Now Reading
[Video] Wanita & Kanak-kanak Dirempuh Kereta Ketika Meluru Lintas Jalan Di Sabah

[Video] Wanita & Kanak-kanak Dirempuh Kereta Ketika Meluru Lintas Jalan Di Sabah

Seorang wanita cuba untuk menyelamatkan anaknya yang melintas jalan secara tiba-tiba di Sandakan, Sabah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan hampir setiap hari pasti akan adanya sahaja kes kemalangan dilaporkan berlaku.

Apabila berada di jalan raya, setiap pengguna perlu sentiasa berhati-hati kerana pelbagai kejadian boleh berlaku tanpa dijangka.

Lebih membimbangkan lagi, sikap cuai pengguna juga boleh mengakibatkan kecederaan dan meragut nyawa individu lain.


Wanita & Kanak-kanak Melambung Selepas Dirempuh Kereta

Menerusi video dimuat naik di laman X (@AsyrafRosli_), seorang wanita cuba untuk menyelamatkan anaknya yang melintas jalan secara tiba-tiba di Sandakan, Sabah.

Namun, keadaan bertukar insiden tidak dingini selepas mereka berdua telah dirempuh oleh sebuah kereta yang sedang memandu pada kelajuan 54km/h di Jalan Leila, Sandakan, Sabah.

Kejadian yang berlaku pada 10 Jun lalu sekitar jam 8:59 pagi itu mengakibatkan kedua-dua ibu dan anaknya terpelanting beberapa meter dari kereta.

Terkejut dengan insiden yang terjadi, beberapa individu yang juga mahu melintas jalan di kawasan sekitar cuba untuk menghulurkan bantuan selepas melihat mangsa terbaring di atas jalan raya.

Tidak lama selepas itu, mereka terus bangun dari jalan dan meneruskan perjalanannya untuk melintas.


Insiden Raih Pelbagai Reaksi Dari Netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang terkejut dengan apa yang berlaku dan memberikan pelbagai reaksi.

Sesetengah pengguna media sosial meluahkan rasa simpati dengan nasib kedua-dua mangsa, namun ada juga yang berpendapat kejadian itu bukanlah salah pemandu terbabit.

Masyarakat juga berpendapat ibu bapa seharusnya peka dengan anak-anak terutamanya ketika berada di jalan raya.

“Mujur ada dashcam, kalau tak, pemandu mesti salah,” kata netizen.

Sumber: X

Sebagai ibu bapa, anda perlulah peka dengan pergerakan anak-anak kerana bimbang sekiranya perkara tidak diingini berlaku kepada mereka.

Keadaan ini juga boleh menyebabkan pemandu juga terkejut dan terpaksa menekan brek secara tiba-tiba.

Jadi, berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling dan pergerakan si kecil sebelum melintas jalan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kanak-kanak Dirempuh Lintas Jalan Secara Mengejut, Patah Tulang Selangka


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd