Now Reading
[Video] Orang Ramai ‘Tepuk Dahi’ Lihat Aksi Jemaah Haji Dari Indonesia Berniaga Rojak Tepi Jalan

[Video] Orang Ramai ‘Tepuk Dahi’ Lihat Aksi Jemaah Haji Dari Indonesia Berniaga Rojak Tepi Jalan

Perniagaan oleh dua orang jemaah wanita dari Indonesia itu juga dilihat lengkap dengan peralatan seperti bekas bungkusan, cobek dan makanan rojak yang mahu dijual.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila terpilih untuk mengerjakan ibadah haji di tanah suci Mekah dan Madinah, ia pastinya adalah sesuatu yang paling berharga dalam kehidupan seseorang.

Ini kerana bukan semua individu diberi peluang itu untuk menjadi tetamu Allah SWT di samping mengambil kira faktor dari segi kewangan dan juga kesihatan.

Jadi apabila mendapat peluang tersebut, sebaik-baiknya buatlah yang sehabis mungkin untuk menyelesaikan ibadah berkenaan sepanjang berada di tanah suci dan memperolehi haji yang mabrur.


Jemaah Haji Indonesia Sempat Berniaga Rojak

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@halobangkalan), tular aksi dua orang jemaah haji wanita dari Indonesia yang dipercayai telah berniaga hidangan rojak ketika sedang berehat di sekitar Padang Arafah.

Perkara tersebut menjadi perhatian ramai selepas mereka berdua dilihat seolah-olah cuba mengambil kesempatan untuk berjual beli di kawasan berkenaan.

Perniagaan itu dilihat lengkap dengan peralatan seperti bekas bungkusan, cobek dan juga makanan rojak yang mahu dijual.

Dalam video berkenaan juga, lokasi tersebut yang berada di tepi jalan raya juga dilihat agak kotor dengan sampah bertaburan seperti botol minuman yang sudah dipijak dan sebagainya.

Video tersebut telah tular di media sosial sehingga meraih 1.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.


Netizen Terkejut Jemaah Haji Sempat Terfikir Untuk Berniaga Di Tanah Suci

Ruangan komen video itu dipenuhi dengan pelbagai reaksi dari orang ramai yang rata-ratanya terkejut dengan sikap jemaah haji berkenaan.

Mana tidaknya, mereka sempat terfikir untuk berniaga di kala kesibukan mengerjakan ibadah rukun Islam kelima itu.

Malah, pengguna media sosial turut mempersoalkan dari mana bekalan perniagaan tersebut didapatkan.

“Menyempat pula beli bahan-bahannya,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, masyarakat turut tertanya-tanya bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.

“Aku pelik la diorang ni tak ada mutawif ke, tak ada Lembaga Haji macam kita ke?” soal pengguna media sosial.

Pada masa sama, orang ramai juga menegaskan para jemaah haji untuk fokus beribadah dan meninggalkan urusan duniawi sepanjang mengerjakan ibadah haji di tanah suci.

Sumber: TikTok

Lebih 1.8 Juta Jemaah Dari Seluruh Dunia Tunai Haji Pada Tahun 2024

Berdasarkan Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi, sebanyak 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadah haji pada 2024.

Daripada jumlah tersebut, 958,137 orang jemaah merupakan golongan lelaki manakala 875,027 pula adalah jemaah wanita.

Daripada jumlah tersebut, Indonesia mencatatkan bilangan jemaah yang paling ramai menunaikan haji pada tahun ini iaitu berjumlah 241,600 orang.

Bagi negara Malaysia pula, ia berjumlah 31,600 orang jemaah haji pada tahun ini dengan kedudukan sebagai negara Asia keenam paling ramai yang menunaikan ibadah tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: 8 Jemaah Haji Dari Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Mekah Tahun Ini

Baca Artikel Berkaitan: Jemaah Haji Hilang Ketika Melontar Di Mina, Kini Ditemui & Dijaga Oleh ‘Haji Aqil’

Baca Artikel Berkaitan: Topik Ambil Pinjaman Bank Untuk Pergi Haji & Umrah Jadi Perdebatan Di Media Sosial


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd