luah Rasa Kecewa Dengan Pakaian Seragam Untuk Atlet Malaysia

Walau bagaimanapun, pakaian dari Yonex Sunrise Malaysia dengan bertemakan warna hitam dan emas telah mendapat pelbagai reaksi kurang senang dari orang ramai.

Ada yang mendakwa bahawa rekaan baju berkenaan seolah-olah dibuat seperti ala kadar dan mereka turut menyamakannya seperti pakaian sukan yang ditempah untuk murid sekolah.

Situasi ini membuatkan sesetengah masyarakat di media sosial berasa kecewa kerana pakaian rasmi untuk mewakili Malaysia di pentas dunia sepatutnya dihasilkan dengan penuh kreatif bagi mencerminkan nilai negara kita.

Bukan itu sahaja, beberapa pengguna media sosial turut memberi sindiran kononnya baju rasmi negara tidak mempunyai corak harimau berikutan jumlah haiwan tersebut yang sudah semakin pupus.

Pada masa yang sama, mereka turut mempertikaikan warna bendera Malaysia yang dikatakan telah ditukar pada baju tersebut.


Ini Respon Dari Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeoh

Peka dengan reaksi yang diberikan oleh orang ramai, Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh telah mengeluarkan satu kenyataan di laman Facebook miliknya.

Hannah berkata pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengambil maklum tentang isu reka bentuk pakaian rasmi melibatkan kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Jelasnya lagi, KBS tidak membuat sebarang keputusan dalam pemilihan reka bentuk pakaian rasmi tersebut.

Penentuan pakaian rasmi Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik adalah bidang kuasa Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selaku Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (National Olympic Committee) yang diiktiraf oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (International Olympic Committee) sejak 1954.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Hannah memaklumkan juga bahawa baju berkenaan disediakan oleh syarikat Yonex yang telah menandatangani kontrak selaku penaja rasmi MOM.

Pakaian rasmi Kontinjen Malaysia disediakan oleh syarikat Yonex yang mempunyai kontrak selaku penaja rasmi MOM dan reka bentuknya diluluskan oleh Lembaga Pengarah MOM yang mengambil inisiatif menggunakan rekabentuk baru khas bagi temasya di Paris nanti.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Senarai Atlet Malaysia Yang Akan Beraksi Di Sukan Olimpik 2024

Seramai 21 orang atlet Malaysia yang akan beraksi di Sukan Olimpik 2024 di Paris pada bulan hadapan bagi lapan jenis sukan yang dipertandingkan.

Antaranya:

1. Memanah

  • Ariana Nur Dania Mohamad Zairi
  • Syaqiera Mashayikh
  • Nurul Azreena Mohd Fazil

2. Badminton

  • Lee Zii Jia (single lelaki)
  • Goh Jin Wei (single perempuan)
  • Aaron Chia (beregu lelaki)
  • Soh Wooi Yik (beregu lelaki)
  • Pearly Tan  (beregu perempuan)
  • Thinaah Muralitharan (beregu perempuan)
  • Cheng Tang Jie (beregu campuran)
  • Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran)

3. Berbasikal

  • Nur Aisyah Mohamad Zubir (perlumbaan jalan raya wanita)
  • Azizulhasni Awang (pecut lelaki, keirin lelaki)
  • Muhammad Shah Firdaus Sahrom (pecut lelaki, keirin lelaki)
  • Nurul Izzah Izzati Mohamad Asri (pecut wanita, keirin wanita)

4. Menyelam

  • Bertrand Rhodict-Lises (platform 10 m lelaki)

5. Belayar

  • Khairulnizam Afendy  (ILCA7 lelaki)
  • Nur Shazrin Mohamad Latif (ILCA6 perempuan)

6. Menembak

  • Johnathan Wong (pistol udara 10 m lelaki)

7. Angkat berat

  • Aniq Kasdan (lelaki – 61kg)

8. Golf

  • Gavin Kyle Green

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd