Now Reading
Peniaga Buka Kedai Nasi Kandar Di Indonesia, Tapi Ada Yang Kata Rasa Tak Sama & Harga Mahal?

Peniaga Buka Kedai Nasi Kandar Di Indonesia, Tapi Ada Yang Kata Rasa Tak Sama & Harga Mahal?

Difahamkan, harga Nasi Kandar yang dijual di Indonesia adalah sekitar RM15 untuk sepinggan dengan lauk seketul ayam, sayur campur, telur goreng dan kuah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia sememangnya terkenal sebagai ‘syurga makanan’ kerana mempunyai pelbagai jenis hidangan untuk dinikmati.

Setiap para pelancong yang datang ke negara kita akan mencuba pelbagai menu seperti Nasi Kandar yang terkenal dengan kuah ‘banjir’ serta pelbagai pilihan lauk seperti ayam, sotong dan daging. 

Makan pula dengan sayur bendi dan telur rebus serta disajikan dengan minuman teh o ais, confirm akan kenyang.


Individu Buat Perbandingan Antara Nasi Kandar Di Indonesia Dan Malaysia

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (@gerbongbagasi), lelaki ini menyatakan bahawa Jakarta, Indonesia sudah mempunyai banyak kedai Nasi Kandar.

Oleh itu, dia juga telah membuat perbandingan antara hidangan tersebut yang dijual di Indonesia dan Malaysia.

Difahamkan, harga hidangan berkenaan yang dijual di negara republik tersebut adalah sekitar RM15 untuk sepinggan dengan lauk seketul ayam, sayur campur, telur goreng dan kuah.

Walau bagaimanapun, dia beranggapan harga berkenaan sedikit berbeza jika dibandingkan di Malaysia.

“Kalau di Malaysia lauk seperti ini baru RM11 sahaja. Agak berbeza harganya,” ujar lelaki tersebut.

Sumber gambar: X @gerbongbagasi

Pada masa yang sama, lelaki tersebut juga membuat perbandingan bagi minuman teh tarik yang cukup popular di negara kita.

“Kalau di Malaysia baru RM2.50 hingga RM3 sahaja untuk secawan teh tarik,” kata pengguna di laman X itu.


Segelintir Masyarakat Beri Pelbagai Reaksi Tentang Nasi Kandar Di Indonesia

Namun, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial tentang Nasi Kandar secara umum dan penerimaannya di Indonesia.

Sesetengah masyarakat di sana berpendapat bahawa Nasi Kandar yang berasal dari Malaysia itu tidak memiliki rasa yang sama apabila ia dijual di Indonesia.

Malah, mereka juga mendakwa harganya juga lebih mahal berbanding di sekitar Kuala Lumpur.

Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X

Pengguna media sosial berkata harga mahal melibatkan Nasi Kandar itu berkemungkinan disebabkan ia adalah makanan yang dibawa masuk dari negara lain dan bukan berasal dari Indonesia.

Sumber: X

Sementara itu, segelintir pengguna media sosial yang lain pula berkata tekak mereka tidak ‘kena’ dengan Nasi Kandar kerana mendakwa rasa rempahnya yang agak kuat.

Jelas mereka lagi, Nasi Padang yang berasal dari negara Indonesia tetap menjadi pilihan berbanding Nasi Kandar.

Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X
Sumber: X

Singapura Juga Ada Nasi Kandar Tapi Serupa Dengan Nasi Lemak

Di Singapura, Nasi Kandar juga menjadi hidangan terkenal. Namun, hidangan ini telah menjadi pertikaian orang ramai di media sosial kerana wujud salah faham.

Berdasarkan poster hidangan Nasi Kandar yang dimuat naik oleh sebuah kedai makan di Singapura menerusi laman Facebook (Malaysia-Singapore Border Crossers), hidangan tersebut kelihatan seperti Nasi Lemak kerana adanya kacang, telur, ikan bilis dan sambal.

Yang membezakan Nasi Lemak di kedai makan itu dengan kebiasaan yang dijual adalah mempunyai papadom serta acar timun.

Pelanggan juga boleh memilih sama ada nasi putih atau nasi kunyit untuk hidangan nasi kandar di kedai makan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Nasi Lemak Ke?” – Menu Nasi Kandar Di Singapura Buat Ramai Mula Pertikai & Keliru


Asal Usul Nasi Kandar

Sejarah hidangan ini agak menarik kerana perkataan ‘kandar’ merujuk kepada nasi yang bersandar di atas bahu penjual.

Sejak tahun 1930-an, peniaga Nasi Kandar yang merupakan golongan mamak ini telah menjual makanan ini dengan berjalan dari rumah ke rumah sambil mengimbangi bakul di atas batang kayu pada bahu mereka.

Di hujung setiap tiang mempunyai periuk berisi nasi kosong manakala di satu hujung pula terdapat lauk kari.

Sumber: X @farahamidah_ / VitDaily

Mungkin selepas penat membawa hidangan ini sambil berjalan kaki, mereka kemudiannya menggunakan pengangkutan seperti basikal untuk membawa hidangan itu ke sekitar bandar.

Untuk makluman, pemilik kedai Nasi Kandar terkenal di Pulau Pinang iaitu Restoran Hameediyah juga berbasikal di sekitar Georgetown untuk menjual menu tersebut sebelum perniagaannya berkembang maju.

Baca Artikel Berkaitan: Did You Know That Nasi Kandar Literally Meant Rice Carried On A Pole?

Baca Artikel Berkaitan: Kedai Nasi Kandar Pertama Di Tokyo Laku Keras


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd