Now Reading
[Video] Lelaki Kongsi Rutin Pekerja Di Jepun Pada Awal Pagi, Berdiri Secara Serentak & Bersenam

[Video] Lelaki Kongsi Rutin Pekerja Di Jepun Pada Awal Pagi, Berdiri Secara Serentak & Bersenam

Difahamkan senaman yang dilakukan pagi setiap pagi di sebuah syarikat di Hioki City Hall Jepun itu dipanggil sebagai Radio Taiso.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya, setiap individu akan melakukan inisiatif sendiri untuk memastikan tubuh badan kekal sihat.

Ada juga di antara kita yang keluar pada setiap awal pagi untuk berjoging sebelum pergi ke tempat kerja.

Di sesetengah syarikat pula, ada juga majikan yang telah menetapkan satu slot dan ‘mencuri masa’ para pekerja untuk melakukan senaman sebentar dalam pejabat.


Lelaki Kongsi Rutin Pekerja Warga Jepun Pada Setiap Pagi Di Tempat Kerja

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@tinggai.kat.jepun) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Yuza yang kini menetap di Jepun menunjukkan situasi yang berlaku di dalam pejabatnya di Hioki City Hall.

Untuk info, Yuza bekerja di bandar Hioki sebagai Pegawai Hubungan Luar.

Menerusi klip video itu, para pekerja telah berdiri secara serentak pada jam 8.20 pagi di depan meja masing-masing. Kemudian, mereka dikatakan ‘menari’ bersama-sama dengan rentak dan pergerakan yang seragam.

Menurut salah seorang warga Jepun di sana, dia berkata bahawa aktiviti yang dilakukan itu dipanggil sebagai ‘Radio Taiso’ di mana ia dilakukan sebagai senaman pagi.

Tambah staf berkenaan, semua rakyat Jepun mengetahui senaman tersebut. Difahamkan senaman Radio Taiso mampu membuatkan mata berasa segar selain meningkatkan kesihatan tubuh badan.

@tinggai.kat.jepun Biaq Betoi?! Jom tengok Hioki Japan Style #Hioki #Kagoshima #JAPAN #MALAYSIA ♬ original sound – Tinggal Kat Jepun

Fakta Tentang Senaman Radio Taiso

Memetik The Japan Society, senaman Radio Taiso sudah dipraktikkan oleh masyarakat sana tidak kira golongan tua atau muda sejak hampir 100 tahun yang lalu.

Difahamkan audio senaman tersebut akan dimainkan pada setiap hari jam 6.30 pagi di stesen awam Jepun iaitu NHK Radio.

Tujuan senaman tersebut adalah untuk mengekalkan kebahagiaan dengan cara meningkatkan kesihatan warga tempatan. Ia boleh dilakukan secara berseorangan atau dalam kumpulan yang besar.

Latihan itu adalah mudah dan boleh diakses oleh semua peringkat umur. Radio Taiso juga boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Senaman tersebut hanya mengambil masa 3 minit sahaja dengan melakukan pergerakan mudah tanpa sebarang peralatan.


Ramai Rakyat Malaysia Pernah Cuba Senaman Radio Taiso

Menjengah ke ruangan komen, ramai di kalangan pengguna TikTok turut berkongsi pengalaman mereka melakukan senaman Radio Taiso sebelum ini.

“Pernah buat senaman macam ni dulu. Masa tu kerja di kilang Jepun. Sebelum start kerja wajib bersenam macam ni dulu, kenangan,” kata seorang wanita.

Malah ada yang berkata senaman sama turut dipraktikkan di syarikat Jepun yang berpangkal di Malaysia.

“Wajib senam Radio Taiso masa kerja di Panasonic, Senai” ujar seorang individu.

Sementara itu, ada juga yang berkata bahawa senaman itu mampu meningkatkan motivasi seseorang untuk melakukan tugasan harian.

Sumber: TikTok (@tinggai.kat.jepun)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Para Menteri Buat Senaman Ringan Dalam Bilik Mesyuarat Raih Pujian, Sama Macam Di Jepun!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Macam Mana Nak Tahu Mental Sudah Penat

Baca Artikel Berkaitan: “Baru Bangun Tidur Dah Penat” – Doktor Beri Penjelasan Tentang ‘Sleep Debt’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd