Now Reading
Beg Tote Dari Apple Store The Exchange TRX Dijual Kembali, Harga Cecah RM10,000!

Beg Tote Dari Apple Store The Exchange TRX Dijual Kembali, Harga Cecah RM10,000!

Beg tote yang dicetak dengan tulis ‘JOM’ dan juga ‘Apple The Exchange TRX’ itu diberikan secara percuma kepada pengunjung terawal pada Sabtu lalu (22 Jun).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pembukaan cawangan pertama Apple Store di Malaysia yang bertempat di The Exchange TRX pada Sabtu lalu (22 Jun) telah mendapat sambutan yang cukup hangat.

Baca Artikel Berkaitan: Apple Store Pertama Bakal Dibuka Di The Exchange TRX Pada 22 Jun

Para pengunjung juga sanggup beratur panjang sejak dari awal pagi untuk menjadi antara golongan pertama menjejakkan kaki di lokasi tersebut.

Bagi peminat teknologi canggih keluaran Apple, pembukaan Apple Store di Malaysia sudah lama dinanti-nantikan selepas ia telah dibuka di beberapa buah negara di Asia seperti Thailand dan Singapura.


Pengunjung Jual Semula Beg Tote Dari Apple Store Dengan Harga ‘Cekik Darah’

Bagi pengunjung yang tiba awal di sana, mereka diberikan sebuah kotak percuma berisi beg tote, tetapi ia hanya terhad untuk beberapa unit sahaja.

Disebabkan itu, beg tote yang dicetak dengan tulis ‘JOM’ dan juga ‘Apple The Exchange TRX’ dianggap sebagai barangan edisi terhad.

Bagi sesetengah orang, mereka menganggap beg berkenaan boleh disimpan sebagai kenangan tetapi lain pula apabila ada yang mengambil keputusan untuk menjual semula beg itu dengan harga agak mahal.

Dalam tempoh beberapa jam selepas Apple Store di The Exchange TRX dibuka, beg tote itu sudah pun berada dalam senarai jualan di platform atas talian dengan harga sekitar RM250 sehingga RM10,000.

Sumber: Carousell

Sumber: Carousell

Sumber: Carousell

Masyarakat Kesal Beg Tote Percuma Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal

Sikap segelintir pihak yang menjual semula beg tote tersebut dengan harga tidak masuk akal telah mendapat reaksi kurang senang dari pengguna media sosial.

Rat-ratanya berpendapat bahawa barangan itu tidak sepatutnya dijual kerana ia diberikan secara percuma.

Malah, harga yang ditawarkan untuk pembeli juga dikatakan agak keterlaluan kerana mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.

Ssetengah masyarakat pula berharap agar tiada individu yang membeli beg tote tersebut kerana mahu memberikan pengajaran kepada pemiliknya.

Pada masa yang sama, orang ramai turut menghentam jika ada individu yang masih mahu membeli beg berkenaan dengan harga tinggi.

“Dia jual tu tak kisah, yang membeli tu yang tak bijak,” ujar pengguna laman X.

Sumber: X

Keistimewaan Apple Store

Mungkin ada di antara anda yang terfikir, apa beza antara Apple Store dan kedai-kedai Penjual Semula Premium Apple (APR) sedia ada seperti Machines dan Switch?

Dari segi produk dan harga, ia tiada perbezaan ketara tetapi sedikit berlainan melibatkan konsep dan pengalaman.

Dalam Apple Store, wujud bahagian yang dipanggil sebagai ‘Genius Bar’ di mana pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan pakar serta pelbagai jenis sokongan untuk telefon keluaran Apple.

Sumber: Apple

Daripada memulihkan ID Apple sehingga menggantikan skrin telefon, semuanya ada di sana.

Selain itu, beberapa aktiviti pembelajaran turut disediakan kepada pengunjung sambil diketuai oleh pakar Apple yang digelar sebagai ‘Creatives’.

Antara topik yang akan dipelajari adalah melibatkan fotografi, seni dan reka bentuk, pengekodan, video, muzik, perniagaan serta pendidikan.


Apple Store, The Exchange TRX

  • Lokasi: L1.40 The Exchange TRX, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur.
  • Masa operasi: Dibuka setiap hari jam 10:00 pagi sehingga 10:00 malam.
  • Nombor telefon: 1800-80-6419

Untuk mengetahui lebih lanjut, boleh layari laman web mereka dengan klik [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd