Now Reading
[Video] Vlogger Taiwan Terharu Penduduk Kampung Di Sabah Bantu Bawa Ke Bengkel Tukar Tayar

[Video] Vlogger Taiwan Terharu Penduduk Kampung Di Sabah Bantu Bawa Ke Bengkel Tukar Tayar

Pasangan vlogger dari Taiwan itu dalam perjalanan dari Sabah ke Brunei sejauh 450 kilometer.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap ramah antara satu sama lain meskipun tidak mempunyai sebarang pertalian darah.

Kalau tersesat di mana-mana lokasi dan anda memerlukan bantuan, pasti akan ada sahaja individu yang menghulurkan pertolongan.

Meskipun berlainan kaum dan agama, tetapi ia tidak pernah menjadi penghalang bagi masyarakat di negara kita untuk saling berbuat kebaikan antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Lori Haus, Lori Rosak Tepi Jalan. Rakyat ‘Turun Padang’ COD Air. Salute!

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati


Vlogger Taiwan Tak Sangka Penduduk Di Sabah Bantu Ketika Tayar Pancit Di Jalan Raya

Menerusi satu video dimuat naik di laman YouTube Zoebitalk 肉比頭, pasangan vlogger dari Taiwan meluahkan rasa kagum dengan kebaikan yang dilakukan oleh penduduk kampung di Sabah.

Kebaikan itu terserlah ketika tayar motosikal yang dinaiki mereka telah pancit dan menyebabkan mereka tersadai di jalan raya semasa berada dalam perjalanan dari Sabah ke Brunei sejauh 450 kilometer.

Namun mereka tidak menyangka kesulitan yang berlaku itu dipermudahkan dengan adanya penduduk di kawasan sekitar yang ringan tulang untuk memberikan bantuan.

Sumber: YouTube Zoebitalk 肉比頭

Sebuah kenderaan pikap 4×4 yang dipandu oleh sekumpulan penduduk tempatan telah memberhentikan keretanya dan membantu pasangan vlogger berkenaan.

Dalam video itu, lelaki tersebut telah mengangkat motosikal mereka dan meletakkan di bahagian belakang kenderaan itu.

Individu tersebut yang sudah memandu selama 30 minit untuk ke tempat kerja sanggup memandu lagi selama 30 minit untuk membawa pasangan berkenaan ke bengkel.

Selepas menghantar mereka ke bengkel, pemandu tersebut kembali meneruskan perjalanan untuk ke tempat kerja.


Vlogger Sebak Ada Penduduk Di Sabah Berhenti Berikan Pertolongan

Terharu dengan pertolongan yang diterima, wanita bernama Zoe ini meluahkan rasa sebak dan tertanya-tanya mengapa penduduk tempatan mahu membantu mereka.

Bagi membalas jasa, mereka mahu memberikan wang kepada pemandu terbabit tetapi dia menolaknya sambil berkata dia hanya mahu membantu pelancong yang berada dalam kesusahan.

“Tak apa, kami orang Malaysia. Awak adalah pelancong dan memerlukan bantuan. Cuma ingat, kami dari kampung yang baik,” kata penduduk di Sabah.

Sumber: YouTube Zoebitalk 肉比頭

Netizen Tumpang Bangga Dengan Kebaikan Penduduk Di Sabah

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai meluahkan rasa bangga dengan kebaikan yang dilakukan oleh penduduk Sabah itu kepada pasangan pelancong terbabit.

Pertolongan itu membuatkan masyarakat negara Malaysia juga bangga menjadi rakyat negara ini.

“Saya rasa terharu bila dia cakap ‘kami orang Malaysia’. Saya pun rasa bangga jadi rakyat Malaysia,” kata pengguna Internet.

Sesetengah penduduk Sabah yang lain juga berkata mereka terbuka untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Malah, mereka turut menepis dakwaan kononnya Malaysia adalah negara yang berbahaya untuk dilawati.

Kalau korang nak tonton video penuh, boleh klik [DI SINI].


Malaysia Dinobat Sebagai Negara Paling Disayangi

Menerusi sebuah portal laman web kewangan yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Insider Monkey, Malaysia telah tersenarai sebagai negara yang paling disayangi di Asia.

Berdasarkan 20 negara yang disenaraikan, Malaysia berjaya menduduki tempat pertama dan mengalahkan beberapa negara lain seperti:

  • Singapura (tempat ke-3)
  • Thailand (tempat ke-11)
  • Indonesia (tempat ke-12)
Sumber: Pexels

Senarai ini telah diperolehi menerusi rujukan daripada lima artikel yang diterbitkan dalam portal tersebut pada tahun 2023.

Antara artikel yang dirujuk adalah:

Sumber: Pexels

Selain itu,  Malaysia juga berada di tempat ke-2 negara paling aman makmur di Asia Tenggara selepas Singapura pada tahun 2023.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Disayangi Di Asia

Baca Artikel Berkaitan:  Malaysia Raih Tempat Ke-2 Negara Paling Aman Makmur Di Asia Tenggara Untuk 2023


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd