Now Reading
[Video] Lembu Aidiladha Terlepas & Larikan Diri Ke LDP, Rempuh Myvi Di Tengah Jalan

[Video] Lembu Aidiladha Terlepas & Larikan Diri Ke LDP, Rempuh Myvi Di Tengah Jalan

Dua ekor lembu tersebut telah berkeliaran di jalan raya berhampiran sebuah pusat membeli-belah Paradigm Mall di Kelana Jaya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, Hari Raya AidilAdha disambut oleh umat Islam pada setiap 10 Zulhijjah mengikut kalendar Hijrah dan bersempena dengan sambutan tersebut yang berlangsung semalam (17 Jun), banyak lokasi di sekitar Malaysia yang menjalankan aktiviti ibadah korban.

Oleh itu, pihak yang terlibat dalam menguruskan ibadah tersebut juga akan menjaga sejumlah haiwan yang akan dikorbankan seperti lembu, kambing, kerbau, unta dan lain-lain.

Dalam kesibukan itu, lain pula situasi yang berlaku pada baru-baru ini di sekitar Lembah Klang.


Dua Ekor Lembu Terlepas Ke Lebuh Raya

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@527legacytrading), kelihatan dua ekor lembu yang dipercayai mahu dijadikan korban sempena Hari Raya Aidiladha telah terlepas sehingga ke Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Dalam video berkenaan, ia dipercayai telah berkeliaran di jalan raya berhampiran sebuah pusat membeli-belah Paradigm Mall di Kelana Jaya.

Kedua-dua ekor lembu itu tanpa arah tujuan sambil tali bersangkut di bahagian belakang badan.

Sumber: TikTok @527legacytrading

Namun kejadian tersebut juga telah mengakibatkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna merah telah dirempuh oleh salah satu lembu berkenaan sehingga menyebabkan pemandu terpaksa brek mengejut.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki yang dilihat memakai kasut but berwarna kuning cuba untuk mendapatkan semula dua ekor lembu tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar menjelaskan pihak mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian dan akan menyemak lokasi dari mana dua ekor lembu itu terlepas.

“Setakat ini tiada laporan diterima. Sedang disemak dari mana lembu berkenaan terlepas,” katanya.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lepas Lihat Situasi Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat memberikan pelbagai reaksi selepas situasi yang berlaku dalam video berkenaan.

Boleh dikatakan ramai juga yang mempersoalkan bagaimana lembu-lembu terbabit boleh terlepas sehingga ke jalan raya.

Ini kerana mereka beranggapan situasi terbabit boleh membahayakan pemandu atau penunggang motosikal.

“Kesian owner kereta tu. Semoga dia bertambah kata raya. Amin,” kata pengguna media sosial.

Pada masa yang sama, pengguna media sosial juga tertanya-tanya tentang keadaa terkini Myvi tersebut yang telah dirempuh oleh seekor lembu dewasa.

Sumber: TikTok

Sejarah Tentang Ibadah Korban Sempena Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha atau juga dikenali sebagai Hari Raya Haji adalah berbeza dengan Hari Raya Aidilfitri yang disambut selepas berakhirnya bulan puasa Ramadan.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Travel Kompas)

Dalam sambutan perayaan ini, daging korban akan diagihkan dalam kalangan masyarakat setempat selepas haiwan seperti lembu dan kambing selesai disembelih.

Umat Islam menyambut perayaan AidilAdha untuk memperingati kesediaan Nabi Ibrahim AS mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS dalam penyerahan diri kepada Tuhan dan menandakan berakhirnya musim haji di Mekah.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd