Now Reading
Singapura Naikkan Harga Servis, Didakwa Terkesan Subsidi Diesel Berkurang Di Malaysia Cetus Perdebatan

Singapura Naikkan Harga Servis, Didakwa Terkesan Subsidi Diesel Berkurang Di Malaysia Cetus Perdebatan

Sebuah syarikat pengangkutan Singapura berhasrat untuk meningkatkan harga sehingga 20% dipercayai berikutan harga bahan api diesel yang meningkat di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bermula 10 Jun 2024, kerajaan Malaysia telah melaksanakan pengurusan subsidi diesel yang lebih cekap di Semenanjung Malaysia dengan harga tetapan iaitu RM3.35 sen seliter.

Walau bagaimanapun, harga bahan api diesel ini di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter selepas perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 9 Jun lalu.

Jelas Amir Hamzah, penetapan harga runcit tersebut dilaksanakan serentak dengan bantuan bersasar untuk sektor logistik serta pengagihan bantuan tunai BUDI MADANI bernilai RM200.

Baca Artikel Berkaitan: Kabinet Setuju Laksana Penyasaran Subsidi Bahan Api Diesel – PMX

Baca Artikel Berkaitan: Harga Diesel Di Semenanjung RM3.35 Seliter Bermula Isnin, 10 Jun


Agensi Pelancongan Singapura Naikkan Harga Selepas Malaysia Potong Subsidi Diesel

Dalam laporan CNA, agensi pelancongan dan operator koc di Singapura telah mengambil keputusan untuk menaikkan harga servis mereka selepas Malaysia mengurangkan subsidi terhadap bahan api diesel.

Menurut sebuah syarikat Singapore Cab Booking yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan bagi kedua-dua buah negara, mereka berkata servis bas akan dinaikkan berikutan peningkatan harga diesel.

Kami menawarkan servis pengangkutan melalui jalan darat Singapura-KL. Dengan kenaikan 50% harga diesel, harganya hampir sama dengan harga diesel Singapura. Kami juga perlu mengambil kira kos untuk membayar tol.

Ketua Pegawai Eksekutif Farid Khan.

Jelas Khan lagi, terdapat banyak tempahan yang telah dilakukan beberapa bulan awal sebelum ini dan ia secara tidak langsung akan menyebabkan kerugian kepada syarikatnya.

Gambar sekadar hiasan.

Peningkatan keseluruhan kos akan mengurangkan margin keuntungannya kira-kira 20 hingga 30%.

Susulan itu, mereka berhasrat untuk meningkatkan harga sehingga 20% dalam tempoh beberapa bulan ini bagi pakej terbaharu.


Masyarakat Persoalkan Tindakan Singapura Naikkan Harga Perkhidmatan Kerana Subsidi Diesel

Walau bagaimanapun, tindakan beberapa syarikat pengangkutan di Singapura yang mendakwa mereka telah terkesan dengan peningkatan harga diesel di Malaysia telah mencetuskan perdebatan di media sosial.

Rata-rata rakyat Malaysia mempertikaikan perkara tersebut kerana berpendapat negara republik berkenaan tidak sepatutnya terkesan dengan pengurangan subsidi diesel itu.

Sesetengah pengguna media sosial pula mendakwa bahawa berlaku ketidaktelusan dalam penggunaan diesel melibatkan masyarakat Singapura berikutan negara mereka yang bersebelahan dengan Malaysia.

Sementara itu, ada juga masyarakat yang mempersoalkan sama ada rakyat Singapura sebelum ini sering mengisi tangki minyak diesel di Malaysia untuk mendapatkan harga bahan api yang lebih murah.

“Biar betul Singapura? Kami yang potong subsidi tapi anda pula yang naikkan harga? Adakah kalian mengisi minyak di Malaysia setiap hati selama ini? Minyak di Singapura mahal ya?” soal rakyat Malaysia.

Sumber: X

Subsidi Diesel Di Malaysia Tidak Dihapuskan Sepenuhnya

Memetik Sinar Harian, kerajaan Malaysia tidak menangguhkan sepenuhnya subsidi bagi bahan api diesel kerana masih menanggung RM7 bilion subsidi di Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pengurangan subsidi ini dilakukan bertujuan untuk memastikan pengurusan subsidi sampai kepada kumpulan rakyat yang selayaknya.

Gambar sekadar hiasan.

“Tujuan utama dalam dasar penyasaran subsidi diesel ini adalah memastikan pembaziran subsidi tidak lagi diteruskan sambil memastikan penjimatan mesti dipulangkan kepada rakyat terbanyak,” katanya.

Jelas beliau lagi, hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi ini akan diberikan semula kepada rakyat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, pengangkutan awam dan lain-lain.

Anwar juga berkata pihak mereka akan terus kekal komited dalam menangani penyeludupan diesel.


Pelaksanaan BUDI MySubsidi Diesel

Melalui pelaksanaan ini, kerajaan akan menetapkan harga diesel berdasarkan sektor yang berbeza iaitu:

  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 yang menggunakan kaedah ‘fleet card bagi kenderaan logistik berkelayakan untuk membendung kesan’ terhadap harga barangan pengguna, ditetapkan pada harga RM2.15 seliter.
  • Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 1.0 bagi kenderaan-kenderaan pengangkutan awam darat seperti bas sekolah, bas ekspres, ambulans dan bomba iaitu RM1.88 seliter.
  • Diesel bersubsidi untuk nelayan iaitu pada harga RM1.65 seliter.
BUDI MySubsidi Diesel

Walau bagaimanapun, terdapat jenis-jenis kenderaan yang tidak layak untuk mendaptakan bantuan BUDI Individu iaitu:

  • Kenderaan diesel persendirian berdaftar bagi kegunaan syarikat atau pertubuhan.
  • Kenderaan mewah seperti Audi BMW, Mercedes, Benz dan sebagai yang berusia di bawah usia 10 tahun.
  • Kenderaan berdaftar sebagai e-hailing
  • Jenis kenderaan motosikal diesel, karavan, motorhome, van serta bas persiaran.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd