Now Reading
[Video] Roller Coaster Tiba-tiba Berhenti, Pengunjung Terpaksa Berjalan Turun Guna Tangga Tepi Trek

[Video] Roller Coaster Tiba-tiba Berhenti, Pengunjung Terpaksa Berjalan Turun Guna Tangga Tepi Trek

Gerabak roller coaster tersebut dipercayai berada di sebuah taman tema dalam sebuah pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi sesetengah orang yang menggemari permainan mencabar dan ekstrem seperti roller coaster, terdapat banyak lokasi taman tema di sekitar Lembah Klang yang anda boleh kunjungi.

Selain roller coaster, ada pelbagai lagi permainan yang boleh dinikmati bersama dengan ahli keluarga dan rakan-rakan terutamanya waktu cuti sekolah.

Di sebalik keseronokan tersebut, siapa sangka satu kejadian tidak diingini telah berlaku oleh kerana kerosakan pada alat permainan berkenaan.


Roller Coaster Berhenti Di Tengah-tengah Trek, Pengunjung Taman Teman Perlu Turun Dari Tempat Tinggi

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@neja_eja), satu gerabak roller coaster di sebuah taman tema di pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur dipercayai mengalami kerosakan ketika sedang membawa pengunjung.

Lebih membimbangkan apabila gerabak terbabit telah berhenti secara tiba-tiba pada kedudukan yang tinggi di taman tema berkenaan.

Oleh kerana kerosakan yang berlaku, pengunjung yang berada pada roller coaster tersebut terpaksa memberanikan diri untuk keluar dari gerabak terbabit dan menuruni trek menggunakan tangga.

Situasi ‘menyeramkan’ itu sempat dirakam oleh salah seorang pengunjung yang berada di kawasan berhampiran.

Meremang bulu roma tengok mereka turun tangga dari atas. Boleh menggigil lutut nak turun dari lokasi tinggi itu.

Video tersebut telah meraih perhatian ramai selepas ia mendapat 464,100 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@neja_eja/video/7381774348576640277

Orang Ramai Gayat Tengok Keadaan Pengunjung Taman Tema Turun Dari Roller Coaster

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai juga ‘seram’ melihat keadaan yang berlaku sehingga ada yang membayangkan situasi buruk terjadi seperti dalam filem Final Destination.

“Allahu, saya terlalu banyak tengok Final Destination sampai terfikir macam-macam kemungkinan,” kata pengguna TikTok.

Malah, ada juga sesetengah masyarakat yang membayangkan bahawa mereka akan menangis dan menjerit ketakutan jika perlu menuruni roller coaster dari tempat tinggi.

“Ya Allah mimpi buruk betul dengan gayan tingginya. Boleh menangis sepanjang nak turun tu,” ujar seorang pengguna media sosial.

Pada masa yang sama, orang ramai juga tidak menyangka situasi melibatkan kerosakan seperti itu boleh berlaku di Malaysia kerana kebiasaannya ia dilihat terjadi di luar negara.

“Ingat dekat taman tema luar negara je yang selalu rosak, rupanya kat sini pun sama. Musim ke apa ni,” kata masyarakat.

Sumber: TikTok

Individu Pernah Cedera Ketika Menaiki Roller Coaster Di Funfair

Terdahulu, satu funfair di Raub, Pahang telah memberi pengalaman kurang menyenangkan kepada pengunjungnya yang menaiki sebuah permainan roller coaster.

Difahamkan, pengunjung yang menjadi mangsa itu tercampak dari salah satu gerabak pada permainan roller coaster selepas ia terkeluar dari landasan.

Seorang wanita dewasa yang menjadi mangsa menceritakan dia telah patah tulang belakang manakala anak perempuannya pula sukar untuk bergerak kerana sakit pada bahagian lutut.

Sumber: Facebook Penduduk Raub Pahang

Jelas wanita dikenali sebagai Nur Izzati Mohamed Kamil itu, pihak pengurusan funfair terbabit telah bertanggungjawab atas kejadian yang berlaku dan meminta maaf dari pihak mereka.

Wanita berkenaan mendedahkan bahawa pihak pengurusan funfair tersebut sanggup datang dari Johor semata-mata untuk melawat mereka sekeluarga.

Dia juga berharap agar orang ramai terus mendoakan agar mereka akan kembali sihat seperti biasa.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Patah Tulang Rusuk Lepas Naik Ride Funfair Di Pahang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd