Now Reading
[Video] “Jari Tak Cukup”- Respon Spontan Si Kecil Selepas Ditanya Guru Kenapa Tak Siap Kerja Sekolah Buat Ramai Geli Hati

[Video] “Jari Tak Cukup”- Respon Spontan Si Kecil Selepas Ditanya Guru Kenapa Tak Siap Kerja Sekolah Buat Ramai Geli Hati

Jawapan spontan pelajar berkenaan yang menjawab ‘jari tidak cukup; ketika disoal oleh gurunya membuatkan ramai geli hati.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap guru pasti ingin melihat pelajarnya berjaya. Oleh itu, ada yang memberikan kerja sekolah untuk menilai tahap pemahaman muridnya.

Namun tidak dinafikan setiap antaranya pasti mempunyai pelbagai gelagat yang adakalanya membuatkan guru serta ibu bapa pening apabila memikirkannya.

Alasan pelajar bila ditanya kenapa tak siap kerja sekolah buat guru pening

Terbaharu, seorang pelajar lelaki yang dipercayai merupakan pelajar sekolah rendah di Sarawak turut membuatkan gurunya pening dengan gelagatnya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @syerrybb292 di TikTok, awalnya kelihatan seorang pelajar lelaki telah dipanggil oleh gurunya ke hadapan.

Pelajar yang dikenali sebagai Luke kemudian telah ditanya oleh guru, mengapakah dia tidak menyiapkan kerja sekolah.

‘Jari tak cukup’

Namun alasan yang diberikan sangat melucukan apabila dia menjawab kerana ‘jarinya tidak cukup’ yang mungkin membawa maksud kepada peribahasa ‘Tak cukup tangan’.

“Jari tak cukup, ‘kenapa tak cukup?’ sebab jari tak banyak,” kata pelajar itu kepada cikgu perempuannya.

Malah dia juga memberi alasan untuk membuat kerja sekolah berkenaan di rumah.

“Sebab di rumah banyak jari? Di sekolah tak banyak jari?” soal guru itu lagi sebelum pelajar lelaki tersebut menganggukkan kepalanya sebagai tanda setuju.

https://www.tiktok.com/@sherrybb292/video/7372052118783462664?_r=1&_t=8nBi2mtxIds

Ramai turut terhibur melihat gelagat pelajar

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut terhibur sebaik mendengar jawapan diberikan oleh kanak-kanak berkenaan.

Malah ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berdepan dengan perkara sama dengan anak mahupun anak murid.

Menerusi penelitian kami, video ini telah dimuat naik pada 23 Mei lalu, namun ia mula dikongsikan semula sehingga menjadi tular.

“Student saya dulu tak nak baca, katanya otak dah penuh”

“Anak saya tak jawab soalan peperiksaan, bila tanya kenapa tak jawab? Dia cakap sebab cikgu dah tahu jawapan dia. Jadi dia tak perlu jawab”

Baca artikel berkaitan: Gara-gara Tidur Lepas Asar, Telatah Lucu Kanak-kanak Ini Kalut Bersiap Ke Sekolah Bikin Ramai Terhibur [Video]

Baca artikel berkaitan: “Macam YB” – Murid Beri Duit Raya Kepada Rakan Kelas Siap Salam Cium Tangan Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca artikel berkaitan: Gelagat Kanak-Kanak Makan Ubat Siap Sorak Untuk Diri Sendiri Bikin Ramai Terhibur [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd