Now Reading
[Video] Lelaki Ini Sanggup Beli 6 Beg Ais Kerana Cuaca Terlalu Panas. Siap Masukkan Dalam Kolam!

[Video] Lelaki Ini Sanggup Beli 6 Beg Ais Kerana Cuaca Terlalu Panas. Siap Masukkan Dalam Kolam!

Jumlah harga bagi enam beg ais yang dibeli secara terus daripada lori ais adalah sekitar RM24.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak akhir-akhir ini, suhu persekitaran terutamanya di Asia Tenggara telah mengalami gelombang haba berikutan perubahan iklim serta fenomena El Nino.

Pada penghujung April lalu, suhu di Bangkok, Thailand telah meningkat sehingga 43 darjah Celsius manakala Filipina juga mengalami cuaca panas dengan suhu tertinggi mencecah 53 darjah Celsius.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad juga menjelaskan bahawa Malaysia tidak terkecuali daripada keadaan ini dan menjangkakan cuaca pada tahun ini akan lebih panas berbanding tahun lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Suhu Di Asia Tenggara Kekal Tinggi, Ini Tips Untuk Hadapi Cuaca Panas

Sumber: Suara.com

Individu Beli 6 Beg Ais Semata-mata Untuk Mandi Air Sejuk Dalam Kolam

Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@miraazlan03), wanita ini menunjukkan situasi yang berlaku di rumah mentuanya di mana mereka telah membeli beberapa beg berisi ketulan ais.

Bukan beli di kedai ya, ini terus telefon lori ais untuk hantar terus ke rumah. Lain macam!

Kebiasaannya masyarakat membeli ais kerana mahu menuangnya ke dalam minuman untuk menjadikan air lebih sejuk, tetapi sebaliknya yang dilakukan oleh keluarga ini.

Sumber: TikTok (@miraazlan03

Mereka dilihat memasukkan kesemua ketulan ais tersebut dibeli ke dalam takungan air di dalam sebuah kolam DIY.

Bagi yang tertanya-tanya berapa jumlah yang dibayar oleh mereka, wanita ini menjelaskan harga bagi sebuah beg ais adalah berjumlah RM4 dan kesemua bernilai RM24 kerana telah membeli enam beg.

Seronok juga dapat mandi kolam air sejuk ketika cuaca panas kan?

Video tersebut telah menarik perharian ramai sehingga berjaya meraih 277,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.


Orang Ramai Teruja Lihat Individu Beli Ais Untuk Diisi Dalam Kolam

Menjengah ke ruangan komen, masyarakat meluahkan rasa teruja apabila melihat aktiviti keluarga berkenaan yang mahu bermandi kolam dengan ketulan ais di luar rumah.

Beberapa individu turut menyokong perkara tersebut kerana berpendapat ia bagus untuk kesihatan otot.

Ada juga yang bergurau kononnya mereka boleh meletakkan kordial minuman dan air gula agar air kolam tersebut boleh diminum.

Bak kata pepatah, ‘Sambil menyelam minum air’ yang bermaksud boleh melakukan dua perkara dalam satu masa.

Sementara itu, orang ramai juga tertanya-tanya bagaimana mereka boleh menahan suhu sejuk ketika berendam dalam kolam yang dipenuhi dengan ketulan ais tersebut.

Sumber: TikTok

5 Tips Untuk Kekalkan Suhu Sejuk Dalam Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa

Dalam cuaca panas ini, mesti ramai yang lebih memilih untuk berada di dalam kawasan yang berpendingin hawa, betul tak? Barulah sejuk sikit dan kurang berpeluh.

Tapi jika pendingin hawa dibuka 24 jam tanpa henti di rumah, risau pula kalau bil elektrik melambung naik.

Gambar sekadar hiasan.

Jom kami kongsikan beberapa tips untuk menjadikan rumah anda kekal sejuk walaupun tanpa membuka pendingin hawa.

Caranya adalah:

  • Menggantikan mentol pijar dengan mentol LED untuk mengurangkan haba.
  • Memasang bidai atau langsir gelap bagi mengurangkan jumlah haba yang mengalir ke dalam rumah.
  • Melekatkan filem berwarna pada tingkap.
  • Mencipta sistem penyejukan semula jadi menggunakan ciri air.
  • Mengelap kipas siling anda dengan kerap.

Tips Untuk Hadapi Cuaca Panas

Cuaca yang panas ini boleh menyebabkan seseorang mengalami dehidrasi atau gelombang haba akibat suhu yang terlalu tinggi.

Sumber: Pexels

Bagi mengelakkan diri anda daripada terkena perkara ini, jom kami kongsikan beberapa tips untuk menghadapi cuaca panas.

Antaranya:

  • Minum air secukupnya iaitu sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
  • Hadkan aktiviti luar yang menggunakan banyak tenaga.
  • Memakai krim SPF yang bersesuaian dengan kulit.
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang sejuk.
  • Mengurangkan solekan.
  • Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti sedikit.

Semoga tips-tips ini dapat membantu anda semua menghadapi cuaca panas dengan sebaiknya.

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Terlampau Panas? Ini 5 Cara Untuk Kekal Sejuk Di Rumah Tanpa Guna Pendingin Hawa

Baca Artikel Berkaitan: Jepun Dedah Warna Baju Yang Cerah Kurang Serap Haba Ketika Cuaca Panas Berbanding Warna Gelap

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Orang Utan Minum Air Dari Peti Sejuk Gara-gara Cuaca Panas Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd