Now Reading
Ikan Jerung Jadi Saksi Lamaran Perkahwinan, Pakej Unik Aquaria KLCC Raih Pelbagai Reaksi

Ikan Jerung Jadi Saksi Lamaran Perkahwinan, Pakej Unik Aquaria KLCC Raih Pelbagai Reaksi

Harga pakej lamaran perkahwinan di Aquaria KLCC ini bermula dari RM850.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sesiapa yang pernah tengok drama Korea bertajuk ‘Queen of Tears’ lakonan Kim Ji-won dan Kim Soo-hyun, mesti tahu babak di mana pelakon lelaki tersebut melamar pasangannya di dalam sebuah akuarium.

Tipulah kalau tak pernah berangan untuk melalui pengalaman yang sama kan? Boleh tahan romantik juga ya.

Percaya tak, angan-angan itu sebenarnya boleh bertukar realiti dengan beberapa pakej menarik yang ditawarkan oleh salah satu tarikan menarik di Kuala Lumpur iaitu Aquaria KLCC.


Aquaria KLCC Tawar Pakej Lamaran Perkahwinan Yang Disaksikan Oleh Ikan Jerung

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@malaysiafoodandtravel), Aquaria KLCC menawarkan Pakej Lamaran Perkahwinan dengan ikan jerung sebagai saksi.

Perkara pertama yang akan terfikir dalam minda seseorang pastinya adalah harga yang perlu dibayar, betul tak?

Dengan harga bermula RM850, korang boleh melamar di hadapan bakal isteri dalam kawasan akuarium tersebut.

Sumber: Pexels

Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Pakej ‘Romance Proposal’
    • Harga: RM850
    • Slot masa: 12:15PM atau 3:15PM
    • Akan diberikan ‘Underwater Marriage Signage’, jambangan bunga dan hadiah coklat.
  • Pakej ‘Cage Rage Proposal’
    • Harga: RM1,150
    • Slot masa: 11:00AM pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu
    • 2 Program Cage Rage
    • 2 helai baju tee Cage Rage
    • 2 keping sijil Cage Rage
    • Akan diberikan ‘Underwater Marriage Signage’, jambangan bunga dan hadiah coklat
  • Pakej ‘Dive With Sharks Proposal’
    • Harga: RM1,500
    • Slot masa: 1:00PM pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu
    • Memiliki sijil menyelam
    • 2 Program ‘Dive With Sharks’
    • 2 helai baju tee ‘Dive With Sharks’
    • 2 keping sijil ‘Dive With Sharks’
    • Akan diberikan ‘Underwater Marriage Signage’, jambangan bunga dan hadiah coklat

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Tawaran Pakej Lamaran Dari Aquaria KLCC

Pakej tersebut telah meraih pelbagai reaksi orang ramai yang terkejut melihat tawaran unik berkenaan.

Siap ada yang kononnya bergurau mahu ikan jerung itu dilepaskan sekiranya pasangan memberikan jawapan ‘tidak’ kepada lamaran tersebut.

“Kalau dia cakap tak, saya akan lepaskan ikan jerung tu untuk makan dia,” gurau pengguna media sosial.

Pada masa yang sama, mereka juga tertanya-tanya jika wang akan dikembalikan jika lamaran ditolak.

“Kalau bawa pasangan pergi sana, waktu confess tu dia tolak, macam mana? Boleh dapat refund tak?” soal pengguna Instagram.

Sementara itu, masyarakat juga sempat bergurau untuk meminta pihak Aquaria KLCC memasang lagu popular kanak-kanak iaitu ‘Baby Shark’ oleh Pinkfong sebagai muzik latar belakang.

Sumber: Instagram

Lokasi Lain Pun Turut Tawarkan Pakej Sama

Sebagai info, Aquaria KLCC bukanlah lokasi pertama di Malaysia yang melakukan aktiviti tersebut.

Sebelum ini, Sea Life Malaysia di Legoland Malaysia yang terletak di Iskandar Puteri, Johor telah memperkenalkan ‘Underwater Marriage Proposal’.

Pasangan lelaki akan diberikan papan tanda ‘Will You Marry Me’ untuk melamar bakal isteri mereka dengan cara yang unik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd